Assalamualaikum
Lameeenyeww kakkkww (perlu ke masalahnya nak tambah huruf 'w' pada huruf konsonan?) fatinnnwww (ni pon sama!) takkkww (ini pon weyh!) updateeww blogww (go die now please) Yeah yeah..... Kak fatin has been very busy with life. Walaupun kehidupan kak Fatin hambar dan tak glamorous macam Kim Kardashian namun Kak Fatin tetap very vogue de vas ok fine ga nyambung. Never in my life aku address diri sendiri sebagai Kak Fatin yeww I feel totally like a pondan. Apahal aku ni, perenggan pertama langsung takda isi penting kot.
Anyway, selain bersenang lenang di waktu senggang, hobi aku juga adalah travelling. Tapi setakat ni aku baru pergi tempat dekat-dekatlah sebab semua perbelanjaan adalah sendirian berhad kan. Kalau nak tengok gambar meletop dalam blog ni tunggulah aku kumpul duit lama sikit baru boleh jejak kaki ke Korea ataupun Australia hihi. Atau mungkin ada orang nak sponsor? Anyone?
Oh ya kembali kepada tajuk asal, aku dan Datin telah pergi ke Singapore selama 3 hari iaitu 20/10-22/10. Kami memang dah lama plan nak pergi tapi aku ni kan banyak gila cuti, tambah pulak medic ni kan tak sibuk dan banyak free time *eyes rolled*. Berkat selalu berkomunikasi melalui BBM dengan Datin, finally dapat jugak kami pergi! Kitorang pergi berdua je tau. Konon-konon nak jadi backpackers la padahal backpack pon takde kan.
Kitorang sangat excited sebab kali pertama kitorang travel berdua. Two girls in Singapore yaw, how cool is that? Kitorang dah rancang baik punya trip kali ni. Sebab masing-masing pon guna duit sendiri, so tak boleh la nak berlagak Diva shopping kat Orchard Road. Teehee. Apa yang aku boleh kata, trip kali ni memang betul-betul awesome. Walaupun Singapore is just next door, but its not about the place that counts, its about with whom you spend your precious time with =)
Let's go futher deep into our awesome Singapore trip !
Passport yang baru dibikin sehari sebelum departure guna duit ayah haha! Oh ya aku bawak novel yang aku beli murah dari BigBadWolf itu hari. I finished almost half of the book. Tekun gila sampai konyok-konyok buku tu tau.
Setelah 7 jam berbual/tido/membaca maka kami pon sampai Woodlands Singapore. Excited gila sebab dapat berpijak di bumi yang nyata tanpa gegaran. Haha! Aku bawak satu beg tarik dan tote bag. Masa ni tengah tunggu Pan Ndak Datin nak fetch kitorang.
Taxi kepunyaan Pak Ndak yang boleh swipe credit card and pelbagai lagi hi-tech gadgets. Actually, kami menumpang di rumah Pak Ndak Datin hehe yay tak payah bayar duit hotel =') The family was so warm and pleasant to have us around. They even prepared us dinner eventhough I supposed it was supper time.
The very next day, after breakfast kami yang bimbo ni bersiap-siap untuk ke stesen MRT. Masa bersiap-siap tu tetiba kitorang menjerit. WEEEYYHHH APESAL TUDUNG KAU SAME KALER DENGAN AKU??? Sentap. Kitorang memang tak plan langsung tau hee mungkin bezzfrenzz mempunyai instinct yang sama kot.
Dari Hougang Ave 3, kami berjalan kaki menuju ke stesen MRT Kovan. Tapi kami tak tau where the heck was Kovan. Kami dok tanya-tanya orang macam mana nak sampai sana. Luckily ada seorang savior yang willing to help us.
Anty ni nak pergi pasar, tapi dia tunjuk jalan sehingga menuju ke Kovan. Baik kan? Cayang anty ketat-ketat walaupun anty stranger. LOL
Weather was nice and sunny. Best la untuk jalan-jalan kan. Hee lepas tu kami pon sampai ke Kovan dalam diam tak diam. (Ayat macam tak sesuai langsung)
Dah sampai Waterfront dan kini menuju ke Universal Studio Singapore. Ramai orang walaupun weekdays. Kayo lah kau USS.
Yeah kami berjaya pon sampai ke USS ! Excited gila sampai suruh je sesiapa yang lalu lalang depan kitorang jadi cameraman. Cina, India, Melayu, Indonesia, orang putih semua pernah jadi cameraman kitorang hahahahha. Lantak. Haa nak tengok apa kitorang berdua buat dalam USS ni, nantikan Part 2 okay! Penat tau nak update blog =')
No comments:
Post a Comment