Thursday 21 June 2012

Levi's Nak Kasi Korang Hadiah. Nak tak?

Assalamualaikum


Ok geng, sekarang ni wa nak kasi tau lu orang satu berita tergempar. Ahaks. Berita tergempar itu adalah : Aku telah tersenarai dalam Top 10 Levi's Curve ID Blogger Award. Tergempar tak? tergempar tak? Tak suspen langsung, ayat kedua sahaja sudah bagitahu isi penting. Tetapi yang lebih menggemparkan adalah, pertubuhan honeykoyukiwan & honeykoyukiwati haruslah berganding bahu untuk membantu HoneyKoyuki untuk mara ke peringkat yang lebih afdal iaitu Top 5. Inilah masanya para honeykoyuki (plural) menunjukkan belang dan menakluki dunia. Gahgahgahgah (Tertawa kecil tetapi gagah)


Q : Saya IKHLAS (ikhlas sangat ni sampai caps lock) mahu membantu Honeykoyuki tetapi saya tidak tahu bagaimana ! Tolonglah saya, saya hanya ingin membuat kebaikan. Saya merayu.
A : Anda ada 2 pilihan.


1. Bank in RM700 ke dalam akaun bank honeykoyuki kemudian baki akaun anda menjadi sedikit sehinggakan rakan mahu tengok resit pon anda menolak sekeras-kerasnya dan berlalu pergi dengan muka yang bengis.

ATAU

2. Vote beliau di sini dan berpeluang memenangi baucer bernilai RM 300 dari Levi's.


Am I good or what? muehehehehe


Bajet dah cool habis la ni siap ada effect bagai??


Anda juga boleh membaca sedikit info tentang saya serta pandangan peribadi saya tentang 'Mengapa potongan lebih penting daripada saiz' jika anda click pada gambar saya di page tersebut. Tetapi sorrylah, have to burden you guys sebab before vote korang kena register dulu. Well senang je la actually, but yeah its kinda fussy kan. Tetapi saya percaya, usaha serta sokongan padu yang melimpah ruah yang anda telah curahkan kepada saya selama 23 tahun tiadalah tandingan jikalau hendak dibandingkan dengan usaha untuk register selama 2 minit.

Jikalau anda mempunyai amnesia, jadi saya sertakan sekali lagi link untuk mengundi  : http://www.eh.com.my/levis-curve-id-blogger-award-undi
Tarikh tutup 28 Jun 2012. Thank you very much, god bless you all, Insyaallah!


P/S : Thank you semua. Malu I tau. Dah la jarang update blog, sekali update terus suruh uolls undi I pulak, mentang-mentang negara mengamalkan sistem demokrasi hiks.


Thank you for reading this entry !

No comments:

Post a Comment