Tuesday, 29 May 2012

Sisters.

Assalamualaikum

I have always wanted to up an entry about sisterhood and stuff but i just don't know where to start =) So basically, you guys have already informed that I am the only girl in ze family. So bagi aku yang macam kurang perasaan ni, rasa macam ok je. Ada kakak ok, takde pon ok. Eh tapi in reality aku takde kakak pon, so bagaimanakah aku membuat perbandingan diatas sesuatu yang tidak pernah wujud ?? Bagaimanakah aku tahu ia ok atau tidak?? Takyah nak cemas sangat k sampai repeat tanda soal dua kali.

Ehem, semenjak ada kakak semi-family ni, hidupku bertambah ceria dan lebih bertenaga. Ummm bertenaga! Jus tuk guru *nyanyi lagu arab*. Well, bagi aku, kakak adalah seorang yang kita boleh rely on. Dia lebih bertanggungjawab dan praktikal. Abang pula, seakan-akan tidak praktikal. Beliau hanya tahu membuat lawak, membahan, melauk dan menganjing, selain bermain futsal di tengah malam yang hening. 

Tapi abang aku sudah menjadi baik. Aku suruh dia hantar kucing pergi vet untuk ambik vaccination, dia hantar weyh tanpa sebarang bantahan! Aku cam terkejut gila wkwkwk adakah ini abang atau ibu yang menyerupai abang (ibu adalah contoh manusia yang tidak pernah mengatakan TIDAK). Selain itu, ketika ketiadaan ibu, abang telah menggoreng ikan kembung yang tidak DISIANG terlebih dahulu sebagai lauk tengahari buat Asfiq. 

" Patotlah ikan kau gemok semacam fir ", kata ibu sambil berdegus.


Selain itu, kebaikan lain yang abang ada adalah melakukan penambahan ahli keluarga kami yay!



Memperkenalkan, kakak pelik. Nama sebenar Maria Elena, panggilan manjewww Ena =)


They went to the same university, so memang dah lama kenal, before kak Maria join dunia blog lagi hee. Sorang sepet sorang mata besar. Yeah.



We seldom meet anyway. Sebab aku kan nerd gila, berkira waktu belajar, so jaranglah hang out ngan Ena wuwuwu. Ena selalu je datang rumah, datang kenduri etc. Pokoknya kat mana ada makanan, kat situ ada Ena. Ena ni rajen drive, memang superwoman hakhak.



 Suka sangat ngan Ena jadi pergi merisik diewww hikhik.


Lepas tu tunang plak. Ena & Iya adalah sisters yang paling sayew sayang! Ayat aku nak myspace je kan.


 Pelik 3 serangkai. Sekian.

Once in a while, I'll have this curahan hati session with Ena cuz she's a good listener. Lepak atas my bed pastu cerita pasal life, future and family. Kitorang ni biasa je kalau berjumpa, takde pon cam sisters sangat sebab 2 2 pon kasar wakaka (aku & Ena masing-masing the only doter in ze familia). So cara cakap tu memang cam ilek ilek malas nak layan sket. Tapi senanya excited gila !!

Ena kalau gi travel mana-mana mesti tak lupa nak belikan souvenirs for me. So aku pon praktikkan benda yang samalah. Benda baik harus diikut ok hehe. Tapi satulah, kitorang kalau jumpa, we never talk about blog ke dunia siber ke fashion ke etc. We don't even snap pictures! Its just the plain me and her, talking and talking until we got bored already. Pastu akan pelok-pelok and masing-masing akan cakap 'kurusnya!' kekekekeke. (suke lettew!)

Best gila rasanya sebab dapat kakak, sampai masa dorang engaged haritu, aku peluk Ena sampai menangis sebab terharu. I just can't explain that feeling, only Allah knows! Insyaallah Ena will officially become my sister / part of the family this upcoming December. Please pray for them !!


Thank you for reading this entry !

Friday, 25 May 2012

Fatin Liyana, the cover girl for Eternity.

Assalamualaikum 


Ha betapa tak boleh belahnya aku, lepas assalamualaikum terus tunjuk gambar. Takda mukadimah mahupun ayat puitis sebagai pembuka bicara.


