Tuesday, 22 January 2013

Girlish Mode On


Assalamualaikum

Aku ni bukanlah seorang yang rajin, tetapi bab-bab penjagaan kulit muka, aku rajinkan jugalah tulang 4 kerat ini. (Wah wah kedengaran seperti buruh kasar gitew). Nak kata rajin sangat tidaklah. Takde pon melawat ke spa untuk membuat facial. Cuma, aku tak pernah miss membuat 3 step pembersihan muka (cleanse / tone / moisturize) setiap hari. Satu hari, dua kali ye.

Tapi pon, bagi aku, setakat basic care sahaja tak cukup. Seminggu sekali atau dua kali, kena pakai scrubs, mask, eye patch & nose pack. Konon-konon macam intensive treatment lah kan. Sebab sedar diri ini masih student walaupun dah menjangkau usia 24 tahun, so ukurlah baju kat badan sendiri. Tak payahlah dok ikot-ikot mak datinz nak pergi facialzz bagaizzz. Mak datinzz laki they oll datukzz. iolls?* krik krik bunyi cengkerik *

Sesi facial secara kecil kecilan di dalam bilik kolej yang kecil bersama FL dimulakan! Bahan asas yang diperlukan adalah : Nose pack, eye patch dan facial mask. 3 product sahaja? Ya! Penat tahu nak tangkap gambau bebanyak.


[N.M.F Aquaring Gel EyeFill Patch] Wah wah nama sahaja sudah mengalahkan kepanjangan nama sekolah yang menggunakan nama tokoh.

Honestly, inilah kali pertama aku memakai eyepatch. Jadi agak jakun sikit ihiks. Apakah tujuan memakai eyepatch ini FL? Ia adalah water-soluble essence patch dimana essence gel tersebut akan diserap masuk kedalam garisan halus (smile line) dan bertindak dengan suhu kulit kita menggunakan teknologi Thermo-sensitivity TCD. Senang cerita, ia dapat mengurangkan wrinkles dan menyebabkan kulit menjadi sejuk serta moisturized =)

Cukup mudah cara untuk memakainya. Hanya tanggalkan eyepatch daripada 2 lapisan film dan tampal di bawah bahagian mata. Walaupun namanya eyepatch namun boleh juga ditampal di kawasan lain yang yakni mempunyai wrinkles seperti dahi and around the mouth.


Perangai bertukar menjadi mengada pula setelah memakai patch ini. Adakah kesan sampingan? Patch ini adalah sangat sangat nipis ! Walaupun begitu, takperlulah ke tesco sambil memakainya tahu. Bagaimanapula kalau ditertawakan oleh warga asing nanti. Pastilah nama Malaysia di persada dunia tercalar. Yang penting, aku suka pakai eyepatch ni masa membaca sambil berbaring. Syok gila weyh, dah la sejuk je. Very soothing. Please try ok =) 


[ H.D.P Pore Stamping Charcoal Mineral Mask ] nama kau pon boleh tahan juga ya? Aha aku memang memakai mask setiap minggu. Di dalam facial mask biasanya mengandungi segala intensive treatment yang maha kaya dengan segala nutrient. Kali ini aku mencuba mask yang ‘lain’ daripada yang lain.

Ia diperbuat daripada arang (charcoal)! We all know charcoal can tighten the pores and control excessive sebum. Itulah masalah utama aku, liang roma tersumbat dan menyebabkan blackhead. That’s why aku obsessive terhadap product yang berkaitan dengan pores ni hihi. Ha meh sini nak tunjuk ‘kelainan’ mask ni, embrace yourself….


Ia berwarna hitam! Nampak seperti perwira bajak hitam.... namun apabila aku membuka mask ini, rasailah kehebatannya. Jangan terkejut tahu! Tudung dari edast


Ohoi !! Berkilau bak hang! Segala nutrien telah diserap masuk ke dalam kulit dengan rakus sekali. Thank you Charcoal Mask kerana membuatkan kulitku begitu sihat even for a while. You are now my bestfriend forever =’)


[ Beauty Clinic Sulfur Blackhead Suction Nose Pack ] Ini pula adalah all time favourite nose pack. Macam biasa ada 2 steps. Setelah menampal nose pack selama 15 minit, tarik segala blackhead dan pakai pula pore stamping serum untuk mengecilkan pores. * Obsessive mode on *


Skin (bare) after the facial =) Suka betul bila kulit sihat, tapi apa nak buat, cuma boleh buat seminggu sekali. Makanya kulit hanya kelihatan seperti ini seminggu sekali. Oklatew daripada takdeeeeee khennn. Kalau you all rajin dan mempunyai harta 7 keturunan, bolehlah memakai mask, eyepatch and nose pack ini setiap hari. Pasti boleh mengalahkan Lee Hyori wa cakap lu!

p/s : Nak jugak? Dapatkan product yang sama di hansaegee.com =)

Thank you for reading this entry !gg

Wednesday, 16 January 2013

Abang kita dah kahwin - Part I

Assalamualaikum

Heyo people do you miss me? I'm Fatin Liyana your host for the evening and I'm gonna take you guys on a tour! We are going to ride on the time machine and travel back through time to 15 December 2012!  Are you guys excited =) ?



