Wednesday, 26 June 2013

So dengar cerita ada website baru?

Assalamualaikum


Orang kata, blogger ni kerja dia samalah macam media, iaitu menyampaikan informasi kepada orang ramai. Cuma bagi aku, blogger lagi best sebab tulisannya berbentuk informal atau orang kata, lebih bersahaja dan sempoi. Well, haruslah up kan diri sendiri miahaha.

So kali ini, aku nak bawakan korang satu info daripada FARMASI COLOR COSMETIC (FCC) yang dah banyak kali aku paparkan dalam blog ini. Klik sini dan sini untuk lihat entry terdahulu yang meletops itu.

Siapa tak kenal FCC, koleksi makeup halal dari Istanbul yang cukup terkenal dengan harganya yang berpatutan. Kali ini aku tak nak buat produk review, sebab mesti korang dah jelak tengok muka aku *dah kenapa touching sendiri..

Hari ini aku nak perkenalkan korang dengan website baru FCC! Kalau dulu FCC hanya ada Facebook kan, kali ini FCC dah ada website sendiri tau. Jom kita mengusha, jom kita mengusha, jom *ikut rentak lagu jom kita mengundi PRU13

www.fcc.net.my. Jom kita usha apa yang ada dalam website ini ;)


Ada orang kata, dia taktau apakah koleksi FCC yang dijual..dont worry my bebeh, ko datang je website FCC, depa ada sediakan semua info tentang produk FCC. Make up? Perfume? Semua ada.


Dan soalan paling lazim..KATNE EK NAK BELI PRODUK FCC NI..TAK JUMPA PON KAK PATIN...Ha korang datang je website FCC, click STORES. Nah amekkau belambak list rangkaian outlets FCC di seluruh Malaysia. Carilah outlets yang terdekat dengan rumah korang dan pergilah dikau meniti kebahagiaan =')


Di dalam hati ini penuh dengan tanda tanya..bak kata omputih kemusykilan membunuh kucing..bolehkah jika saya mahu mengetahui sedikit sebanyak tentang FCC? BOLEH KO CLICK JE FAQ OK.

Banyak lagi yang ada dalam website ni, tutorial make up pon ada. Korang pergi tengok sendiri ya! Memang sangat syok dan informative ;) Habis pasal website, kali ini kita akan berpindah kepada instagram pula. Ehem!



Jangan lupa follow #FCCMALAYSIA jugak ok. Jangan terlepas sebarang update pon tau. Almaklumlah, FCC ni suka buat event & contest!



Last but not least, aku nak tanya, ada tak kakak-kakak yang berminat nak buat bisnes dengan FCC? Jadi pengedar orang kata. Sebabnya FCC ada menyediakan package bisnes untuk semua. Tak kiralah university students, yang dah bekerja ataupun yang dah ada bisnes sendiri. Boleh buat income lebih uolls, nak nak raya ni kan, haruslah semua nak baru.So kena ada extra money la nak beli kasut baru, baju baru, langsir baru dan apa-apa yang baru. Jadi start la bisnes dari sekarang!!!


Apa-apa pon, layari www.fcc.net.my untuk segala info tentang produk FCC mahupun business opportunity. Sekarang ni senang, semuanya di hujung jari khen...Oklah nak patah hujung jari i menaip. Xoxo Publish! *Eh, istanbul aku datang sangat.



Peace yaw ! ( Cara mudah mengundurkan diri tanpa berkata byebye )


Thank you for reading this entry !

Monday, 24 June 2013

A Step-by-Step Guide to Shop at Hansaegee !


Assalamualaikum =)

Ingat lagi product Hansaegee dari Korea yang pernah aku paparkan sebelum ini? Click entry ini atau ini to referesh your memory if you got amnesia hehe. Ramai yang bertanya macam mana nak beli product-product ini di website Hansaegee :)


Baiklah kak Patin (yang sedang memakai Sulfur Blackhead Suction Nose Pack) akan tunjukkan step-by-step guide cemana caranya untuk membeli belah di website Hansaegee!

Website Hansaegee sangatlah mudah dan user friendly. Mari kita mulakan.
  1.             Type http://hansaegee.com/shop/ dalam URL box anda. Sudah? Bagus!


2. Click LOG IN.


3. Buat pelanggan kali pertama (first time buyer), sila click CREATE AN ACCOUNT. Isi data peribadi anda dan click button continue. Aku tidak tunjuk step itu kerana takut korang curi personal details aku muahaha. Haruslah perasan tak tentu pasal ok


4. Setelah selesai mengisi data, anda sudah boleh mula shopping. Sila pilih product yang anda mahu. Saya mahu beli make up jadi saya pilih Vacci Luxe Collection.