Sebenarnya itew nak bagitaw yang itew jadi covergirl hikhik. Ok cut the crap. So I am the cover girl for Eternity's June Issue. Eternity ni adalah magazine online dimana anda tak perlu bayar untuk membacanya yay. Bestnyeeew! Barangan percuma adalah kegemaran aku selepas melancong dan menulis blog.


Edisi pertama adalah Neelofa, diikuti dengan Yuna, Anuar Zain, Vivy Yusof, Aaron Aziz dan Fatin Liyana. Walaupun FL uolls suka buat slack bila official photo, bila candid baru nampak comel (kahkah), tetapi tidak mengapalah. Asalkan edisi aku berada di sebelah abang Aaron. Eh eh jangan nak abang sangat k, Aaron suka makan masakan isterinya dirumah instead of makan luar =')


My stylist 1 : Azlia Idha from GetGorgeous

 My stylist 2 : Allia Idha. Yes they are sisters in case if you ask ! And... don't ask me why my head looks big. Adakah kepala cuba melawan tahap ketembaman pipi??

Behind the scene team. Thank you GetGorgeous sisters, MUA Dinie, PhotoG & Puan Aishah ze editor for this opportunity. 


I was featured in the front & back cover as well as 4 page spreads of cover story (Page 16-19). Its quite a lot kan heee. Click HERE to read more tauu ! Jangan boring baca pasal kite ye...hehe. Gambar semua ihsan dari GetGorgeous.


Thank you for reading this entry !

Tuesday, 22 May 2012

Rutin saya. Anda bagaimana?

Assalamualaikum


So basically, few people have been asking me on how I carry out my routine. Hectic ke leisure ke full of boring stuff ke... How to study?? How to manage time wisely??  Sejujurnya, I never discuss anything like this before =) since I believe each and everyone of us has our own preference. Aku pon tak berani nak cakap lebih, sebab I'm still a student kan. Just like you guys! Still crawling to get to the next phase. Medical student - Houseman - Medical Officer - Registrar - Specialist and the list goes on ...

But since I cant sleep right now, so I guess maybe I can share a little bit of my today's activities! Then you can get a rough idea on how Fatin Liyana lives her life kehkeh ! Motipp sangattt


  - Perjalanan hidup saya pada hari ini Isnin ( 21 Mei 2012 ) -



4.30 a.m : Minum ayaq putih sebelah katil. Tak larat nak pergi dekat fridge untuk ambik air yang lagi sedap. Pemalas tahap gaban padahal rumah sekangkang kera je kot.

6.30 am : Rupanya tertidur tanpa sedari. Bangun, solat dan siapkan diri untuk ke kelas pukul 8.

7.30 a.m : Berjalan kaki menuju ke seminar room di tingkat 5 Department ENT (Ear, Nose & Throat)

7.40 a.m : Cop tempat kemahen kau...

8 - 10 a.m : Lecture about Rhinosinusitis & Tumour of the Paranasal Sinuses by Prof Dato' Dr BS Gendeh. (Y le pangkat so long....)

10 a.m - 1 p.m : Clerking patients and do some neck examination at the ward. Patients hari ini sangat baik dan peramah.

1.15 p.m : Zuhur at the hospital's surau. Jauh gila surau ni.. rasa macam nak naik wheelchair ja..

2 - 4.45 p.m : Lecture about Common Laryngeal Disease & Epistaxis. Tahan mata.. tahan

5 p.m - 6 p.m : Ward round, ward work and solat at ward's surau secara haram. Itu tempat semayang doctor dengan nurse, student tak boleh..tapi sebab malas mengatasi segalanya, so yeah.

6.15 - 7.15 pm : Baring, baca buku berbentuk motivasi / kerohanian / agama sampai laloq.

7.30 p.m : Bukak posa makan makanan yang ibu masak dari Seremban (Simpan banyak2 dalam tupperware, tinggal re-heat dengan microwave. Yeah malas tahap infinity). Sambil makan sambil baca 9Gag. Ketawa sensorang macam bangang.

