Assalamualaikum
Hi seperti yang dijanjikan aku akan update tentang percutian backpack aku ke Pulau Perhentian, Terengganu. Kenapa Pulau Perhentian? Sebab kebiruan air laut dia sama macam Maldives!! Walaupun aku tak pernah pergi Maldives tapi bila aku google, sama okay kebiruan air dorang. Tanjat boboi tau. Acane boleh sameee ni. Oleh sebab itu aku telah TERsetuju untuk ikut. Ter sangat, teehee..
So, pergilah aku ke Pulau Perhentian menaiki bas ekspress bersama 9 girlfriends. Sebenarnya aku ada rahsia nak bagitau hihi..malu iteww nak cakap. Sebenarnya itew tak pernah naik bas ekspress hikhik. Jadi memang jakun bila dapat naik bas ekspress, nak nak yang 2 tingkat. Siap book seat atas, belakang sekali, tepi tingkap. Syok bai! Walaupun gegaran berada di tahap 8 skala ritcher, namun kerusi dia empuk macam kerusi urut Ogawa. Kami bertolak pukul 10 malam dari Hentian Putra, KL dan tiba di stesen bas Kuala Besut pada pukul 6 pagi keesokan harinya.
Klasik sungguh pekan Kuala Besut !
Dekat jeti Kuala Besut, ada kedai yang jual local dishes seperti Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Minyak, Nasi Lauk, Laksam. Sedap gile! SILA BELI SEBAB DEKAT PULAU TAKDA MAKANAN OK. APATAH LAGI ATM. Fuuhhh. Harga tiket boat yang kitorang bayar adalah rm70 seorang untuk dua hala (pergi dan balik). Dengar cerita boleh dapat harga rm50 sebenarnya. Perjalanan dalam 30 minit.
Biru tak? Kan dah kata macam Maldives!
Pulau Perhentian ada dua. Perhentian besar dan perhentian kecil. Kitorang pergi yang kecil sebab itu kawasan backpackers, so chaletnya lebih murah. Dari jeti kitorang naik boat ada bumbung macam kat atas ni. Lepas tu nak dekat-dekat sampai perhentian kecil, dia stop kan boat tu halfway. Kitorang macam
' Ey brader, asal stop tengah jalan ni. Adakah kitorang kena berene (ecewah kecek kelate gitu)'
' Boat kena stop kat sini, nanti taxi (bot kecil) datang amek korang '
Nak meng-OMG kan cerita, tetiba hujan. Wahhhh hujan bukan main-main uolls, hujan yang deras dentam dentum. Boat kitorang tu dah mula terumbang ambing. Pastu datang la bot kecil yang tidak berbumbung untuk pick up kitorang. Hello, hujan kot?? Takkan nak naik boat tak terbumbung ni?Habislah bagasi weolls basah!
Kalau aku ni seseorang yang berpengaruh dan mempunyai kuasa besar pasti brader tu tunggu sehingga hujan berenti, namun apakan daya. Nak taknak kitorang pindah naik boat kecil tu dalam hujan. Tragis habis weyh, dok pindah beg dari bot besar ke bot kecil. DALAM HUJAN. Tiba-tiba aku touching teringatkan fisherman and his friends. Err? Lepas tu dalam hujan tu jugak si brader ni rammed kan bot kecik dia macam jantan gila untuk sampai ke darat. Habis pecik pecik air masin tau. TAPI, ia tak semudah yang disangka. Bila dah sampai perhentian kecil, brader tu stop atas air, bukan atas pasir.
' Ha, dah sampai. mu turun sini. Sorang rm5 '
Huwa...turun dari boat, air paras tulang keting...dahla memang basah kena hujan, bot pulak stop atas air..nasib baiklah aku bawak bagpack, senang nak pikul. Member aku bawak beg tarik yang ada roda tu. Hahahahaha memang lawak gila. Lepas tu, bila dah sampai darat, kitorang taktau mana chalet kitorang..berdirilah dalam hujan dengan bag basah masing-masing. Takleh jadi, kitorang pon mula mengorak langkah. Lari, berteduh, lari, berteduh. Macam bangang 10 orang ni berlari-lari anak dalam pasir jerlus :')
Kitorang check in di Rock Garden Chalet, Long Beach. Baik kitorang dah jumpa chalet, hujan pon berenti. Alhamdulillah. Tapi hazab kedua menanti.
