Saturday, 27 November 2010

Saye sudah ada blusher baru !

Assalamualaikum !


Update kali ini bukanlah tentang sesuatu yang penting. Tetapi bagi mereka makhluk-makhluk dimuka bumi yang amat mementingkan kecomelan paras rupa, maka entry kali ini merupakan hidup mati bagi mereka. Entry kali ini saling tak tumpah seperti telur di hujung tanduk, jika tidak diselamatkan pastilah pecah berderai membaziaq sebijiq teloq. Teloq lani bukan mughah oi, jangan suka-suka angpa jaa nak membaziaq naa ! Oklah frankly speaking, kali ni aku nak cita pasai blusher yang aku baghu beli. Blusher penting tau untuk nampak comelsss teehee :') desperate gila!



Aku beli kat sini ! The Face Shop! Angpa penah dengaq tak? Brand datang dari Korea ni. Seangkatan macam Skin Food, It's Skin & macam-macam lagi. TheFaceShop ni dia utamakan product dari bahan semulajadi. Lebih kurang sama ja macam BodyShop, cuma BodyShop penuh gambaq matsalleh, manakala TheFaceShop penuh gambaq abang-abang & kakak-kakak Korea yang lawa tak hengat dunia. Bila ang masuk kedai ni, mesti ang rasa dunia ini tak adil..........


Inilah blusher yang aku beli. Illuminating Cushion Blusher - Orange. Harga dia Rp110k = RM39. Walaupun nama dia illuminating tapi janganlah ang pa dok kalut habaq blusher aku ini illuminati atau freemason.. Takdak kena mengena aihh.. Kang tak pasal ja aku kena banned sebab sokong Yahudi hahahaha



Hee ni dia penangan Illuminating Cushion Powder ;) Aku suka color dia sebab macam natural skit hehe walaupun dia orange tapi dia lebih kepada orangy-pinkish. Bila pakai blusher ni rasa macam sweet ja walaupun pada hakikatnya aku seorang yang baran wakakaka




Ni member-member yang bersusah payah memberi pendapat hehe sebab aku ni cerewet sikit :p Yang tengah dimakeupkan tu Fadzreen & yang tengah muncung-muncung pilih powder tu Adda! Dua-dua cun hehe. Bila masuk kedai ni takda la rasa macam intimidated sangat sebab member2 aku pon lawa. Hengat orang Korea ja yang lawa? Malaysia boleh ~~!





Ececece konon dah paling cantek la tu sebab dak kakak promoter tu pakaikan blusher tester free hehe...... Ni yang rasa nak blush ni *blushing*. Oh ya korang pakai blusher apa? best tak? harga berapa? share pleaseee hehe nak tau jugak blusher apa yang paling ngetop sekarang :)
Thank you for reading this entry !

Blog fatin liyana tu best ke?

Assalamualaikum


Yawwww people whazzup? Lets che-che-check it dout yawww! Dude seriously aku rasa macam aku ni Joe Flizzow. Dari segi aku greet korang semua, pehh memang sebijik macam Joe Flizzow lah kan. Belum lagi aku rap lagu anak ayam. Seriously anak ayam?? Yaa aa au malique & joe again we're on the radiau aa au! See? Can't you see the resemblance? Bangga syak!


Perenggan pertama je dah mengarut (-__-). Anyway, korang tahu kah, semalam aku bed-ridden sehari suntuk? Actually memang dah 2-3 hari badan tak sedap jadi aku ingat nak ponteng secara berilmiah la kan, makanya aku telah pergi ke klinik dengan dak wan. Dak wan pulak ada masalah perut kembong ala ala gastritis. Sampai klinik jumpa pulak Cami sbab dia diarrhea. Alih-alih ke-3-3 manusia bertuah ini keluar dari klinik dengan lonjakan sang juara kerana berjaya memperoleh mc! Ubat yang doctor bagi aku tu memang la drowsiness tahap tupai, aku tak sedarkan diri kot. Tidur je ibarat sleeping beauty. awww isn't that sweet? 