5. Pilih kak pilihhh. Click ADD TO CART untuk product yang berkenan di hati.


6. Setelah membuat pilihan, sila DOUBLE CHECK ORDER anda di Shopping Cart.


7. Setelah berpuas hati, sila click PROCEED TO CHECKOUT.


8. Lengkapkan steps seterusnya. Tekan sahaja continue sehinggalah anda sampai ke steps yang terakhir iaitu step 5 (Order review). Kemudian, tekan ‘Place Order’ untuk submit order. Anda akan dapat email mengandungi confirmation order serta payment details dari Hansaegee Nature.

9. Selepas membuat bayaran, anda boleh email Hansaegee atau isikan order number/slip number anda di Payment Transaction Slip di hansaegee.com/shop/payment-transaction-slip


10. Kemudian tunggu sajalah parcel anda untuk tiba di rumah secepat 2 hari, bergantung kepada tempat tinggal anda ;) Senangkan?


Sementara buat tutorial tadi, black head iolls dah pon diekstrak dengan rakusnya menggunakan nose pack. Lepas tu iolls sapukan Pore Stamping Serum untuk kecilkan pori yang dah terbuka semasa extraction tadi. Memang best, tiada bintik bintik hitam lagi.

Jadi diharapkan, anda telah mendapat satu ilmu daripada entri ini. Senang kan? Kalau ada sebarang soalan boleh rujuk terus kepada http://www.hansaegee.com/faq/. Jangan tanya iolls..motip sangat khen.

Oh ya, nanti aku tunjuk apa aku beli untuk next entry ye. Jangan lupa layari http://hansaegee.com/shop/ untuk pengalaman membeli belah yang menakjubkan. Heh over sangat tau.



Thank you for reading this entry !

Tuesday, 11 June 2013

So I heard you got Instagram?

Hello & Assalamualaikum

Yeah I do. Follow me if you care enough to know how I rock my dull life =)




Oh yeah, hope you don't promote your business in my page. Its my private space not an advert column. Come on, pay some respect ok? :) Thanks a bunch peeps !


Thank you for reading this entry !

Thursday, 23 May 2013

Banyak Baju Tak Pakai, Tak Tau Nak Bagi Siapa...

Assalamualaikum


Korang mesti banyak gila baju yang dah tak CANTIK, tak MUAT dan tak STYLO kan? Hee tetapi bagi golongan yang kurang bernasib naik, baju baju korang itu semuanya cantik, muat dan stylo! Daripada terperuk dalam almari, kononnya nanti aku pakai baju ni.. dan sebenarnya kita pon tau korang tak akan pakai. So ada baiknya korang bersedekah :)

Bawak baju/shawl/seluar terpakai (yang masih elok) ke Festival Belia Putrajaya sepanjang 23-26 May 2013 ini. Semoga kehidupan kita memberi manfaat kepada orang lain.

Thank you for reading this entry !

Wednesday, 22 May 2013

Trip To Terengganu : Pulau Perhentian Part II

Assalamualaikum

Ha kali ni aku nak sambung cerita pasal trip aku ke Pulau Perhentian itu hari. Kiranya ni last entrylah ye, malas aku nak panjang-panjangkan cerita. Itu hari aku dah cerita pasal first day, so kali ini aku akan cerita tentang aktiviti kitorang masa 2nd and 3rd day.

Yang aku dok peratikan, kehidupan di pulau ni macam laid back gila. Takde orang rushing. Semuanya rilex.. Even aku duduk sana pon aku taktau nak buat apa. Yang ada cuma pasir dan laut. Asek dok tengok laut, berangan..pastu mengantuk. Dok ulang-ulang benda yang sama. Tapi lautnya memang cantik. Sangat mendamaikan hati ;)

Syok gila tenung laut ni sampai pedih-pedih mata iolls

Antara aktiviti yang kitorang buat adalah islang hopping. Bayar RM45 sorang, boatman akan bawak pergi 5/6 pulau aku pon dah lupa, pastu kat pulau tu boleh la snorkeling. Setiap pulau ada keunikan tersendiri. Ada batu karang warna biru, ada yang hijau. Setiap tempat lain-lain. Jadi wajib turun ke bawah laut walaupun hati kau sakit sebab penat! 


Syok gila, ko boleh bagi ikan makan roti secara up close and personal. Tapi geli sikitlah, sebab ikan-ikan sangat rakus. Bila ko pegang je roti, semua ikan tu macam tak tentu arah serbu ke arah ko. Sampai digigitnya tangan iolls ni. Rilex la bro, roti kosong je kot. Belum gwa kasi roti john lagi bahahha

Bila dalam air tu, aku rasa macam takutnya kalau mati. Sebab dalam air tu senyap sunyi..rasa macam dalam dunia yang lain. Terumbu karang tu rupa dia ada pelbagai. Scary la jugak. Ada yang bentuk dia   macam gua . Kalau tetiba ada pontianak dalam gua tu cemana aku nak lari. Pontianak boleh tahan lagi..kalau piranha atau jaws? Mampos tau aku kena heart attack bawah laut.

