Assalamualaikum
Tak putus asa betul aku, dah 3 bulan balik dari Korea pon still mahu update lagi. Inilah yang dikatakan istiqomah ahaks, feeling-feeling naqibah usrah getu. Well, kali ini aku ingin membawa korang semua ke Myeong-Dong. Salah satu tempat shopping di Seoul yang terever zangatlah happening! Masa first time aku dengar nama tempat ni, aku teringat kat Pitbull. Donkkedonkbonkbonk we speak no americano booom booom boom. Ada sikit similarities kan?
Anyway, Myeong-Dong ni adalah salah satu tourist attraction, therefore barang yang dijual agak mahal la kalau nak compare kat Dongdaemun ke, Doraemon ke alahai macam good-good je aku bercerita, padahal pegi Korea sepuluh hari je oiii buehehehehe. Tapi! kat sini banyak kedai cosmetic. Typical Korean beauty product : Nature's Republic, SkinFood, EtudeHouse, Innisfree, HolikaHolika. So pada pandangan akulah, cosmetic dia lagi murah kalau nak dibandingkan dengan barangan yang dijual tepi jalan kat Myeong Dong ni. At least, Made in Korea ok bukan China.
This street food is called Hotteok. It's like fried pancake with brown sugar filling. It tastes so good the moment it melts into your mouth! Harga cuma 1000won / RM 3
Our friend Miza ! Miza zemangat gila bawak kitorang makan Pull-nakji. Masa ni Miza berbual dalam bahasa Korea dengan waitress ni. Kagum tahap moksya der.
We were told that, Pull-nakji means 'sotong terbakar'. Ini adalah kerana sotong tu pedas serta panas nak mampos sehinggakan boleh meleraikan air mata sehingga 7 keturunan.
Side dishes : Coleslaw, seaweed, radish and this green leaves (probably mint leaves?) with caviar. Yang uniknya, kau boleh refill side dishes ni ikot suka hati mak kau.
Itu dia pull-nakji! Serius sedap gila nak mampos...please la kalau datang Seoul sila makan benda ni. Tapi aku taktau apa nama kedai ni, sebab aku kan buta huruf. So sad man. Tapi yang aku tau, kedai ni dah banyak kali masuk TV. Cara makan : kita kena gaul-gaul octopus atas kuali membara tu sampai dia mendidih/masak.
Campur semua benda dan makan! Om nom nom =) Harga 60k Won / RM 180
Lepas makan, shopping teehee. Sale Madness at Forever 21 !
Bersejadahkan peta Seoul, bertelekungkan skirt Forever 21 serta berpandukan kedudukan matahari, maka dapatlah kami menunaikan ibadah solat di sebelah lift. Alhamdulillah, untung tak kena kejar dengan pokgad.
Lepas solat peluk-peluk oppa bueheheheheh.
There you go fangirl !
Mar yang tidak sudah-sudah menyatakan hasratnya untuk memakai Han-bok (Traditional Korean Costume) akhirnya menemu kebahagiaan apabila Miza membawa kami ke Seoul Tourism Center yang terletak dalam bangunan Forever 21.
Kalau anda ke tourism center, anda dapat pakai Hanbok secara free! Tapi harus mendaftar, buat appoinment (sebab selalunya penuh). Macam kitorang datang pukul 5, tapi appoinment pukul 8 malam. Kami diberi masa 20 minit untuk camwhore and feeling-feeling The Princess Hour.
Hanbok yang aku pakai adalah jenis kelas bawahan (orang gaji, rakyat jelata) manakala hanbok yang Mar pakai adalah jenis golongan elite. Foine Mar, pantas je tangan kau amek Hanbok elite ye =')
Dah alang-alang jadi orang gaji terus aku kemaskan lemari dak tourism centre ni. Rajin tak rajin tak??
Jemputlah datang rumah iollsss *sambil mengibar-ngibarkan hanbok.
No comments:
Post a Comment