8 - 9 p.m : Solat maghrib & isyak berjemaah dengan housemates. Diantara waktu, berbincang tentang masalah rakan-rakan dan memikirkan jalan penyelesaian (walaupun takda kaitan, tapi nak jugak sembang)

9 - 12 p.m : Study/Self revision di library tentang topic yang dah belajar tadi dan sneak preview tentang apa yang akan di belajar esok. Minum nescafe secawan. Mai secawannn ( Tiru kopi Radix )

12 - 1.30 a.m : Buat assigment yang sepatutnya kena hantar tadi. Lupa lah pulak.. Suka hati aku ja nak lupa kann. Aah medical school ni memang bapak aku yang punya.

- - - - - - - - - - - -

Pastu aku update blog and nak tidoq sat gi... Selalunya aku tidur dalam pukul 1 pagi sebab posting ni busy sikit, 3 minggu je and then tukar posting lain, which is tiring. No no I am not complaining, I am just ventilating my thought teehee. Jadi korang dah tahu kehidupan aku macam mana kan. Lebih kurang macam ni la tiap-tiap hari. Thats why I didn't get the chance to mingle around dengan korang or even reply some inbox & emails. So sad! 

Disebabkan ini jugak, aku memang tolak untuk masuk mana mana media baik electronik mahupun cetak. Nanti tak boleh nak balance masa. So, masa cuti semester yang panjang (setahun sekali) barulah aku accept benda-benda ini. Sorrylah, mesti korang bosan kan asek aku je keluar tv & paper itu hari hehe..pasni takdak dah. Tunggu next year, my upcoming semester break. Don't miss me! Teehee tapi aku akan update blog jugak bila ada cuti umum dan cuti-cuti yang disenaraikan oleh kerajaan. I love Malaysia and goodnite !


Me, as the cover girl for an online magazine with the stylists from GetGorgeous. I will update about it soon =) 


Thank you for reading this entry !

Wednesday, 9 May 2012

Trip To Korea : Food & Girlfriends

Assalamualaikum


Hi rakan-rakan yang cantik lagi kacak. Hari ini kita akan sambung kembali entry ke Korea yang korang semua nantikan yay! See how thrilled I am when we talk about Korea weeeeee.

First and foremost, anda patut tahu yang makanan Korea sangat pedas. Bagi aku, makanan diorang ni rasa macam makanan Malaysia a little bit. Which is kinda surprising kan, but most important of all, edible ! Diorang ada Bokeum Bap (nasi goreng), Tteokbokki (braised sliced rice cake with seasonings) & Hotteok (Korean filled pancake - rasa macam cakue yang ada filling). And please believe me, the food are appetizing!! At least for me... since tekak aku ni made in Malaysia.


' Eh halal ke makanan yang awak makan tu Fatin, macam tak jee .. '


Ehem enak aja kamu bilang aku makan makanan ga halal ya. Apa lho emangnya udah bosan sama hidup ini?


Bab-bab makanan halal haram ni orang Islam memang cukup ambil berat. Especially bila pergi ke oversea, rasa was-was itu memang tinggi. Rasa macam nak menangis sebab semua benda tak boleh makan kan. Been there before. Understood !

FYI, orang Korea sangat suka makan Golgi (red meat) & Dweji (pork). Tetapi mereka juga makan Haemul (seafood). Personally, aku rasa kalau korang ke Korea, korang kena ada tourist guide ataupun member/kenalan yang sudah tinggal lama di Korea. Diorang ni tau kedai mana yang boleh makan dan kedai mana yang tidak. Lagipun diorang dapat list product apa yang halal/approved by Islamic Community kat sana. So you got nothing to worry. Macam aku, sepanjang kat Korea itu hari, kalau nak makan luar memang aku ajak girlfriends supaya diorang tunjuk kedai mana yang boleh makan semua. So best la kan, pergi Korea dapat makan makanan yang dimasak oleh orang Korea tanpa rasa was-was.



Tteokbokki

Amrah & Miza membawa kami makan di kedai yang menjual Tteokbokki di sekitar Inha. Mereka merupakan pelajar final year jurusan Electrical Engineering di Inha University.