Walaubagaimanapun, memang cantik di bawah laut ni. Cantik yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Inilah ciptaan tuhan. Rahsia alam yang tiada siapa tahu. Cantik-cantik ikan yang aku jumpa. Best tau dapat berenang dengan ikan, rasa macam mermaid gitu hikhik


Ololo ada gaya macam Pandalela tak haha?

Nanti boatman ni akan bawak ke lighthouse, pastu dia suruh semua orang lompat. Nampak macam rendah..tapi sebenarnya tinggi!! Dia ada 3 level. Kitorang lompat yang second level tu. Masa kat bawah tu aku eksyen gila, bila dah sampai atas, terus pening-pening lalat. Cuaks wey nak lompat. Kalau swimming pool takpela. Ni laut kot! Tapi, aku ni kan suka extreme sport..so wajiblah tak melepaskan peluang ini :P


Inilah pemandangan bawah laut lepas aku terjunam masuk laut tu..macam bangkai Titanic kan? Tapi Titanic tak karam kat Pulau Perhentian la ngeng..


Ha nampak tak Kincir Angin di atas bukit itu? Kita akan pergi hiking ke sana. Bayar RM50 untuk 1 tourguide (share la reramai), dia akan lead korang ke atas sana. Tapi kalau dah biasa pergi, tak payah la pakai guide dah. Tak tinggi sangat pon bukitnya. Aku siap pakai skirt dengan slipa jepun lagi hahaha. Lebih kurang 30 minit hiking, korang akan sampai puncak. Apa yang ada kat sana?


Permandangan indah seluruh pulau. Subhanallah memang cantik !!


Walaupun panas mengutub..tapi pemandangan diatas sana memang sangat sangat cantik. Tahukah anda ubat untuk ketenangan adalah membaca al-quran, berzikir, solat serta melihat keindahan alam ciptaan Allah SWT? (tapi takyah yoga sangat kot kat tengah-tengah panas tu hahaha..)


Pergi makan seafood. Nak pergi tempat ni kena masuk hutan gelap gelita..bila dah sampai tanjat boboi sebab semuanya orang putih. Tak rasa macam kat ganu langsung. Sorry aku dah lupa la nama tempat ni.

Ada satu benda lawak kat sini. Kat sini bersepah jual arak kuning orang utan. Masa nampak signboard tulis Arak Orak Utan. Aku bajet macam kalau beli arak tu dapat mabok sekali dengan orang utan..kira macam somekind of tourist attraction a. Sebab aku tengok kat youtube anjing boleh mabuk ok kalau terminum arak. Lepas nampak botol arak tu, terus aku gelak-gelak. Please la buat nama lain.


Tau tak aku makan apa? Aku makan ikan shark ok. Tak mahal pon RM15 satu set untuk sorang makan. Tapi tak sedap, sebab macam keras isi dia. Tapi oklah, boleh buat modal berlagak dengan kengkawan hahaha.


Memang panas gila la kat sini. Setiap masa aku bawak sunblock, kejap-kejap pakai tu pon muka aku burn jugak. Dahla balik KL, esoknya tu ada photoshoot magazine. Sempoi!


Apapon I will miss this place. Tempat ni penuh ngan orang putih, orang melayu macam minoriti je. Syok hahahah. Lagi satu, kalau baju yang ko pakai tu bodo sangat, tak matching pon takpe. Takyah malu.. omputih lagi taktau malu, pakai bikini je...#aptb


Nah amek kau, sebelum balik wajib group photo atas jeti. Pergilah melancong ke serata MALAYSIA, tingkatkan industri pelancongan kita =) Tata!!

Thank you for reading this entry !

Saturday, 18 May 2013

Cara Mudah Bersedekah

Assalamualaikum

Disini aku nak berkongsi satu cara bagaimana kita hendak bersedekah secara konsisten. Cara ini memang senang gila kerana semuanya berada di hujung jari. Korang juga tak perlu rasa ragu-ragu ketika bersedekah. Aku bukan nak cakap apalah, sekarang ni kan banyak nau sindiket yang kutip derma, ntah ye ntah tidak la kan..Kalau boleh bila kita nak sedekah itu, biarlah kita pon tak ragu-ragu dengan peminta sedekah tu. Ha tapi dont worry, dengan cara ini, pasti duit sedekah korang akan berada disaluran yang betul =) Inshaallah!

