Wednesday, 9 May 2012

Trip To Korea : Food & Girlfriends

Assalamualaikum


Hi rakan-rakan yang cantik lagi kacak. Hari ini kita akan sambung kembali entry ke Korea yang korang semua nantikan yay! See how thrilled I am when we talk about Korea weeeeee.

First and foremost, anda patut tahu yang makanan Korea sangat pedas. Bagi aku, makanan diorang ni rasa macam makanan Malaysia a little bit. Which is kinda surprising kan, but most important of all, edible ! Diorang ada Bokeum Bap (nasi goreng), Tteokbokki (braised sliced rice cake with seasonings) & Hotteok (Korean filled pancake - rasa macam cakue yang ada filling). And please believe me, the food are appetizing!! At least for me... since tekak aku ni made in Malaysia.


' Eh halal ke makanan yang awak makan tu Fatin, macam tak jee .. '


Ehem enak aja kamu bilang aku makan makanan ga halal ya. Apa lho emangnya udah bosan sama hidup ini?


Bab-bab makanan halal haram ni orang Islam memang cukup ambil berat. Especially bila pergi ke oversea, rasa was-was itu memang tinggi. Rasa macam nak menangis sebab semua benda tak boleh makan kan. Been there before. Understood !

FYI, orang Korea sangat suka makan Golgi (red meat) & Dweji (pork). Tetapi mereka juga makan Haemul (seafood). Personally, aku rasa kalau korang ke Korea, korang kena ada tourist guide ataupun member/kenalan yang sudah tinggal lama di Korea. Diorang ni tau kedai mana yang boleh makan dan kedai mana yang tidak. Lagipun diorang dapat list product apa yang halal/approved by Islamic Community kat sana. So you got nothing to worry. Macam aku, sepanjang kat Korea itu hari, kalau nak makan luar memang aku ajak girlfriends supaya diorang tunjuk kedai mana yang boleh makan semua. So best la kan, pergi Korea dapat makan makanan yang dimasak oleh orang Korea tanpa rasa was-was.



Tteokbokki

Amrah & Miza membawa kami makan di kedai yang menjual Tteokbokki di sekitar Inha. Mereka merupakan pelajar final year jurusan Electrical Engineering di Inha University.


Eh, itu macam Farah Lee, wife Ally Iskandar je. Haa memang pon Farah la yang belanja kitorang. Maybe dia pakai duit nafkah kot wakakakaka opppssss! Maceh Farah =)


Dalam mangkuk itulah Tteokbokki. Kuah dia rasa macam pedas dan manis. Tteok (rice cake) tu pulak kenyal-kenyal. Kau celup gorengan (pelbagai jenis seperti dalam gambar) dalam kuah yang menggelegak tu. Ya Allah, sangat la sedap! Panas + pedas = memang 100% typical Korean food beb.

Yang kelakarnya, orang Korea ni, diorang obses sangat dengan pedas. So kalau nak beli Tteokbokki ni, nanti dia tanya. "Nak pedas tahap berapa? 1, 2 atau 3?" Pedas tahap nak mampos takde dalam carta ok. Kitorang ambil yang tahap 1 je pon. Tapi penangan dia, pehh boleh rosak deria rasa aku.



Caffe Bene

Lagi satu yang uniknya dekat Korea ni, diorang ada banyak sangat cafe-cafe yang sangat comels to the top. Yang bagusnya, cafe-cafe ni semuanya adalah local brand. Starbucks kat sana ibarat macam warung ketapang jer .... tak pandang bro. Tak pandang *insert 9gag Obama's meme here.

Setiap pagi, sebelum naik bas, aku ngan Mar akan minum brewed coffee dulu dekat cafe. Ahh so refreshing! Sebab sana sangat sejuk, so bila dapat air panas, rasa macam nom nom nom =') Sudahlah makanan comel & sedap, decorations kedai pula sangat cantik & kreatif.


French Toast yang sangat tempting ! Price 6000won / RM18


I can't resist to buy this Strawberry Belgian Waffle sebab comelsss tapi for me, tak sedap pon hihi. Price 4500won / RM 13.50



Pengganti Ally ( asek berkepit dengan Farah Lee jeeewww ngadee taw )


Amrah, Mar & Miza. Inilah girlfriends yang banyak sangat membantu aku ketika aku di sana. My dictionary, my translator, my GPS, my JAKIM =')




*INSERT CAFE'S NAME. Forgot already!

Cafe ini terletak di Inha. Ya Allah sangat la comel sebab kena duduk dekat lantai. Decoration dia macam English style yang sangat-sangat lembut macam pastel colours etc. Tak rasa macam dekat cafe, rasa macam dekat set penggambaran !


Waffle yang sangat sangat comel ! Terkinja-kinja aku sesaat kau datang. RamlahRam sangatttt.


Nak minum pon rasa sayang. Rasa macam nak tangkap gambar makanan sampai habis memory camera baru puas hati aku. Harga semua tak ingat sebab Miza belanja hee maceh Miza =)


Motip tak lain tak bukan untuk menunjukkan kecomelan tak boleh blah siap condongkan pinggan 30 degree oh no whatever. Farah sangat comel muka sebijik Korean padahal orang ganu haha!


Ha amek kau. Baru kau tau tahap pelahap aku ni memang tiada tolok tandingan.


Rasa macam terlambat yang over sangat untuk ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan Ally Iskandar & Farah Lee! Sebenarnya aku tak pernah tahu pon yang Farah ni merupakan teman rapat kepada Amrah & Miza. Patutlah macam pernah dengar depa sebut nama Farah ni. Pastu aku macam, Eh ni Farah bini Ally ke. 

Ha terus bini kan, tak pakai isteri dah. Bila Amrah angguk je, terus aku macam 'Nak jumpeee Farah nak, nak!' Hee pastu terus jadi kawan, kitorang pergi makan sama-sama, naik 4D motion sama-sama, shopping sama-sama. Tak sangka sangat kami boleh sekepala. Lepas jumpa sekali, terus set date nak jumpa lagi hehe. Thank you Farah sebab baik sangat dengan kita sepanjang kita ada dekat Korea =) Semoga Allah membalas budi baik Farah. Alhamdulillah, terjalin sudah satu ukhwah !

Thank you for reading this entry !

No comments:

Post a Comment