Saturday, 17 March 2012

World Blogger & Social Media Awards 2012

Assalamualaikum =)

Dulu masa mula-mula aku tulis blog dulu, tak pernah pon terfikir yang blog aku akan jadi hit macam hari ni. Kalau aku taulah blog aku akan jadi hit kan mesti aku tak tulis bodo-bodo macam entry lama-lama dulu tu. Mesti aku tulis benda baik-baik je supaya korang ingat aku ni perfect sebagai seorang manusia kahkah. 

Tapi bagi aku semua ni rezeki dari Allah. Siapa sangka tulis blog pasal personal pon boleh ada peminat. Tapi aku positive. Tak kira blogging genre apa, asalkan kita tulis dari hati dan niat kita baik, insyaallah everything will turn out well =) Seperti yang korang semua sedia maklum, aku telah dicalonkan dalam kategori BEST CELEBRITY BLOG dalam World Blogger & Social Media Awards 2012. Alhamdulilah, aku telah memenangi kategori tersebut despite pesaing yang mempunyai nama-nama besar dalam industri blogging. Ok ayat bajet retis baru menang ABPBH. 

Jadi berikut merupakan gambars yang telah dicapture sepanjang majlis yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn PWTC, 16 Mac 2012.


Over tau sampai-sampai je terus tangkap gambar dengan trophy. Aku telah mengenakan busana ever stunning yang diimport dari Dubai oleh Jubahsouq.com. TQ para engineers aka the owners!



Bersama Bihah. She sewed her own dress for the event ! Ahmazhing. My nice-looking lace shawl is from tudungpeople.com. TQ Fazrena =)



Wah wah ada harapan boleh jadi Datin in future ni, gaya pegang gelas dah ada. Apeke bodonye caption aku ni.Anyway, my mom spotted in green songket =) My fabulous clutch is from Magnosite. TQ Aida!
TQ also to alshawls.



Finally got into the hall !


Tak lalu sangat nak makan sebab seronok sangat tunggu nama dipanggil =) Tak lalu konon......



I was called up to the stage. Dr Rais Yatim cakap "Tahniah honeykoyuki..I follow blog you tau..dont forget to follow me back hiks"ok I made em up haha !


My super heavy trophy ! Last sekali aku terima trophy adalah masa SPM 2006 for Best Student kehkeh



With all the winners !


Jojo Struys with her Best Music Blog trophy. Jojo ni sangat friendly & cute, she even asked me 'Are you an actress, can we exchange card? Do you have twitter? I like your dress! Lets take pictures with my blackberry' Awww silly you Jojo, I'm flattered already.


 With Mr. Shahabudeen Jalil, winner for Best Business Blog & Bihah, winner for Best Shopping Blog


I met Adza Irdawati who won for Worst Blog of The Year. Tau tak siapa beliau ni? Beliau adalah script writer dan merupakan auntie kepada eliajejariruncing hee. Ya ampun, she's so nice, friendly and she made my day with all her jokes! Dr Rais Yatim kata, siapa yang menang kategori ini adalah manusia yang cerdik! I bet she is.


 With my beautiful Jojo ( I love her already!) & Maisarah, winner for Best Gadget Blog.


With Ariff Shah, winner for Upcoming Blogger of the Year. Lagi dua orang gadis itu adalah Yaya & Nani, penambah ceria aku. Event ni macam grand gila, semua orang pakai suit. Pastu semua macam otai-otai, nasib baik jumpa rakan sebaya iaitu Yaya & Nani.


 With my beautiful mommy =) Tq mommy for your 46, XX karyotype.

You guys rock! This award is for you guys, not me because you made me win the award. Thank you so much for this opportunity. Ok nak menatap trophy sampai rabun. (Memang dah rabun kot)

Thank you for reading this entry !

Wednesday, 14 March 2012

Ingin iklankan blogshop anda di blog saya?

Assalamualaikum

Disebabkan saya seorang yang mengada-ngada jadi saya telah mencipta sebuah blog baru khas untuk anda semua untuk promosikan blogshop anda. Nama blog saya itu adalah RELAHADO. Bukan non hado ye! Kalau nak tau kenapa saya pilih nama itu boleh la baca di blog baru saya itu dengan lebih lanjut.

Saya sedang cuti semester sekarang ni, jadi saya ambil peluang ini untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat contohnya membina blog baru wtf. Apapon, ini peluang yang baik untuk anda promosikan blogshop anda. Saya akan letakkan link blog baru saya ini di bahagian atas sekali, pada kiri anda untuk kesenangan semua pihak.