Tapi cara ini adalah untuk pengguna CIMBclicks sahaja. Bank lain aku taktau sorry! Ok mari kita mulakan.


 Mula-mula Log In. Lepas dah Log In, click PAY, BILLS


Untuk ruangan FROM pilih akaun korang. Untuk ruangan TO pula, pilih OPEN BILLERS. Berjela-jela categories akan muncul. Scroll hingga jumpa ZAKAT/CHARITIES, kemudian click seperti yang ditunjukkan dalam gambar.


Selepas itu, akan tersenarai nama-nama syarikat/charity. Click ISLAMIC RELIEF MALAYSIA. (Nak click lain pon boleh..suka hati korang..tapi IRM ni bagus sebab aktif buat charity)


Dalam ISLAMIC RELIEF MALAYSIA ada banyak division. Korang boleh pilih nak sedekah ke Palestin, Africa, Middle East dan banyak lagi! Best kan dapat tolong saudara Islam kita di luar negara selain daripada Malaysia. Lepas pilih categories, nyatakan jumlah sedekah anda dalam ruangan AMOUNT


Setelah itu, anda dikehendaki mengisi butir-butit peribadi seperti nama , alamat , no ic dan sebagainya. Setelah selesai, table seperti dalam gambar akan keluar. Pastikan amount sedekah anda betul dan seterusnya click PROCEED TO PAYMENT.

Tahniah anda telah berjaya bersedekah. Semoga Allah memberkati kalian =)

Hee aku cadangkan korang bersedekah setiap hari Jumaat. Senang, takdele korang terkeliru eh dah sedekah ke belum minggu ni hehe.. Alahai sedekah je setakat yang termampu, kalau ada duit lebih ko bagilah RM10 ke, RM50 ke. Kalau takde duit sedekah RM2 pon boleh,  asal besedekah. Mungkin nilai RM2 tu macam takde apa, tapi bagi mereka yang memerlukan..amat besar nilai tu tau. Cuba tanya diri sendiri, bilakah kali terakhir kita bersedekah? Walau apapun jawapannya, selamat menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang muslim =)

Daripada Muaz Bin Jabal r.a, Nabi S.A.W bersabda: 
“Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu pintu kebaikan: Puasa adalah pelindung,sedekah memadam kesilapan seperti air memadam api, dan seorang insan solat pada penghujung malam.”
(Hadis riwayat Al-Tirmizi dan Ahmad)


Thank you for reading this entry !

Thursday, 16 May 2013

Saksikan Persembahan BEAST, 4MINUTE & G.NA LIVE Pada 27 Jun 2013 !

Assalamualaikum 



Cakap pasal K-Pop, aku ada seorang member yang minat giler dengan K-pop. Alahai, bukan member aku tu je, I bet ramai giler fangirls kat luar sana yang sanggup bermati-matian untuk K-pop hehe.. Kekadang aku heranlah, korang (k-popers) tau je bila kumpulan sekian sekian nak datang Malaysia. Tetiba dah berkumpul kat KLIA. Cemana korang tau??? 

Bila videoGangnam & Gwiyomi jadi viral, tetiba ramai k-popers yang turut bergangnam dan bergwiyomi sekali secara besar-besaran. Aku macam wow... bagaimanakah semua orang boleh minat benda yang sama pada waktu yang sama? Tapi yang aku paling tak boleh blah, korang sanggup bayar mahal semata-mata untuk tengok concert K-Pop! Kita semua tahu concert K-pop ni memang a bit expensive…Sampai ada yang nangis-nangis sebab tak dapat pergi tengok idola dorang. Gile tak gile la Kpopers ni kan? 

Buat member aku Farah, seorang peminat setia K-pop, this entry is specially for you. Kita dah jumpa cara paling mudah untuk Farah pergi ke concert Kpop secara PERCUMA! Yay lepas ni Farah takyah makan megi dah untuk ikat perut kekeke. Fangirls lain pon boleh turut serta =)


Pada 27 June 2013ini, American International Assurance Bhd. (AIA)  dengan tema Be Real, Love it, Live it! akan membawakan kumpulan KPop Beast, 4Minute & G.NA ke Stadium Putra Bukit Jalil, Malaysia!


AIA sangat baik hati untuk memberi ticket konsert ini secara PERCUMA dan peluang berjumpa dengan kumpulan ini secara up close & personal. Nak tau bagaimana caranya? Anda haruslah join contest K-pop yang sedang dijalankan oleh AIA =) Tak susah pon!