Jadi disebabkan ketidak-sedaran diri semalam, aku barulah bukak FB pagi ni, tetiba adik afiqah hadirah kata dia dah vote aku. I was like, eh adakah aku tidak sedar bahawa aku merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja 10/11 yang memerlukan undian dari anda semua? hahahahahhhahahaha memang la xkan, sorry yaww i pakai shawl yaww i tak free hair. Memang la disqualified awal-awal haha.


Ok sebenarnya aku nak berterima kasih kepada Blog Pilihan Malaysia sebab blog aku yang takde hala tujuan ni tersenarai dalam kategori Blog Personal Pilihan Wanita. Memang tak tercapai dek kepala otak ni la blog aku nak tersenarai. Sebab aku tak berapa nak komersialkan blog aku ni kat mana-mana. Aku tak blogwalking, aku tak tinggalkan comment & aku tak berapa nak follow blog orang lain. Sorry but thats the truth! Masa yang aku ada hanya sempat untuk tulis entry, check email laju2, bukak fb laju2 tu pon ada yang aku terlepas pandang. Hidup aku ni sebenarnya kelam kabut, cuma aku tak bagitau korang jer. And tujuan asal aku tulis blog ni pon sebab suka-suka jerrr. Memang tak terlintaslah dalam kepala nak jadi femes ke, nak menang award ke segala. Aku ni simple jer, kalau ada, adalah, kalau takde, just let it go.


Tapi aku hargai sangat-sangat readers yang sudi comment, follow, tinggalkan msg kat shoutbox, yang link kan blog aku kat blog diorang & yang paling penting, readers yang bersusah payah buat entry pasal aku. (sorry sangat sampai skang ni, aku tak terupdate link2 korang, nanti aku free, aku update kay) Seriously thanks alot !! Korang memang the best weyh !! Memang tak pernah aku imaginelah aku boleh jadi macam hari ini tanpa sokongan dari korang :)


Aku dah cukup bersyukur dah with what I have today. To be nominated pon dah kira orait dah bagi aku. Aku takkan paksa korang vote untuk aku supaya aku menang or whatsoever. Biarlah undian tu datang dari hati bukan sebab korang segan ngan aku atau terpaksa right? Lagipun, sama ada menang atau tidak, hidup aku sama jer macam dulu. It won't change anything. Aku tetap bz dengan kehidupan aku ni & aku tetap tak dapat hang out dengan rakyat mesia sebab aku kat bandung -__-


pic edited by carl samsudin photography :) thanx bro!


click HERE if you intend to vote for Fatin Liyana.


Kepada sesiapa yang terlintas untuk mengundi, thanks alot. Tak undi pon thanks alot jugak sebab sudi baca entry aku yang merepek ni teehee. Kepada yang baru tahu kewujudan blog ini, welcome and enjoy your stay! Kepada yang dah berkurun baca blog ini, keep on baca tau ;) take care people! doakan aku cepat sembuh yer. Banyak keje yang tertangguh ni grr -_____-

Thank you for reading this entry.

Friday, 26 November 2010

Saye suke tangkap gambar kat studio !!

Assalamualaikum !

Aku suka sangat tangkap gambar hehe..walaupun aku ni pakai braces, walaupun aku ni tak pandai posing, walaupun aku ni pipi tembam, walaupun ( sila nyatakan 3 hingga 4 kelemahan lain ) namun aku tegar dan tetap berdiri utuh di hadapan camera dslr tanpa rasa sedikit gentar pun. Pehh ayat macam good-good jer kan....hahaha :)

Aku sebenarnya bersyukur sangat2 sebab setiap kali balik Mesia, mesti ada la aktiviti menarik yang aku buat hehe dalam erti kata lain photoshoot la kan. Entahlah aku taktau pesal apa aku suka benau dengan photoshoot ni. Tapi aku suka la hehe..terima kasih para photoG yang sudi amek gambar aku selama ni. Walaupun noob habis tapi photoG layankan jerla aku ni kann :)