Yay sudah sampai ! 15 December 2012, bertempat di rumah kak ena uolls. Untuk apa kita kesini uolls?


Untuk menyaksikan dak bang (Asfirdaus) melakukan proses akad nikah ! Hehe satu hari sebelum majlis, barulah aku sampai rumah dari hostel, maklumlah orang bz tengah posting paeds kan. Malam tu, he came to my room. Cakap benda nonsense dan mengarut-ngarut. Biasanya dia tak bercakap sangat pon dengan aku (ehem kecuali menganjing). Tiba-tiba datang lepak bilik aku sambil bercerita tentang perkara-perkara tak penting. Elehh nervous lettew. Aku sempat pesan kat dia..

" Bang, ko nanti jangan buat malu aku tau "

" Apa pulak "

" Mesti sekali lafaz je k. Ko jangan nak tersilap-silap sampai 4 - 5 kali pulak "

" Ala kalau dah tersilap nak buat macam mana. Nasib a "

.....Ish....risau iolls tau


Abang aku ni, dia nampak je macam tu. Tapi sebenarnya he knows what he's doing. Dia ni berprinsip. (Walaupun suka main game dan bangun lambat). But in the end, he nailed it haha! Alhamdulillah dengan sekali lafaz je, dorang berjaya jadi suami isteri yay yay.


So ini adalah first time aku merenjis. Seriously, aku tak pernah merenjis. Pertama, sebab aku jarang attend wedding. Kedua, kalau aku datang wedding pon biasanya aku datang lambat gila. Ketiga, I never bother to do it. Ketika kitorang adik-beradik dipanggil untuk merenjis, I was kinda nervous! OMG what to do. Which to baling, which to put slowly on the palm? How many ml should I pour the water? In the end, aku suruh Han pergi dulu. Ahahhahaha lepas tu I observed carefully and imitate his steps. Bravo!


Meet my extended family on my mom's side. Ni le ghupe orang melakeee kalau begambauuu sampai berkabus gambauuu hehe


My loving mommy and daddy. Tak payah kot nak mommydaddy sangat padahal aku kat rumah panggil ibu ngan ayah jewww bahahha.


My beautiful sister Ena =) Kakena punya birthday 15/12 sama dengan hari nikah. Untunglah birthday dapat hadiah berupa seorang suami kacak bergaya mihmihmih


Aminyonyo comel sangat ni macam tangga. Tangga menuju kebahagiaan. *giteeww*


Eh siapa pula ini? Perkenalkan my dress designer, her name is Fatin Liana (aw comel sangat nama sama). She's the one who is responsible to design the dress I'm wearing at my bro's nikah day! Perhaps you should know a bit why i chose her as my designer!

Name : Fatin Liana
Owner of Mangai Boutique (amateur designer)
Graduated from Fashion Institute of Technology NYC (New York City) in Associate Applied Science in Fashion Design in 2011

Cool kan? She just got back from New York, tapi dia sangat humble dan professional. Heee I just email her and described design macam mana yang i nak and tup tup she came up with few designs yang omagosh giler.

That's her drawing (Please respect others and do not copy). Devoted sangat sampai buat 7 designs for me to choose =) I chose design E in the end. Suka!


Grecian Empire Top with Ombre Mermaid Skirt. 
The fabrics are satin & ombre chiffon =) Detailing tu she used labuci. Baju ni belakang dia lain sikit tau, ada attached ribbon. Comel & unik! Cube tengok gambar 4 dari atas hihi.


You can contact her at mangai.chic@gmail.com. Bagitau je apa baju yang korang nak, she can design it for you =). So i guess thats all? Thank you for your time! Yang dah kahwin boleh berhoneymoon dan berbahagia disamping pasangan, yang tak kahwin lagi boleh balik ke asrama kerana assignment menanti huwaaaa.


P/S: Congrats dak bang dan kakena! Sekarang ni bila balik rumah je, ada lagi satu perempuan selain ibu hohohoho. 

Thank you for reading this entry !

Thursday, 10 January 2013

Suara

Assalamualaikum

Ok last year aku ada masuk tv. TV2, TV3 & TV9. Sebenarnya aku tak suka sangat bercakap. Aku lagi suka menulis sebab kalau salah tulis aku boleh delete. Tapi kalau salah cakap bagaimanakah mahu mengundurkan perahu yang terlajak bukan? Aku sendiri pon benci dengar cara aku cakap, apatah lagi nak suruh korang dengar. So aku pon paham-paham sendiri lah kan.

