Assalamualaikum
Aku ni sebagai peminat Hello Kitty yang tegar pastilah tidak akan melepaskan peluang untuk ke Hello Kitty Cafe yang terletak di Hongdae. Walaupun sudah tahu bahawa seluruh kedai pastilah akan didekorasi dengan muka kucing tanpa mulut ini, tetapi hikhik iteww nak pewwgi juwgak !
Tetapi ada cerita sedih yang aku nak habaq mai. Sebagai masyarakat yang tinggal di cuaca khatulistiwa, kita amatlah tidak biasa untuk check weather forecast setiap hari. Berbeza dengan masyarakat Korea, mereka akan check weather forecast setiap hari. Jikalau mendung/hujan, mereka akan bawa payung. Lelaki perempuan semua sama. Takde istilah 'Tak jantanlah der kalau lu bawak payung ahaks!'
Masa sampai kat station subway, kami nampak semua orang bawak payung. Kecoh seh orang Korea ni, cuaca mendung je kot. Danggg! Amek kau cakap besaq, teros ujan tak berhenti sampai ke malam. Pelik sungguh cuaca kat Korea ni, hujan dia renyai-renyai je. Tapi duration dia ang toksah cerita. Sama macam naik flight ke Paris. Tambah transit time di Singapore selama 7 jam.
Lokasi kali ini terletak di Hongdae. Dari Juan ke Seoul Station naik Line 1. Di Seoul Station tukar Line 2 untuk ke Hongik Univ. Station. Hongdae ini adalah singkatan kepada Hongik Univ. Jangan jadi noob kata 'Takdeponnn Hongdae dalam map?! Aku dah cari banyak kali weyh...' Eh aku la tu hehehe.
Dalam hujan, tanpa sekaki payung dan hanya beralaskan mafla di atas kepala, kami berjalan kaki mencari Hello Kitty Cafe. Sesat berkali kali. Tanya direction kat orang Korea, berpeluh nak paham apo dio mengarut. Kok mengarut tapi bagi direction yang boto takpo. Akhirnya, Mar ternampak Hello Kitty Cafe bersebelahan dengan Watson.
Sebab orang Korea suka sangat makan waffle maka cafe ini pon menyediakan waffles & cakes =) Tapi semua bentuk Hello Kitty lah. Bagi aku harga dia tak mahal, sama je macam cafe-cafe lain di Seoul. Boleh lah try kalau anda datang ke Seoul!
Sebelum order, kena cop tempat dulu. Nasib baik waktu kitorang datang, tak ramai orang. Biasanya, memang kena beratur. Over tau.
Ha amek kau. Biar berpinar bijik mata kau nak cop tempat.
Caramel Latte 4200won / RM12.60 & Cafe Latte 3800won / RM11.40 C-O-M-E-L-S!!
Caramel Waffle 3000won / RM 9.00 & Choco Banana Waffle 3500won / RM10.50 C-O-M-E-L-S-G-T !
Boleh menangis sewaktu menyahtinja dek kerana terharu dengan kecomelan toilet ini.
Gembira sebenarnya tetapi muka seperti mempunyai aura pembunuh?! Bagaimana pula?
Tidur pula...
Adakah Hello Kitty Cafe mempunyai saka?! Kenapa tiba tiba aura pembunuh serta nafsu mengantuk datang ketika kami singgah disini? Itu yang kita tidak tahu...
Tahukah anda kedai kopi di dalam cerita Coffee Prince sebenarnya wujud di alam nyata? Walaupun aku pernah tengok 1st episode sahaja, tetapi tetap bersemangat mahu melawat cafe tersebut!
Itu dia. Ia terletak di Hongdae juga. Jikalau ke Hello Kitty Cafe kami sesat, maka ke Coffee Prince Cafe kami lagi la berkali kali kali ganda sesat. Sampai dah nak giveup berjalan dalam hujan sambil kesejukan wuwu.
Dengar cerita harganya agak mahal. Lebih kurang 7000won / RM21.00 untuk secawan kopi. Sebab tu kau tak dapat duit aku boo. (Padan muka kau, aku tangkap gambar kat luar jeeeee)
No comments:
Post a Comment