Tapi kan, ada satu benda yang aku belum try lagi. Photoshoot dalam studio. Macam gempak jer kan sebab lighting cam best hehe..bese outing photoshoot aku outdoor, memang la berhogeh panas nak mamp rasa macam nak maki jer sape-sape tanpa belas kasihan. Rasa macam bila-bila masa boleh kena heart attack. Okay over pulak kaw kan. Orang dah bawak photoshoot dah kira bagus okay?? Hee sorry-sorry.. Disebabkan keinginan yang mendalam terhadap photoshoot dalam studio, maka baru-baru ini aku telah pergi ke Jonas Studio. Kat bandung ni ada studio yang memang best la kan, kiranya dia snapkan gambar & editkan ikut template-template yang korang pilih :) Korang tinggal sediakan uangnya ajah sihhh! Comel gila aku rasa macam nak jadi gila pulak sebab template dia suma comel gila !


suka yang ini ^____^ !


patutnya besarkan mata sikit -___-


belajar buat pose ni masa photoshoot di taman botani, putrajaya :) tq photoGs sebab ajar kite!


>
pehh pipi tembam aku bukan main kepalang lagi..


Final editing. Lawa kan?? Jonas memang pandai edit guna template comel-comel ni :) Aku suka gila sebab tu sampai terkeluar gambar ni dari frame blog aku wakakakaka. Suka gila punya pasal kannn ! Anyway, gambar ni Jonas print out kan dalam bentuk canvas block. Hehe aku dah gantung block ni kat bedroom. Sangat omey2 hehe..


Dari tadi aku asek tengok je gambar ni sebab suka sangat haha..rasa macam nak pergi Jonas studio je setiap masa! Kan best kalau tokey Jonas Studio tu member aku, boleh aku mintak free jer. Aku tak sukalah kena bayar-bayar ni, bukan apa membazirkan tu kan amalan syaitan haha....pandai jer aku ni kan teehee :p


p/s: ada photoG nak ajak photoshoot dalam studio? sy mahuuuu !! ;) yang penting free hehe
Thank you for reading this entry !

Monday, 22 November 2010

Masa kecik-kecik part II

Assalamualaikum


Masa aku kecik-kecik dulu, curiosity aku ni tinggi. Kiranya sifat ingin tahu tu memang dah sebatilah dalam dunia kanak-kanak aku. Tapi aku tak banyak tanya, sebab aku tau, kalau aku tanya pon mesti takde siapa nak bagitahu aku jawapan sebenar. Sume pakat nak ayam-ayamkan aku jer cis. Contohlah kan satu hari tu aku pernah tanya bapak aku. Tak salah aku umur aku dalam 4 tahun la kan.


aku : ayah, macam mana orang boleh berlakon dalam tv? orang tu masuk dalam tv ke?
ayah : aah orang tu masuk dalam tv
aku : tapi tv tu kan kecik. macam mana orang boleh masuk dalam tv?
ayah : sebab tulah orang kerdil je yang boleh masuk dalam tv
aku : oh kirenye dalam tv kite sekarang ni ada org kerdil tengah berlakon lah ye?
ayah : pandai anak ayah.
aku : *tersenyum bangga* T___T


Terang-terang je bapak aku ayamkan aku wuwuw camni a...penat tau tak aku dok godeh tv tu, dok kenyit2 mata kat rongga-rongga tv tu sebab nak usha orang kerdil berlakon.........


Lepas tu kan, aku ni suka tengok tv. Dulu rancangan favourite aku ialah Sesame Street. Ntah apa ada kat burung kuning tu ngan gajah bulu mata lebat ala-ala RCW tu ntah. Aku addicted kot !! Pagi-pagi lepas mandi sikat rambut pakai bedak sume, aku akan bukak tv2 dan melopong dok tengok Sesame Street. Lepas tu berangan dapat kawan dengan omputih hahaha. Aku siap berharap Allah tukarkan warna rambut aku jadi blonde, supaya orang putih keliru aku ni orang Malaysia ke America hahahahahahhahahaha loser! 