The Real K-Pop Experience Video Contest
  1. Buat video berdurai 30 saat, dimana anda atau max 4 orang rakan anda menari, menyanyi(sing along) ataupun bergwiyomi lagi K-pop kegemaran anda
  2. Namakan video anda dengan AIA Kpop xxx (nama kumpulan anda)
  3. Upload video penyertaan ke youtube
  4. Seterusnya link video penyertaan anda ke http://aiakpop.com.my/contest.html
  5. Ajak kaum kerabat, saudara mara untuk vote video anda 

Click here to view the video. 

Diatas adalah contoh video penyertaan yang telah diupload ke page AIA. Sorry kak saya curi video akak buat tontonan umum hehe.. Senang gile kan! Buat je pape janji ko suruh kaum kerabat engko vote biau kasi menang hahhaa..


Hadiah yang bakal dimenangi !! Daripada ko buat video KEEK bek ko masuk je la contest ni, untung-untung menang dapat tiket percuma hehe..

Tapi kalau terlalu malu nak menari/bergwiyomi tu, takpe sebab sebagai pembaca honeykoyuki ecewah, anda juga layak menikmati Special Priority booking! Hanya isi butiran anda di www.aiakpop.com.my/gettoknowyou dan anda berpeluang mendapat tiket AIA Kpop pada harga istimewa. Ha untung tak jadi pembaca blog iols? kekeke

AIA K-POP Concert merupakan acara persendirian namun demikian, sejumlah 2,000 tiket premium akan dibuka kepada orang ramai. Harganya dari RM200-RM400 via Priority Booking dan ianya first-come, first-served tauu. Boleh beli dari semua Ticket Charge outlets. Selepas tempoh Priority Booking, tiket akan dijual pada harga RM250 sehingga RM450 setiap satu. So siapa cepat dia dapat!

Selain daripada itu, AIA juga ada membuat pelbagai trivia contest hasil kolaborasi dengan radio, stesen tv dan media cetak. Hanya jawab beberapa soalan mudah dan anda berpeluang untuk memenangi concert tickets dan exclusive merchandise. Pastikan telinga anda peka pada  June 2013 yang akan datang ni!

Supaya korang tak terlepas apa-apa update tentang AIA Kpop Concert ini, aku cadangkan korang lawati website AIA ini okay. Goodluck Farah & fangirls ! Kalau menang jangan lupa ajak kiteeeee tau hihi


 you for reading this entry !

Wednesday, 15 May 2013

Cerita pasal library

Assalamualaikum

Aku suka study dekat library. Kengkawan semua macam wow rajin gila pergi library. Sebenarnya dorang tak tau yang aku suka study dekat library sebab library tu ada aircond. Library PPUKM best, besar, sejuk dan ada banyak buku best.

Dekat Bandung dulu, library panas dan kecil. Collection buku pon sikit. Nak tak nak aku kena beli buku sendiri. Tapi aku bersyukur sangat, dekat library PPUKM banyak buku best-best. Aku boleh pinjam je dan tak perlu keluar duit beratus-ratus untuk beli sebuah buku :)

Musim exam, library tu adalah home sweet home buat aku. Biasanya aku spend time lebih dari 12 jam di library. Kalau boleh nak tidur sana sekali tapi apa boleh buat akak dan abang library pon ada life ok, ko hengat dia takde keje nak tunggu library tu 24jam? So aku harus akurlah.


 Ni barang-barang keperluan yang aku selalu bawak ke library. Selain notes, ada perfumed lotion (wangi dan melembutkan kulit dalam masa yang sama), bantal, roti/sweets, dan air 3 in1.

Aku tak suka busuk-busuk. Jadi kena ada perfume setiap masa dengan aku. Duduk dekat aircond kulit jadi kering sangat, jadi kenalah pakai lotion. Kenapa ada bantal? Lepas study 1 chapter biasanya aku akan tidur sebentar (konon-konon bagi brain time to digest what we have learn gitu). Aku tak suka makan sambil study. Nanti pen aku melekit, pastu nota aku kotor. Tapi lepas 3-4 jam, aku mesti kena makan something kalau tak nanti gastric acid overloaded.


 Usaha-usaha jugak, doa jangan dilupakan hihi

Bila aku tengok jam dah lewat tapi banyak lagi chapter tak habis, cecepat aku buka buku motivasi untuk naikkan self confidence. Hewhew omey sangat kan. Lepas tu disulami dengan doa-doa mustajab harap-harap Allah permudahkan segalanya bagi aku. Lepas dah tenang, buka buku balik dan study.


Beli sushi banyak-banyak sebagai penamat untuk hari yang panjang.

Apabila aku berjaya menghabiskan topik-topik yang telah di aim untuk haritu, I will give myself a pat at the neck and say 'Good job Fatin lets go somewhere to treat yourself'. Biasanya aku suka pergi Tesco takpun Jusco. Makcik-makcik sangat haha..aku suka tengok-tengok barang makan dan berangan. Memang macam takde kaitan i know, apesal ko nak berangan bila tengok makanan tapi biarlah :p #aptb


Thank you for reading this entry !

