Monday, 25 February 2013

Farmasi Colour Cosmetics

Assalamualaikum

Masa aku duduk dekat Bandung dulu, selalu jugak main makeup-makeup hihi. Bila ada event makan-makan contohnya macam pegawai Mara datang untuk melawat student Malaysia di Bandung, aku memang pantang. Walaupun cuman makan nasi kotak berlaukan ayam bakar ama tempe dan kerupuk, tapi mata iolls haruslah smokey eyes ahaks!

Tapi itu dululah, sejak balik Malaysia, dah takde event-event dah. Dah lama tak pakai makeup. Last makeup aku beli pon pada tahun 2010. Mungkin sudah expired dan menjadi toxicity of our city, of our city. (Tetiba nyanyi lagu System of A Down padahal tengah bercerita tentang makeup...ga nyambung)

Bila aku bercerita pasal product kecantikan, soalan yang paling lazim ditanya adalah


" HALAL KE PRODUCT YOU PAKAI TU FATIN "


Ok kalau imported cosmetic, kita memang tak tau ingredient dia apa. Takde logo halal. Its's 50-50 la kan unless proven otherwise. So bergantung kepada diri sendiri. Kalau was-was jangan pakai, kalau tak was-was you can proceed. Memang susah gila la nak cari cosmetic yang ada halal certificate. Kalau makanan tu senang la kan. Tapi i just nak inform kat you guys, ada satu brand kosmetik ni dia memang confirm halal. Pernah dengar



FARMASI COLOUR COSMETICS


Walaupun ejaan dia 'farmasi' tapi ia bukanlah local brand. FCC berasal dari Istanbul, Turki dan telah bertapak selama 5 tahun di Malaysia. Kiranya its an international brand which is available in 118 countries including Malaysia. Berbalik pasal halal tadi, FCC mempunyai 2 sijil Halal dari Turkey MOH Lab dan Artibel. Sekarang dorang tengah on the way mendapat kelulusan dari JAKIM pula. Kalau masih ragu-ragu lagi mesti korang ada undiagnosed Obsessive Compulsive Personality Disorder haha


Mari main makeup-makeup =) Ini adalah produk yang aku pakai untuk mendapatkan hasil dibawah :


Tada! Nice kan finishing dia? Tetiba rasa muka aku macam ada iras Emma Maembong. Apa? Perasan?Bestnya dapat feeling-feeling mix blood walaupun hanya sementara (kasihan...) Thanks FCC!


Anyway FCC sekarang ada keluarkan product baru iaitu All In One, BB Cream. Kenapa All in One? Sebab BB cream ini bertindak sebagai moisturizer, primer, sunscreen, foundation dan anti aging. BB cream ni bagus sebab dia natural dan tidak menyumbatkan pori. Lagipun sangat sesuai untuk orang yang sibuk atau pemalas, tetapi mahu kelihatan cantik. Aku adalah kombinasi orang yang sibuk dan pemalas. Mungkin BB cream ini dicipta untuk memerli aku.




FCC BB Cream terdapat dalam 2 tona warna iaitu : Light dan Medium Dark. Dapatkan di pasaran bermula Mac 2013 ini !


So far dari segi harga, ok je. Aku rasa macam murah pula untuk kualiti dia yang sebegitu. Eyeliner RM16.90, Compact powder RM 29.90, Lipstick RM 23.90 etc. Murah kan? International brand kot. Ha lepas tu aku suka FCC sebab dia takde bau pening, wangi je. Kau taulah kengkadang makeup ni bau dia boleh tahan jugak, menyakitkan hati. And yes, dia very light. Bila pakai rasa macam tak pakai apa sangat. 

Kalau nak beli product FCC, silakan bertanya tentang lokasi retails outlets mereka di seluruh Malaysia di Facebook Fanpage : FCC ( Farmasi Color Cosmetic ) or 03 - 51911510/2192 or email at marketing@naturalifesolution.com. Sesiapa yang berminat nak jadi pengedar boleh PM FB mereka. Jangan lupa juga untuk LIKE fanpage FCC kerana anda berpeluang untuk memenangi the new All in One, BB cream secara percuma =) 

Thank you for reading this entry !

Friday, 15 February 2013

Mother nature

Assalamualaikum


Memang diakui, muka aku ni kelihatan seperti perempuan materialistik yang cintakan harta benda. Tetapi, first impression is not always right. Kalau adalah right pon, adakah kau fikir aku akan mengaku? Hihihi *gelak anjeee*. 

Kehidupan aku adalah sangat hambar. Pergi hospital, balik bilik bukak internet, study dan ulang-ulang perkara yang sama. Jiwa ini terasa kosong. You knowlah kan kehidupan di kota. Pada suatu hari, aku  membaca sebuah buku. Buku itu walaupun murah (kerana aku beli di Big Bad Wolf) tetapi ia telah mengajar aku bagaimana untuk meneruskan hidup dengan lebih bermakna. 