Tapi bila tv nak buat coverage about myself, of course i was flattered. Seronok tu memanglah. Tapi aku pikir jugak, mesti cara aku cakap macam bodo. Sebab aku ni cakap laju, pastu macam tak clear, tak menarik langsung kalau bercakap dengan aku. No, no. Tak boleh biarkan kebodohan ini menjadi viral di youtube.

I wasn't comfortable with myself at that time. Aku kena ubah cara aku bercakap di tv supaya kedengaran normal. Ko bayangkan ko tengok tv, tapi pompuan dalam tv tu cakap laju gila, tak clear lepas tu takde subtitle, darah ko mendidih tak? Ohoi. But of course, I am being myself, but I have to fit in as well.

Bila aku praktis bercakap secara slow pula, orang kata aku gedik. Kat blog kemain gangsta, kat tv awat suara halus macam tak kena. Camni a weyyyyyyyy. Takkan a aku nak cakap camni kat tv, nanti aku kena gam oleh Media Prima sapa nak tanggung? Hahaha

Korang pi youtube, type je 'Fatin Liyana'. Nanti boleh tengok video aku masuk tv tu. Ehem aku pon ada buat video baru (eceh baru buat tadi tau zemangat uolls) kengkonon nak bagi explaination sikitlah pasal isu ni. Sorry le aku tak reti nak cut-edit-bagai ni. Hanya tau tekan play, stop, upload. Kesian kennnn. So kalau ada aku tersilap cakap tu, maaflah ye.

VIEW FL'sVIDEO HERE

Korang tak dengar lagi aku dok pungpang-pungpang dengan housemates. Konfem unfollow blog ni bahahhahahaha.


p/s : braces off, muka jadi lain sikit in the vid =)

Thank you for reading this entry !

Wednesday, 9 January 2013

Do you read books?

Assalamualaikum

Today my Prof keep complaining how we Malaysians, are just plain lazy to read books. How can you be a good parent if you dont even know what to feed your baby?? She was all upset when this mother did not start wean her baby at 6month old for apparently no reason (perhaps the mother didn't have any idea when she should start weaning the baby). She was sooo engrossed with her bebelan that she decided to marah us (her students) as well.


Alah jangan cakap mak - mak je yang tak membaca, you medical student also do not read! Yes or no? 

 Tunduk *

Now tell me, besides medical books, what other books that you read? I mean books with good sources of knowledge

Tunduk lagi *

Ha takkan takde? Cepatlah, what book do you read?


Then I realized...... OMG it was facebook =')


So dear mothers, marilah kita rajin membaca untuk membesarkan anak-anak dengan cara yang betul. Kesian anak-anak, disebabkan ilmu kita yang tidak cukup, mereka tidak membesar dengan cara yang sepatutnya. Sedikit ilmu asas untuk hari ini :


POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA
Bayi dari lahir sehingga 6 bulan

Harus diberi susu ibu sahaja
Tidak perlu air atau susu tambahan
Tidak perlu makanan pelengkap

Jika ibu mempunyai masalah kesihatan yang tak dapat dielakkan, susu formula boleh digunakan (sila bincang dengan doktor anda). Bayi tak perlu minum air masak, there's no such thing such as baby haus, sistem penghadaman bayi dibawah 6 bulan belum matang untuk menerima air lain selain daripada susu. Makanan pelengkap (bubur, puree) harus diberikan apabila umur bayi 6 bulan (kecuali atas saranan doktor) kerana ketika ini, susu sahaja tidak cukup untuk tumbesaran bayi.

Yours truly,

Tudung Syria Chiffon 2 layer from Edast
MNG Bag from Moddy
Muka hitam daripada tangan pemberian Allah mihmihmih


p/s : Kepada mak mak yang rajin membaca tahniah, keep up the good work! Yang kurang membaca, boleh start dari sekarang ok =)

Thank you for reading this entry !

Sunday, 6 January 2013

Bersihlah Pavillion lepas ni...

Assalamualaikum

 Haritu pergi Pavi sebab teringin nak makan Bulgogi  >_< Ehem sejak dah minat Big Bang ni kan mulalah tekak pon nak feeling-feeling Korea mihmihmih


Telah ke Pavi dengan memakai ini !

Dezelna Assymetric Top from Moddy
 MNG tote bag from Moddy
Ashley Chiffon Pants from Thepoplook
Shawl from Arlene

Kemudian terdapat suara-suara sumbang yang mengatakan ...

 ' Bersihlah Pavillion lepas ni '

 ' Untunglah tak payah bayar gaji cleaner '


Mereka belum kenal erti penyesalan agaknya. Grrr.

Thank you for reading this entry !