Sesame Street yang aku dok tergila-gilakan dulu - pic courtesy of google


Ada satu benda la yang selalu bermain kat benak aku ni dulu. Kalau aku tengok cerita Sesame Street, mak kepada kanak-kanak tu mesti tak pakai tudung. Kalau aku tengok cerita Ultraman pulak, mak kepada budak-budak tu pon tak pakai tudung jugak. Tapi mak aku pakai tudung pulak. Aku pernah tanya mak aku kenapa dia pakai tudung. Dia cakap 'kalau tak pakai tudung, nanti Allah nampak Allah marah'. ooooo...aku angguk je la kan.



mak kat jepun tak pakai tudung - pic courtesy of google



Sebab konon tak mau kisah lama berulang lagi, aku pon takde tanya siapa-siapa kenapa mak-mak dekat negara lain tak pakai tudung tapi kat Malaysia mak-mak suma pakai tudung. Aku pon dengan pandainyelah membuat conclusion sendiri...


aku : Ibu, jom kita pindah luar negara
ibu : Kenapa nak pindah?
aku : Kalau kita duduk luar negara, ibu tak payah pakai tudung sebab Allah takde kat luar negara. Allah ada kat Malaysia jer. Dah besar nanti pon atin ingat tak nak pakai tudung (ada hati kau!)
ibu : LOL !


Pehhh malu doe. Aku seriusly ingat tuhan ada kat Malaysia jer sebab tu lah mak mak kat Malaysia semua pakai tudung sebab takut Allah nampak hahahahhahahahahahahha. Anyway, ada sesiapa pernah pikir macam aku tak? Tolong a kata ada. Jangan bagi aku malu sensorang......hehe. So moral of the story, kalau agak-agak tak tau tu, jangan lah segan nak bertanya. Bak kata pepatah melayu, malu bertanya sesat jalan. Dalam case aku ni, memang bukan sesat dah. Memang foul terus la kan -__-


Thank you for reading this entry !

Saturday, 20 November 2010

Masa kecik-kecik dulu..

Assalamualaikum


Masa kecik-kecik dulu,aku ni jenis pendiam tapi lasak dan suka main luar. Dulu aku ingat bila dah besar nanti aku akan jadi athlete tapi tak rupanya -___- Dulu masa kecik-kecik, aku suka giler beli mainan Ding Dang tu. Ingat tak Ding Dang? Aku tak tau lah sekarang ni ada lagi ke tak. Ding Dang ni yang rupa dia macam doraemon pastu dalam kotak tu ada cokelet murahan & mainan murahan yang pada zaman dulu dah kira cukup gempak ah wei. Walaupun Ding Dang ni obviously dia macam Doraemon-wannabe tapi versi kampung, but at least dia merupakan satu fenomena kat seluruh tanah melayu pada satu ketika dulu * osem!*


pic courtesy of google


Ding Dang ni nampak macam loser tapi power dow. Setiap kali mainan baru kua, dia akan advertise kat tb. Power tak power? ala-ala macam hotwheels skang la kan. So masa kecik-kecik dulu, lepas balik ngaji sementara nak tunggu pukul 8 malam (pukul 8 malam adalah waktu membuat homework dan tidak dibenarkan sama-sekali untuk tengok tb! kalau curi-curi tengok nanti tali pinggang naik kat belakang) aku mesti duduk depan tb tok tunggu iklan Ding Dang ni. Serius suprise giler apa mainan yang so in at that time hahahahaha. Lame giler kanak-kanak 80's ! Lepas dah dapat tengok iklan Ding Dang, pastinya kat sekolah esok, everyone akan bercakap pasal mainan latest from Ding Dang. Saling tak tumpah macam gosip hangatlah kan.


a : engkau tahu tak ding dang dah keluarkan mainan terbaru semalam?
b : yeke? alamak semalam mak aku tak kasi tengok tb sebab kerja sekolah aku tak siap lagi. boleh engkau bagitau apa mainan terbaru dia?
a : kau jangan terkejut kalau aku cakap ni. tapi memang best
b : berdebar-debarnya aku.
a : mainan terbaru dia...... adalah pistol pasang sendiri yang boleh terbang-terbang!
b : bestnya. balik sekolah ni kita mesti mendapatkannya!