Monday, 13 May 2013

Apakah itu BBCC ?


Assalamualaikum

Ya I know I’m a bit late cuz few other bloggers have done the product review before. But I just cant lose the thought. I need to experience the product by myself girls! The product is still new in the market, I just have to give it a try =)

Today im going to make review on FCC (Farmasi Colour Cosmetics) product. Ingat tak product halal dari Istanbul yang aku pernah cerita dulu? Click here to check out the previous entry. Gegirls sekalian, kali ini FCC ada memperkenalkan product baru mereka yang dikenali sebagai CC cream! Wah FL apakah CC cream itu?


CC cream. Berdiri megah disamping BB cream!

CC cream sebenarnya adalah abbrevation for Colour Control Cream. Sama seperti BB cream, ia juga merupakan ‘ALL IN ONE’ product. Kiranya satu product tetapi mempunyai pelbagai fungsi. Yup! CC cream ni bertindak sebagai moisturizer, sunscreen, foundation dan anti-aging =)

CC cream sesuai dipakai ketika waktu SIANG
BB cream sesuai dipakai ketika waktu MALAM

Why FL why?

CC cream harus digunakan ketika siang hari kerana kandungan SPF nya lebih tinggi (SPF 25) untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang merbahaya. Lagipun CC cream mengandungi Vitamin C untuk membantu memperbaiki struktur kulit dan memutihkan kulit pada waktu yang sama. Nak gila lagi, CC cream juga mengandungi Collagen untuk mengurangkan garis-garis halus dan kedutan di muka. Dan banyak lagi content lain!

Instant coverage kan? =)

Hanya sapukan CC cream di seluruh kulit muka yang bersih. Bila sapu tu, buat bentuk bulatan tau. Aku rasa macam senang untuk ratakan bila buat bentuk bulatan. Engkau nak buat tiga segi pon boleh wahaha. My first impression, bila letak a ‘dot’ atas kulit.muka rasa macam ‘tebalnya’. But then, bila ratakan atas kulit muka, the texture is actually very light and soft. Kulit muka teros jadi sekata seolah-olah macam ko ni memang dilahirkan natural beauty hahahaha. Bagusnya produk ini adalah it provides enough coverage without clogging the pores. Best kan? Definitely a win I know =)



CC cream boleh didapati di pasaran pada harga RM45.90. For me, it is rather cheap considering its multiple purpose as moisturizer, sunscreen and whatnot. This product is definitely worth to try.
Lagipun kita semua nakkan BBCC skin betul tak? Bright. Beautiful. Clear. Confident. So mengapa pilih diantara dua? Let’s have both BB & CC cream! Anyonyono pandai semua, jadi pergi beli dua dua ok? Kekeke

Like page FCC untuk ketahui sebarang update terbaru, rangkaian produk FCC, outlets di seluruh Malaysia serta contest yang dijalankan. Till then my gegirls!


Thank you for reading this entry !

Friday, 10 May 2013

Dah pandai dah pakai shawl half moon

Assalamualaikum

Secara jujurnya aku ni orang yang jenis cepat rimas. Oleh itu aku suka sangat sangat pakai tudung syria!! Lagipun aku tak artistic, tak pandai lilit shawl hehe. Memang huru hara shawl tu aku kerjakan..Tapi sekarang aku dah ada improvement tau :P

Wah wah FL dah pandai pakai shawl halfmoon dari Arlene.my

Kesiankan, baru terhegeh-hegeh nak pakai shawl halfmoon. Entah-entah orang lain dah pakai shawl 3 quarter moon kekekeke. Anyway, Iolls ada sediakan video tau cemana nak pakai shawl halfmoon dengan cara yang paling mudah sekali. Macam biasa, aku ni kan kaku sebab takde bakat bercakap depan camera. Tapi takpelah, iolls bukan nak jadi retis pon :P 

Click this link to view the video! 

Aku memperagakan shawl & pakaian dari Arlene.my. Website online shopping ini bukan kepunyaan aku, tapi kepunyaan kakak angkat aku, Kak Liza hehe..So website tu penuh la dengan muka aku sebab aku duta untuk produknya. Tapi takdelah duta sangat, ala tolong tolong jelah kan hehe.