' Bilik penuh, ada dua bilik je tinggal '
Huwa lagi sekali. 10 orang cramp dalam 2 bilik. Bilik tu saiz dia muat untuk 2 orang je. Memang backpackers habis. Harga satu bilik adalah RM50 (kipas, seaview). Sebab duduk ber5 jadi sorang bayar rm10 jelah semalam. Wahahahaha murah gila !
Sebab congested sangat bilik tu, kitorang terus pergi mandi laut. LUAS. Baru puas hati aku!
Kitorang tak bawak duit pon masa mandi laut tu sebab ingat nak mandi-mandi je. Sekali semua beriya-iya nak pergi snorkel lepas terpengaruh dengan ajakan si brader tu.
' Boleh tak kitorang snorkel dulu then bayar kemudian, please please...tak bawak duit ni please, petang nanti kitorang bayar '
Hahahah memang muka tak malu. Tapi brader tu leks je, dia bagi kot. So dapatlah kitorang snorkeling dengan turtle dan jaws. Penat gila aku berenang kejar turtle ! Turtle tu besar macam datuk Kame. Engkau tahu tak komik dragon ball, kan ada datuk Kame yang gatal tu. Aku rasa sama besar cengkerang datuk Kame dengan turtle tu. Tapi yang paling best snorkel dengan jaws. Takut gileeeeee weyh. Aku bayangkan besar gile jaws tu rupanya kecik je hehe..baby jaws :)
Hi saya datuk Kame
Lepas tu dah exhausted, aku rasa adalah 3jam setengah kitorang snorkeling. Brader tu tak habis-habis, ha cantik sini, turunlah tengok. Naik boat turun boat aku pon dah pening. Bahu aku ni sakit gila, asyik disuruhnya aku berenang kejar ikan itulah inilah. Tensen tau hahaha. Dah la laparrrr... duit takde pulak tu..makanan pon takde. Dah sampai pit stop ke 4 untuk snorkel, kitorang taknak turun sebab penat. Brader tu dok presure-presure suruh turun hahaha memang lawak. Kitorang dok mengomel la cakap lapar tak boleh berenang la.
' Nak makan ke? Kita pergi ke fisherman village..ada jual makanan situ '
' Tapi takde duit..(buat muka kesian), boleh pinjam duit tak..'
Kau bayangkan, bongok gila. Dah la tak bayar duit snorkel, pastu pegi pinjam duit boatman tu sampai RM50 untuk beli makanan hahahahah. Lepas tu siap janji, kononnya beli makanan sekejap je.
'Kitorang pergi kejap je, brader tunggu kat bot. Japgi kitorang datang'
Jangan lupa makan di fisherman village ye..satu-satunya tempat yang ada jual makanan murah di perhentian kecil. Tapi not assesible by walking, kena naik boat.
Bajet 10minit sekali satu jam lepak kat fisherman village tu makan goreng pisang, kopok lekor, siap tapau beli nasi untuk makan malam kang. Yelah, dekat long beach area kitorang duduk tu mana ada jual makanan. Adalah kedai tapi limited dan mahal hihi. Yang kelakarnya, lepas dah beli beli nasi lauk tu, boleh pulak tak cukup duit...kitorang ada rm50 je tapi lepas dah kira-kira kena bayar rm53 kot..terpaksa tebalkan muka mintak diskaun dan mintak halal kopok lekor tu haha...
Apapon, kesian brader tu sebab sampai terbaring-baring tunggu kitorang. Bertuah betol bebudak ni. Brader tu pon satu, dia dok layankan je kitorang ni. Bila dah tamat semuanya, kitorang pon mengucapkan terima kasih kepada brader tu dan naik ke bilik untuk bersihkan diri. Lepas tu boleh pulak tertidur. Janji nak bayar duit petang kan. Petangla sangat. Esok pagi baru bayar hahahahha.
Konklusinya orang pulau memang baik....hehe... Nantikan sambungan part II ok!
Thanks for reading this entry!
No comments:
Post a Comment