* T___T dialog sampah rekaan aku semata-mata haha! *


Tapi kalau korang perasan, mainan DingDang ni selalunya korang kena pasang sendiri. Kiranya, dia bagi mainan tu dalam plastik, pastu korang kena guna kepandaian akal korang untuk memasang mainan tersebut. Budak lelaki selalu pandai bab-bab ni sebab imiginasi dorang tinggi. Budak pompuan memang loser giler, dah ada manual pon tak boleh nak follow wakakakaka aku la tu. Biasa aku suruh abg aku pasangkan jer. Tapi dia mana nak layan aku kan. Cis. Dulu budak-budak laki poyo & double standard sebab tak nak kawan dengan budak pompuan. Kalau abg aku main dengan budak-budak taman  sampai maghrib, nanti mak aku suruh aku panggil dia untuk balik mandi. Terjerit-jerit la aku panggil dia suruh balik tapi hampeh jangan arap a dia nak layan aku. Konon tak layan budak pompuan a cis cis takpe kau bang.


Anyway tu cerita dulu la kan. Skang ni aku tengok budak-budak tak reti de nak main mainan cenggini. Mainan kau seketul dah same harge dengan external hard disk aku. Tak boleh belah seh kanak-kanak sekarang. Main plastesin nak playdoh jer, aku dulu main plastesin yang rm0.70 sekotak tu orait jer. Pegi universiti gak aku. Ahhahahhaha macam takde kaitan jer. Anyway, satu hari tu, aku tunjuk a kat asfiq (adik aku yang dajah satu sekarang ni) mainan Ding Dang konon nak berkongsi kegembiraan. Tapi selamber je dia cakap


'Itu bukan mainanlah kakak, mainan macam robot Megatron adik ni. Eh, kenapa muka dia tiru doraemon, mesti MADE IN CHINA !'


.................... belagak seh engkau kanak-kanak zaman 2000...mentang-mentang zaman milenium....


Thank you for reading this entry !

Sunday, 14 November 2010

Trip To Bali - Water Sports at Tanjung Benoa

Assalamualaikum.

Masa aku tulih entry ni, aku ingat-ingat lupa je hehe... padahal baru seminggu lebih jer aku pergi Bali. Demmit -___- ! Kalau ada unsur-unsur mitos & tokok tambah, sila tutup sebelah mata..tapi kalau malas nak layan pergi tutup dua belah mata & tido lagi syok haha. 

Ok ok back to the topic, 2nd day ni, kitorang pergi main watersports kat Tanjung Benoa. Tanjung Benoa is about 30 minutes drive from Kuta. Tempat ni memang tempat untuk main water sports. Remember about the pamphlet I told you guys earlier? All you have to do is just choose the agency that provide the cheapest price for the water sports. And then, they will pick you up at the hotel & voila ! Basically, the price for the locals & westerners are very different. The agent literally mark up their price for the westerners. Macam kesian giler, korang main 5 watersports but at the same price dengan westerners main 1 watersport boohoo. Tetiba rasa 'I'm lucky to be an asian' LOL!



The driver picked us up at our hotel at 8.30 am. We rode the same ride with a lovely couple from Perth, Australia! Tania & Roland are sooo friendly ;) Jomputlah datang umah den kek somban tu yo! (bajet si Tania & Roland leh cakap noghori cam den kan wakakkaka)



Tadaaa dah sampai! Sekarang pilih package watersports. Kitorang kan gayat tamak haloba sebab bandung kan atas gunung, takde pantai. So kitorang main semua watersports yang ada dengan niat untuk memuaskan nafsu :p



Snorkeling, Banana Boat, Jet ski, Parasailing, Flying Fish & Turtle Island = rp440k ! Murah oi!! Lepas tu dia offer, kalau nak Scuba Diving, just add another rp200k. Memang la kitorang add kan. Sape nak kasi hengkau scuba diving 80 hengget je kan? Hee pastu kitorang mintak diorang buatkan underwater video & pictures! Yang tu tambah lagi rp200k. Share 9 orang. Jimat kan hehe...7 watersports + underwater video/pictures = rp660k++ each!