Harga yang ditawarkan adalah begitu rendah sekali iaitu RM300 per entry + permanent sidebar link + labels. Diulangi, permanent sidebar link ok. Kalau di blog ternama lain, harga yang dicharge untuk sidebar link sahaja adalah lebih kurang RM200-RM500 sebulan. Lu pikir lah sendiri. Kalau berminat boleh isi form di Relahado ye =) Maceh!

Thank you for reading this entry !

Friday, 9 March 2012

Resepi : Chocolate Cupcake Mudah

Assalamualaikum

Nak kata aku ni rajin, tidaklah jugak. Kadang-kadang cecah pukul 1030 pagi jugak aku bangun. Sampai terjerit-jerit dak ibu (suka hati kau nak men-dak-kan ibu khennn) kejut suruh bangun. Pelbagai perkataan yang kurang enak buat halwa telinga telah berjaya dilemparkan. Hati aku punya sakit, jangan pernah kau cerita. Whatever it is I know you love me mom. Marahkan tanda sayang...tak gituueww? Cover sikit punya baik kau wkwkwkwkwk.

Nak dijadikan cerita, ketika ibu membuka peti sejuk, dengan perasaan bercampur baur sambil menarik nafas dalam dalam, ibu melontarkan suaranya yang nyaring kepadaku. 'Kau bab membeli bahan-bahan buat kek..... pandai, buatnya tak juga!' 'Leks lu bu, kan dah buat haritu. Tu bahan lebih-lebih lalalalala' 'Ha buat la lagi, daripada kau asyik bukak internet je, baik buat kek, dapat ibu makan'.  Maka....perbualan tersebut telah menjurus kepada penerbitan entry ini.


Resipi Chocolate Cupcake
(Tak payah guna mixer, pukul pakai tangan je)


Bahan A
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula perang
1/2 cawan koko
1/2 camca kecil baking powder
1/2 camca kecil soda bikarbonat


Bahan B
1 biji telur
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam

Segenggam chocolate chips

Cara-cara
Ayak bahan A. Pukul bahan B sampai kembang. 
Satukan bahan A & B sambil digilir-gilirkan dengan air suam sampai sebati.
Gaulkan sekali dengan chocolate chips.
Masukkan dalam cup. 
Kukus dalam pengukus lebih kurang 15 minit 
Ataupun 
Bakar dalam oven 180 degree selama err tak ingat


Resepi ini diambil daripada myresipi tapi mintak maaf tuan punya resipi, saya lupa which one sebab banyak sangat bukak new tab. Apepon thanks for the tip! Err anyway, untuk resipi ini, aku telah reduce semua portion into half. Resipi aku ni boleh buat sehingga 40 small cupcakes.

Aku telah menjalankan experiment sewaktu membaking cupcakes ini. Separuh aku kukus, lagi separuh aku bakar. Aku saja je nak test macam mana rasa dia jikalau aku menggunakan kaedah yang berbeza-beza. Ternyata rasa keaslian chocolate itu lebih terasa jika aku kukus. Kek akan rasa lebih moist. Walaubagaimanapun ibu dan asfiq suka yang bakar kerana mereka kata lebih rangup. Tapi aku suka yang kukus. Lupa nak tanya pendapat kak Maria engkau masa dia datang ghumah hari tu.


Cup hitam adalah yang kukus. Cup merah adalah yang bakar. Terdapat perbezaan dari segi tekstur.

 Lebihan batter aku masukkan dalam cup besar ni. Sonang cito.

Bagi aku senang sangat nak buat cupcake ni sebab tak payah pakai mixer. Jimat tenaga aku nak basuh bendalah tu. I just whip the batter! Lagipun, kos bahan murah. Aku ni memang suka berjimat baik dari segi tenaga mahupun wang ringgit. Dan yang paling penting, rasanya sedap. Janganlah kau kemain berjimat sampai apa pon tak boleh. Ged-dit?

Selamat mencuba! 

Thank you for reading this entry !

Saturday, 3 March 2012

Hatiku tersentuh ..

Assalamualaikum


" You might be married to the worst man on earth, like Asiah who married Firaun (Pharoah), but it didn't change her (aqidah). 
You might be married to the best man on earth, like Nabi Lut's wife, yet that doesn't mean you're going to Jannah with him. 
You might not be married at all, like our beloved Maryam yet Allah SWT places your status above all other women on earth. 
Have faith in Allah always and place your full trust in Him. He's the central focal point of our lives " 


- Heba El-Haddad


Thank you for reading this entry !