Eh, itu macam Farah Lee, wife Ally Iskandar je. Haa memang pon Farah la yang belanja kitorang. Maybe dia pakai duit nafkah kot wakakakaka opppssss! Maceh Farah =)


Dalam mangkuk itulah Tteokbokki. Kuah dia rasa macam pedas dan manis. Tteok (rice cake) tu pulak kenyal-kenyal. Kau celup gorengan (pelbagai jenis seperti dalam gambar) dalam kuah yang menggelegak tu. Ya Allah, sangat la sedap! Panas + pedas = memang 100% typical Korean food beb.

Yang kelakarnya, orang Korea ni, diorang obses sangat dengan pedas. So kalau nak beli Tteokbokki ni, nanti dia tanya. "Nak pedas tahap berapa? 1, 2 atau 3?" Pedas tahap nak mampos takde dalam carta ok. Kitorang ambil yang tahap 1 je pon. Tapi penangan dia, pehh boleh rosak deria rasa aku.



Caffe Bene

Lagi satu yang uniknya dekat Korea ni, diorang ada banyak sangat cafe-cafe yang sangat comels to the top. Yang bagusnya, cafe-cafe ni semuanya adalah local brand. Starbucks kat sana ibarat macam warung ketapang jer .... tak pandang bro. Tak pandang *insert 9gag Obama's meme here.

Setiap pagi, sebelum naik bas, aku ngan Mar akan minum brewed coffee dulu dekat cafe. Ahh so refreshing! Sebab sana sangat sejuk, so bila dapat air panas, rasa macam nom nom nom =') Sudahlah makanan comel & sedap, decorations kedai pula sangat cantik & kreatif.


French Toast yang sangat tempting ! Price 6000won / RM18


I can't resist to buy this Strawberry Belgian Waffle sebab comelsss tapi for me, tak sedap pon hihi. Price 4500won / RM 13.50



Pengganti Ally ( asek berkepit dengan Farah Lee jeeewww ngadee taw )


Amrah, Mar & Miza. Inilah girlfriends yang banyak sangat membantu aku ketika aku di sana. My dictionary, my translator, my GPS, my JAKIM =')




*INSERT CAFE'S NAME. Forgot already!

Cafe ini terletak di Inha. Ya Allah sangat la comel sebab kena duduk dekat lantai. Decoration dia macam English style yang sangat-sangat lembut macam pastel colours etc. Tak rasa macam dekat cafe, rasa macam dekat set penggambaran !


Waffle yang sangat sangat comel ! Terkinja-kinja aku sesaat kau datang. RamlahRam sangatttt.


Nak minum pon rasa sayang. Rasa macam nak tangkap gambar makanan sampai habis memory camera baru puas hati aku. Harga semua tak ingat sebab Miza belanja hee maceh Miza =)


Motip tak lain tak bukan untuk menunjukkan kecomelan tak boleh blah siap condongkan pinggan 30 degree oh no whatever. Farah sangat comel muka sebijik Korean padahal orang ganu haha!


Ha amek kau. Baru kau tau tahap pelahap aku ni memang tiada tolok tandingan.


Rasa macam terlambat yang over sangat untuk ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan Ally Iskandar & Farah Lee! Sebenarnya aku tak pernah tahu pon yang Farah ni merupakan teman rapat kepada Amrah & Miza. Patutlah macam pernah dengar depa sebut nama Farah ni. Pastu aku macam, Eh ni Farah bini Ally ke. 

Ha terus bini kan, tak pakai isteri dah. Bila Amrah angguk je, terus aku macam 'Nak jumpeee Farah nak, nak!' Hee pastu terus jadi kawan, kitorang pergi makan sama-sama, naik 4D motion sama-sama, shopping sama-sama. Tak sangka sangat kami boleh sekepala. Lepas jumpa sekali, terus set date nak jumpa lagi hehe. Thank you Farah sebab baik sangat dengan kita sepanjang kita ada dekat Korea =) Semoga Allah membalas budi baik Farah. Alhamdulillah, terjalin sudah satu ukhwah !

Thank you for reading this entry !