Tanjung Benoa beach !! Parachute tu nama dia parasailing !! Omg can't wait !



1st : Scuba Diving. You have to attend the briefing first, get your suit & get on the boat! Pstt : Rasa hebat weh bila pakai suit ni! Belom pakai oxygen tank lagi teehee.



Yang bestnya, goggle or whatever the name is tu ada minus hehe. So ini memang membawa berita gembira kepada rakyat-rakyat yang rabun :')



Look mom! That's meeee !



Feeding the fish. Ikan-ikan tu nampak je comel senanye aggresive! Ade ke dia pegi gigit lutut aku? Memang kepala lutut dia lah kan. Takpe you takpe...i bagi you mamam you gigit lutut i pulak...wuwuw..apepon best sangat sebab ini first time aku scuba diving kan hehe..dapat pegang ikan, coral etc with bare hands!

2nd : Snorkeling. Mengantuk huaaa~ (berlagak sebab baru lepas scuba kan, tak men la snorkeling der hahahaha sebab tu tak snap pics pon :p)



3rd : Parasailing. Pehhh ini memang terbaek ! Best giler you guys should try. Korang naik parachute sambil ditarik oleh motorboat. Best sangat aku suka aku suka aku sukaaaaaa rasa macam nak menjerit macam hailey paramore bila naik ni T_T



The view from above was splendid !



Please don't bring me down! I wanna spend the rest of my life up in the air LOL!



I love you parasailing. I rated you 10/10 !



4th : Banana Boat. Laut dia tak dalam tau and banyak gila corals. Boleh tak kalau aku cakap aku jatuh atas corals. Sakit giler kot :'( Bedebah punye brader.




5th : Flying fish. Kenapa nama dia flying fish?



Cuz it can flyyyyy !!!! Oh i lovee this ! I rated you 10/10 too :)



6th : Jet ski. 1st round, ada brader bawak korang. 2nd round, korang lak yang bawak brader tu. Memangla aku tak kasi can kan heee drift atas air tu beb hehe



7th: Turtle Island ! Turtle sangat comel after cats tapi busuk yewww :")




Inilah kelawar aka batman! please delete the word 'man' cuz im not sure its gender :P




We had a great time !!! Thank you Bali muaaah muaah muaaah ;)



My day 2 lunch : Restoran Padang.


Kitorang sampai hotel pukul 3 ptg cmtu and of course I got myself burn! Buruk giler I even got several pimples on my forehead & chin -___- Sebab sangat penat, aku teros tertido and bangun2 dah malam. Lapa pulak tu. Ajak ema pergi Discovery Mall untuk cari makan lalallaa ~~


Si carnivor dah kenyang. Siap tapau lagi -______-



Looking for something cool...



and I found it ;) I bought myself this vintage ring. Its beautiful isnt it? ;)


See you at the next entry :)
Thank you for reading this entry !

Friday, 12 November 2010

I got punk'd !

Assalamualaikum

Ni msg yang aku terima pagi tadi. Wow ok nampak sangat yang brader ni memang mental. Lepas aku check profile dia, aku tak rasa yang fatin liyana tiruan ada antar msg kat si siti ni. Dah sah sah brader ni psycho. Dari bahasa dia, kita boleh tau dia lelaki yang loser yang suka guna bahasa kesat. Lepas tu dia hidup macam dalam bayangan sebab orang cakap lain dia cakap lain. Lepas tu, dia main random je sembur orang padahal orang tak cakap apa-apa. Mungkin dia ada delusion. Gambar yang dia pakai ni aku rasa dia main rembat je entah perempuan mana punya. Conclusion, dia ni ada personality disorder takpun schizophrenia. 


p/s: ni last entry berkenaan dengan si schizo ni, lepas ni takde dah. aku nak sambung tulis pasal bali lagi besh hehe

p/s/s: kesian fakers sebab aku pergi tuduh dia yg buat onar :p. fakers sorry eh, si siti ni yang mastermindnye. bia die tanggung semua dosa dia putar belit alam. LOL

p/s/s/s: aku dah delete psss yang ke 3 ni untuk kesejahteraan bersame ! teehee


Thank you for reading this entry !