Untuk pengetahuan korang, aku dah stop buat modelling sebab aku rasa sakit pinggang berdiri lama-lama, lepas tu muka aku ni tak photogenic (sedar diri sangat) dan yang paling penting aku tak enjoy doing it. Kiranya pengecualian untuk Arlene.my sahaja sebab kami ada hubungan kekeluargaan gitu. So harap maklum ye owner blogshop sekalian. Maaf =)


p/s: What i love the most is, blogging. I enjoy writing very much, aku boleh pakai baju buruk sambil makan kopok ikan sambil menaip sesuka hati aku. Itu paling best bro.


Thank you for reading this entry !

Tuesday, 7 May 2013

Trip To Terengganu : Pulau Perhentian Part I

Assalamualaikum

Hi seperti yang dijanjikan aku akan update tentang percutian backpack aku ke Pulau Perhentian, Terengganu. Kenapa Pulau Perhentian? Sebab kebiruan air laut dia sama macam Maldives!! Walaupun aku tak pernah pergi Maldives tapi bila aku google, sama okay kebiruan air dorang. Tanjat boboi tau. Acane boleh sameee ni. Oleh sebab itu aku telah TERsetuju untuk ikut. Ter sangat, teehee..

So, pergilah aku ke Pulau Perhentian menaiki bas ekspress bersama 9 girlfriends. Sebenarnya aku ada rahsia nak bagitau hihi..malu iteww nak cakap. Sebenarnya itew tak pernah naik bas ekspress hikhik. Jadi memang jakun bila dapat naik bas ekspress, nak nak yang 2 tingkat. Siap book seat atas, belakang sekali, tepi tingkap. Syok bai! Walaupun gegaran berada di tahap 8 skala ritcher, namun kerusi dia empuk macam kerusi urut Ogawa. Kami bertolak pukul 10 malam dari Hentian Putra, KL dan tiba di stesen bas Kuala Besut pada pukul 6 pagi keesokan harinya.

Klasik sungguh pekan Kuala Besut !


Ececece backpacker bawak handbag. Pink lagi tau. Tak matching langsung hahaha. Sebenarnya beg pink tu waterproof...alah buat letak camera ngan nasi dagang. Laukku cukup masin hee


Dekat jeti Kuala Besut, ada kedai yang jual local dishes seperti Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Nasi Minyak, Nasi Lauk, Laksam. Sedap gile! SILA BELI SEBAB DEKAT PULAU TAKDA MAKANAN OK. APATAH LAGI ATM. Fuuhhh. Harga tiket boat yang kitorang bayar adalah rm70 seorang untuk dua hala (pergi dan balik). Dengar cerita boleh dapat harga rm50 sebenarnya. Perjalanan dalam 30 minit.


Biru tak? Kan dah kata macam Maldives!

Pulau Perhentian ada dua. Perhentian besar dan perhentian kecil. Kitorang pergi yang kecil sebab itu kawasan backpackers, so chaletnya lebih murah. Dari jeti kitorang naik boat ada bumbung macam kat atas ni. Lepas tu nak dekat-dekat sampai perhentian kecil, dia stop kan boat tu halfway. Kitorang macam

' Ey brader, asal stop tengah jalan ni. Adakah kitorang kena berene (ecewah kecek kelate gitu)'
' Boat kena stop kat sini, nanti taxi (bot kecil) datang amek korang '

Nak meng-OMG kan cerita, tetiba hujan. Wahhhh hujan bukan main-main uolls, hujan yang deras dentam dentum. Boat kitorang tu dah mula terumbang ambing. Pastu datang la bot kecil yang tidak berbumbung untuk pick up kitorang. Hello, hujan kot?? Takkan nak naik boat tak terbumbung ni?Habislah bagasi weolls basah!

Kalau aku ni seseorang yang berpengaruh dan mempunyai kuasa besar pasti brader tu tunggu sehingga hujan berenti, namun apakan daya. Nak taknak kitorang pindah naik boat kecil tu dalam hujan. Tragis habis weyh, dok pindah beg dari bot besar ke bot kecil. DALAM HUJAN. Tiba-tiba aku touching teringatkan fisherman and his friends. Err? Lepas tu dalam hujan tu jugak si brader ni rammed kan bot kecik dia macam jantan gila untuk sampai ke darat. Habis pecik pecik air masin tau. TAPI, ia tak semudah yang disangka. Bila dah sampai perhentian kecil, brader tu stop atas air, bukan atas pasir.

' Ha, dah sampai. mu turun sini. Sorang rm5 '

Huwa...turun dari boat, air paras tulang keting...dahla memang basah kena hujan, bot pulak stop atas air..nasib baiklah aku bawak bagpack, senang nak pikul. Member aku bawak beg tarik yang ada roda tu. Hahahahaha memang lawak gila. Lepas tu, bila dah sampai darat, kitorang taktau mana chalet kitorang..berdirilah dalam hujan dengan bag basah masing-masing. Takleh jadi, kitorang pon mula mengorak langkah. Lari, berteduh, lari, berteduh. Macam bangang 10 orang ni berlari-lari anak dalam pasir jerlus :')


Kitorang check in di Rock Garden Chalet, Long Beach. Baik kitorang dah jumpa chalet, hujan pon berenti. Alhamdulillah. Tapi hazab kedua menanti.