Perkara pertama, harus appreciate mother nature. (Jangan lupa untuk appreciate your mother juga, anak derkaha susah mahu pass exam tahu kekeke). Ia membuatkan aku berfikir sejenak. Sudah lama aku tak tengok awan dan memuji kecantikannya. Pokok-pokok bunga yang berkembang mekar pon aku buat endah tak endah je. Aku terlalu involved dengan dunia maya. Sampaikan ciptaan Allah depan mata yang beribu kali ganda cantik pon aku tak perasan.

Tak mahu, tak mahu, tak mahu !! (Sambil hentak-hentak kaki )


Sekarang aku sudah menanam pokok Chrysanthemum di tepi tingkap. Bangun pagi terasa gembira kerana pokok-pokok berkembang mekar. Sewaktu menyiram pokok, ibu aku pesan supaya selawat ke atas nabi agar pokok tumbuh dengan sihat. Malu ite tau, selawat sensorang. Terus pandang kiri kanan takut housemate masuk secara mengejut hihi.



Cantikkan? Terima kasih pokok kerana membekalkan oxygen kepada saya. Kalau oxygen saturation saya rendah tak payahlah pakai oxygen mask, kite hidu awak je tau =) Lagi dua pasu tu, aku menanam benih cili padi.


Lihat! Sudah mula bercambah =) Kalian harus membesar dengan sihat tahu. 


Mesti korang tertanya kan, kenapa aku tanam cili padi? Sebabnya.... nanti nak makan megi senang hahahaha. Petik kat pokok je uolls. Dijamin organik serta islamic (because of the selawat..remember? heee )

Bagaimana anda appreciate alam sekitar pula =)? Mari berkongsi idea!

Thank you for reading this entry !

Saturday, 9 February 2013

HijabMode

Assalamualaikum

Pada suatu hari, seorang blogger yang kurang bergaul dengan masyarakat telah menghadiri majlis pelancaran majalah Hijabmode. Ini adalah sangat menghairankan! Kerana blogger tersebut tidak berapa menggemari majlis yang ada ramai orang. Lagipun, semua orang tahu bahawa beliau memang tidak pernah join pon apa-apa event. Tahap kemalasan blogger tersebut memang tidak boleh disangkal lagi. Tak perlu berdebat tahu?


Tetapi kali ini, blogger tersebut bertindak di luar jangkaan. Beliau telah hadir ke majlis perasmian majalah ini. Apakah semua ini?!


Hijabmode. Dapatkannya di pasaran (Padahal sudah keluar sejak Januari, entah-entah sudah habis di pasaran bahahaha). Hijabmode ini adalah unik kerana ia telah melancarkan 2 edisi serentak. Edisi black dimana Norjuma & Natasha Hudson menjadi covergirl. Dan edisi white pula covergirlnya adalah Diana Amir, Lynda Roslan & Fatin. 

Kesemua nama yang disebut diatas adalah nama-nama besar dalam industri hiburan Malaysia kecuali si Fatin itu.

Eh, Fatin who? Nama saja sudah tidak sesuai jadi artis..

Fatin Liyana ! Miahahaha iolss lettew. Engkau mampu datang majlis pelancaran pakai tudung syria RM10 yang dah berbulu-bulu sebab kerap nau basuh?? Nasib baik Long cardigan dari Thepoplook.com & Chiffon dress dari Arlene.my telah mengkaburi mata peminat (eh ada peminat ke?)


Ini adalah trademark Honeykoyuki tahu. Apabila menjumpai camera, tanda peace harus diletakkan di sebelah muka. Pastikan jari telunjuk berada di paras upper lip dan jari tengah berada di paras kening. Kalau kening kau terjongkit, agak susah sedikitlah. Kak Juma harus praktis dengan lebih kerap ya. Terlalu jauh peace dari muka. Saya bagi 2 bintang sahaja daripada 5 bintang. Teruskan usaha ya untuk mendapatkan 5 bintang, tidak boleh mengalah !


Oho saya hanya bergurau saja tadi ihik. Kak Juma adalah datin yang paling cantik di dunia. Selain cantik, beliau juga humble, rajin berbual, kurus serta tinggi. Pakej ini adalah idaman setiap wanita tahu. Nasib baik kak Juma tidak suka Big Bang kalau tidak habislah TOP akan jatuh cinta dengannya (fuh!)

Tetapi saya telah menemui sisi comel Kak Juma :


KJ : Fatin, macam mana nak contact Fatin?

FL : FB boleh tak kak Juma? Sebab saya takde twitter mahupun instagram. Sedih kan... =')

KJ : Hee.. I lagi sedih...I takde FB, Twitter or Instagram. I cuma tau sms & call jeeee hahaha.. 

FL : ..... (Terkejut kerana rupanya ada orang lagi sedih dari aku hahaha)

KJ : Cantik cardigan you! Beli online ye? I sebenarnya teringin nak shopping online tapi tak reti nak buat cemane, takut tersilap * buat muke comel *


OMG didnt expect that coming out from the mouth of CEO of Aidijuma

Gahh comel gilo =)

Thank you for reading this entry !