Pabila fitnah berleluasa

Assalamualaikum


Note : Aku tak blurkan nama siapa-siapa. I just don't think its necessary to do so. Anyway, please read this with open heart & mind.

2 days ago I received this msg in my inbox. FYI, I never know this person, never message her at the first place & she's not in my list.


Shocking huh? from the way she wrote, we can predict that, she's actually replying to an earlier msg that was sent to her. I believe it was a provocating msg. But what I dont understand is, why on earth does she texted me when I never text her at the first place? One answer : the fakers. I believe this satanic faker texted her at the first place & remain silent afterwards. When this poor girl got no reply, she apt to search for my name. Unfortunately, she found the REAL me & wrongly ambush me. Oh no! video killed the radio star!



I tried to make things crystal clear but this poor girl seems not to believe in my words. So the best way I can think of, is to make things public. Yeah I know, you got me fakers, you can jump around happily now. Boo me boo me! But to tell you what, you are nothing but a dreadful rubbish. You affect me nothing. And just so you know that, I dont give a damn about you bitching around because you are not up to my level. Pathetic. 

A little reminder, I wont act like you if I were you ;). Don't you feel sorry to yourself? First, you dont even bear to use your own name. Second, you stole my pictures & claimed they were yours. Third, you made up stories just to bring me down. Oww is that how you live your life? Poor girl..I wish I could help you :) Mom always says to me, 'biar muka tak cantik asal hati baik'. Did your mom ever tell you the same thing too, no?

Its okay :) Maybe you have a delirium that you ALMOST forget that ALLAH knows everything, right? Oh ya ! I just got you something. I hope you'll love it :)


Hadis 1:
Ibnu Abbas menceritakan :
"Nabi SAW berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya.
Maka bersabda Rasulullah SAW :”Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar.” Kemudian baginda melanjutkan perkataannya,:”Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.”
Sesudah itu baginda menyuruh supaya mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu pelepah.
Seseorang pun bertanya:”Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?”
Jawab baginda “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.” (Bukhari)




Mengumpat dan memfitnah adalah perbuatan yang sangat dilarang dalam Islam kerana kedua duanya boleh memusnahkan hubungan silaturrahim dan sekali gus merosakkan keharmonian kehidupan bermasyarakat. Maka bertepatanlah dengan ayat 191 surah al-Baqarah;




والفتنة أشد من القتل
Bermaksud: Dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya dari daripada membunuh.


p/s : siti, im sorry over what has happen. kesian you kene punk'd dengan loser ni. harap sgt u dah faham situation sekarang. hangat weyh hangat !! haha

Thank you for reading this entry !

Thursday, 11 November 2010

chocolates & roses


(^_________^)

Thank you for reading this entry !

Travel Guide to Bali - Day 01 !

Korang semua tau an yang aku g bali tempoh hari? Sapa tak tau memang lah you're so 2007~ *roll eyes* teehee... Penat aku gembar-gemburkan kat media electronik aka FB tau. You olz ni memang la nak kene. Anyway, aku akan buat 5 entries regarding my journey to Bali. Why 5? Cuz 5 indicates 5 days journey :) Oh ye sapa perasan aku terlupa nak bagi salam? again again semula semula boleh tak heee assalamualaikum semua !


If you ask me hows Bali? I will certainly say, Bali's hot!  Ok it brings 2 meanings here. First, the weather in Bali is like soooo hot until you sweat like most of the time! At times, korang akan rasa macam, 'kan best jadi org putih sebab boleh pakai baju xyah pakai sua' hahaha. Second, Bali's hot cuz you can find HOTTTTT GUYSSS & GURLLSSS from all over the world! Just name the country! FYI, kat bali ni, korang akan jumpe orang putih & japanese more than the locals. Siyesly, tak rasa BALI tu part of Indonesia. rasa macam Bali tu Hawaii. Minus the coconut bra.