' Bilik penuh, ada dua bilik je tinggal  '

Huwa lagi sekali. 10 orang cramp dalam 2 bilik. Bilik tu saiz dia muat untuk 2 orang je. Memang backpackers habis. Harga satu bilik adalah RM50 (kipas, seaview). Sebab duduk ber5 jadi sorang bayar rm10 jelah semalam. Wahahahaha murah gila !


Sebab congested sangat bilik tu, kitorang terus pergi mandi laut. LUAS. Baru puas hati aku!


 Lepas tu ternampak signboard ni. Kat sini tak banyak sangat aktiviti kecuali snorkeling, island hopping dan scuba diving. Yang bestnya, kita boleh snorkel dengan turtle dan jaws! Tapi yang paling best sekali  adalah harganya sangatlah murah. Kalau tak silap RM35 sorang (snorkeling di 4 tempat + free visit to fisherman village)

Kitorang tak bawak duit pon masa mandi laut tu sebab ingat nak mandi-mandi je. Sekali semua beriya-iya nak pergi snorkel lepas terpengaruh dengan ajakan si brader tu.

' Boleh tak kitorang snorkel dulu then bayar kemudian, please please...tak bawak duit ni please, petang nanti kitorang bayar '

Hahahah memang muka tak malu. Tapi brader tu leks je, dia bagi kot. So dapatlah kitorang snorkeling dengan turtle dan jaws. Penat gila aku berenang kejar turtle ! Turtle tu besar macam datuk Kame. Engkau tahu tak komik dragon ball, kan ada datuk Kame yang gatal tu. Aku rasa sama besar cengkerang datuk Kame dengan turtle tu. Tapi yang paling best snorkel dengan jaws. Takut gileeeeee weyh. Aku bayangkan  besar gile jaws tu rupanya kecik je hehe..baby jaws :)

Hi saya datuk Kame

Lepas tu dah exhausted, aku rasa adalah 3jam setengah kitorang snorkeling. Brader tu tak habis-habis, ha cantik sini, turunlah tengok. Naik boat turun boat aku pon dah pening. Bahu aku ni sakit gila, asyik disuruhnya aku berenang kejar ikan itulah inilah. Tensen tau hahaha. Dah la laparrrr... duit takde pulak tu..makanan pon takde. Dah sampai pit stop ke 4 untuk snorkel, kitorang taknak turun sebab penat. Brader tu dok presure-presure suruh turun hahaha memang lawak. Kitorang dok mengomel la cakap lapar tak boleh berenang la.

' Nak makan ke? Kita pergi ke fisherman village..ada jual makanan situ '
' Tapi takde duit..(buat muka kesian), boleh pinjam duit tak..'

Kau bayangkan, bongok gila. Dah la tak bayar duit snorkel, pastu pegi pinjam duit boatman tu sampai RM50 untuk beli makanan hahahahah. Lepas tu siap janji, kononnya beli makanan sekejap je.

'Kitorang pergi kejap je, brader tunggu kat bot. Japgi kitorang datang'


Jangan lupa makan di fisherman village ye..satu-satunya tempat yang ada jual makanan murah di perhentian kecil. Tapi not assesible by walking, kena naik boat.


Bajet 10minit sekali satu jam lepak kat fisherman village tu makan goreng pisang, kopok lekor, siap tapau beli nasi untuk makan malam kang. Yelah, dekat long beach area kitorang duduk tu mana ada jual makanan. Adalah kedai tapi limited dan mahal hihi. Yang kelakarnya, lepas dah beli beli nasi lauk tu, boleh pulak tak cukup duit...kitorang ada rm50 je tapi lepas dah kira-kira kena bayar rm53 kot..terpaksa tebalkan muka mintak diskaun dan mintak halal kopok lekor tu haha...

Apapon, kesian brader tu sebab sampai terbaring-baring tunggu kitorang. Bertuah betol bebudak ni. Brader tu pon satu, dia dok layankan je kitorang ni. Bila dah tamat semuanya, kitorang pon mengucapkan terima kasih kepada brader tu dan naik ke bilik untuk bersihkan diri. Lepas tu boleh pulak tertidur. Janji nak bayar duit petang kan. Petangla sangat. Esok pagi baru bayar hahahahha.

Konklusinya orang pulau memang baik....hehe... Nantikan sambungan part II ok!

Thanks for reading this entry!