Thursday, 10 January 2013

Suara

Assalamualaikum

Ok last year aku ada masuk tv. TV2, TV3 & TV9. Sebenarnya aku tak suka sangat bercakap. Aku lagi suka menulis sebab kalau salah tulis aku boleh delete. Tapi kalau salah cakap bagaimanakah mahu mengundurkan perahu yang terlajak bukan? Aku sendiri pon benci dengar cara aku cakap, apatah lagi nak suruh korang dengar. So aku pon paham-paham sendiri lah kan.

Tapi bila tv nak buat coverage about myself, of course i was flattered. Seronok tu memanglah. Tapi aku pikir jugak, mesti cara aku cakap macam bodo. Sebab aku ni cakap laju, pastu macam tak clear, tak menarik langsung kalau bercakap dengan aku. No, no. Tak boleh biarkan kebodohan ini menjadi viral di youtube.

I wasn't comfortable with myself at that time. Aku kena ubah cara aku bercakap di tv supaya kedengaran normal. Ko bayangkan ko tengok tv, tapi pompuan dalam tv tu cakap laju gila, tak clear lepas tu takde subtitle, darah ko mendidih tak? Ohoi. But of course, I am being myself, but I have to fit in as well.

Bila aku praktis bercakap secara slow pula, orang kata aku gedik. Kat blog kemain gangsta, kat tv awat suara halus macam tak kena. Camni a weyyyyyyyy. Takkan a aku nak cakap camni kat tv, nanti aku kena gam oleh Media Prima sapa nak tanggung? Hahaha

Korang pi youtube, type je 'Fatin Liyana'. Nanti boleh tengok video aku masuk tv tu. Ehem aku pon ada buat video baru (eceh baru buat tadi tau zemangat uolls) kengkonon nak bagi explaination sikitlah pasal isu ni. Sorry le aku tak reti nak cut-edit-bagai ni. Hanya tau tekan play, stop, upload. Kesian kennnn. So kalau ada aku tersilap cakap tu, maaflah ye.

VIEW FL'sVIDEO HERE

Korang tak dengar lagi aku dok pungpang-pungpang dengan housemates. Konfem unfollow blog ni bahahhahahaha.


p/s : braces off, muka jadi lain sikit in the vid =)

Thank you for reading this entry !

No comments:

Post a Comment