Monday, 22 March 2010

Sesuatu yang datang ikhlas dari hati saya. bacelah bacelah :)

hi assalamualaikum y'all.

bagaimanakah kehidupan anda pada hari ini? hari ni bandung hujan lebat gila nak mati mungkin juga ramai yang mati kerana ditimpa hujan yang begitu lebat atau mungkin juga ramai yang bercakap lebat kerana mahu mati. (-_-)

saya ingin menzahirkan rasa terima kasih yang amat sangat kepada para readers, followers, linkers, commentators, shout box-ers & juga pembaca senyap kerana baca dalam hati tanpa melafazkan perkataan yang dibaca. silence is virtue :) hehe. bukanlah sebenarnya saya suka sangat baca comments yang anda sume tinggalkan kat entry dan juga shout box! rasa macam 1 semangat yang luar biasa tau. kalau saya sedih atau tiada mood kat kelas mesti berharap dapat balik rumah laju-laju dan membuka email agar dapat meng-approve comments yang anda tinggalkan! kerana comments yang anda semua tinggalkan amatlah bermakna bagi saya. juga kepada anda-anda yang mengTag saya, dan juga bagi saya awards! wahhh baiknya anda semua. walaupun tak kenal tapi saya rasa macam dah lama je kenal anda-anda semua :)

namun saya harus menyusun jari agar dapat bermain enjit enjit semut sape sakit naik atas atau dalam erti kata lain saya harus meminta maaf kepada anda sekalian kerana saya tidak dapat me-reply comments & tag tersebut. ya memang menyedihkan, namun saya mengalami kekangan masa kerana masa yang saya ada hanyalah sekangkang kera. lebih menerukkan keadaan, saya hanya few days away from final examination. oh stress dan tekanan hidup mula men-visiblekan diri mereka. akibatnya saya harus menenangkan diri dengan mendengar lagu exist.

anda suka Exist tak? saya sukalah. masyuk gila haha. lagu favourite saya ialah masih terserlah ayumu & janji bidadari. bila dengar lagu ni macam makan ganja pulak, pasti saya akan khayal sambil bernyanyi sehabis baik menggunakan nasal voice ( suara hidung ). owh sangatlah best. anda kena cubalah. please please!

ok itu saja. saya mahu study ni kerana esok pagi2 harus ke hospital untuk melawat ward pediatrics (kanak-kanak). kalau bernasib baik mungkin akan berjumpa dengan Rita Rudaini membawa baby boynya, Aidit Rayyan Rizqin bin Aidil Zafuan untuk suntikan vaccine. Tapi bila fikir-fikir balik, sama ada nasib baik atau tidak baik, sama juga pasti tidak dapat jumpa kerana hospital yang saya pergi esok terletak di bandung bukanlah kuala lumpur. (-_-) *kecewa*

oh lupa pula. saya nak sangat jawab tag tapi tulah cnt find time :( tengoklah camne nanti ye. tolong jgn kecewa dan menyesal kepada sesiapa yang tag saya ( kasih, cik pinky im sorrryy !!)



sila terus menyokong blog HONEY KOYUKI !
senyummm ^__^
kite ngah tangkap gamba awak ni hehe
byeee !

p/s : saya ada join ruangan ANTARA BENUA dalam majalah dara.com, namun kerana sibuk dengan exam dan study group, saya agak terlambat untuk menjawab soalan-soalan yang ditanya. sampai editor tu email saya ' adik sayang, bila boleh jawab soalan akak ni, dah nak dekat due date ni'. (>.<) kesian kakak tu. saya rasa, mungkin cik editor sudah mencari pengganti saya. huhu sedih. marilah berdoa agar saya yang terpilih untuk menghiasi ruangan antara benua tersebut. amin.

No comments:

Post a Comment