Less talking. Hee so jom follow my day 1 journey !



Our flight was scheduled at 1545 Saturday, 30 october, from Bandung. Yang pegi Bali ada 11 orang but then kitorang split into 3 batch. Kitorang berlima ni adelah yang first batch yang gerak dulu. 2nd batch gerak malam kang from Jakarta. 3rd batch pulak akan gerak the next day. Terpaksalah buat macam ni sebab nak rembat tiket murah punya pasal kan :P




Naik airasia. Return ticket costs only rp668k per person. Gila murah oi !! Setiap kali teringat rasa macam nak buat sujud syukur.. hahahaha. Biasa flight pergi Bali is like the same price with flight to Malaysia. rp1juta-2juta jugaklah kan. So please spread the news to everyone that I am the luckiest person on earth!




The flight took us nearly about 1 & a half hour. By the time we reached Bali, it was already sunset. The view was magnificent! I snapped the above picture right away as the flight touched down.





Kitorang safely landed at Ngurah Rai airport, Denpasar Bali at 1920 ! Masa kat bali sama dengan malaysia, bandung pulak lambat sejam. Penuh giler kot orang kat sini rasa macam nak pelempang sape-sape yang muka dia macam mintak pelempang. Tapi tak jumpa lak. Dem !





Always remember to grab these pamplets before you leave the airport ! Pamplets ni sangat useful untuk korang tahu what's cool in Bali, where to go, what to play, how to reach places, & contact numbers of travel agencies  & drivers. Amek banyak2 & compare the price!





We stayed at TUNE HOTEL KUTA Bali. hee murah2 sebab dah booked online earlier kan. 2 malam baru 154 hengget. Murah tak murah tak?? Tapi kalau korang walk-in customer, of course it will cost you more kan hee. So get smart, book before your arrival! Oh yes, Kuta is about 15 minutes from Denpasar. Kuta ni la yang ada beach yang lawa tuuuu (banyak omputih sunbathing) bukan mahen kan aku ni nak dok dekat beach yang ada omputih sunbathing jeeee





Our room. The room is like so small! Tapi apa ada hal kan, yang penting bed die superb & toilet dia cantek hehe..Tune hotel paling economic but comfortable! Sebab rata-rata hotel kat sini sangat mahal. Even yang burok-burok pon costs you about rp350-rp400 per night. Tune baru rp250++ per night. Tak yah la mention HardRock Hotel kan.....menangis la kau.




 Lepas dah check in, laju-laju tukar baju sebab panas & jalan-jalan. Oh yeah we got mission to accomplish. Nak usha omputih emcem hee..dah la emcem tak pakai baju lak tu. untung untung..




Bali slingshot ! rp250k per person. Gilerrrrr !! same harge ngan hotel tu!! Sebab tu omputih je yang naek heee... yang naek tu encem giler...tak sia-sia aku benti and usha dia naek slingshot ni :P





Nak dinner tapi nak cari makanan halal punyelah susah. Ada restoran padang tapi tak rasa nak makan nasi. Restoran padang confirm halal tau. Nak je aku masuk bar kan hee...memangla kena luku ngan ayah den teheee... jalan punya jalan jumpalah mall ni. Nama dia discovery mall. Mall ni special sebab dia facing the beach. Memang lawa la kan ;) Dalam ni banyak fast food. So rembat jelah sebab fast food je yang halal.




my day 1 dinner !




Bubba gump yang super famous. Port omputih kat sini. Belambak! Macam kat NYC pon ada hehe. Kalau korang lalu Bubba Gump ni, wajib snap picture kat bench ni tau! Semua tourist buat hehe...aku pon mesti la kan. Aku mane leh terkecuali hehe...

Lepas tu balik bilik pukul 11 camtu, mandi & tido. Esok nak pergi main watersports yay!


Thank you for reading this entry !