Assalamualaikum
Sabtu dan Ahad pon aku ada kelas. Macam sungguh tak cool kerana harus berperah otak mahu memilih diantara dua. Pergi ke kelaskah atau pergi berjumpa rakan-rakan. By berjumpa rakan-rakan I mean like attending open houses as well as wedding receptions. Macam susah gila nak buat pilihan. Ibarat macam ditelan mati emak diluah mati anak dikunyah tiada siapa-siapa mati, bapak tak mati sebab dia immortal. No, seriously. I hate this feeling. Why do I have to choose one when I can have them both?
So pada hari Sabtu yang lepas, I decided to attend the lectures first, and halfway through, aku buat-buat macam pergi toilet padahal pergi lari balik bilik bagaikan seorang jaguh, gosok baju kurung menggunakan kuasa maximum (nasib baik tak terbakar), dab dab powder dan chow pergi wedding reception kepunyaan Adriani Adnan (also known as Yanny). Padahal majlis bermula pada pukul 12.30pm, tetapi pukul 3 petang barulah aku bertolak. Jadilah der ...daripada tak pergi langsung ye tak.
Nah aku sajikan beberapa gambar pada majlis tersebut. Enjoice!
Venue : Dewan Seri Endon, Puspanitapuri, Presint 10 Putrajaya. Gila lawa dan besar hall ni.
That's my beautiful bride, Yanny. She's so elegant in that stunning dress designed by Jezmine OBB =) Pelamin juga sangat cantik dan lavish. I almost got my eyes in tears. Over kau.
Aku datang lambat gile kot. Masa tu 2/3 of the hall dah empty already. But luckily, Yanny tengah photoshoot atas pelamin, so I got the chance to meet and congratulate her! I missed the part where she did her grand entrance as well as bersanding. Sedihla sebab I tak dapat nak witness that beautiful moment =')
Lepas makan, aku pergi bersosial dengan para bridemaids yang canteks !
Lina Kamal, Fatin poka-poka, Yana & Fira Hanis
Shea Rasol, Maria Elena, Fatin Liyana (ehem nama nak glamor, padahal boleh je tulis 'me' haha) dan Lin.
Adore her straight posture!
My only sister! (Soon to be, InsyaAllah kalau ada jodoh hehe)
Girls just wanna have fun !
Yanny and Yus =) Cantik sangat kan? Gambar of course curi dari page Yanny haha aku kan datang lambat =P Jangankan tangkap gambar kat tangga, tangga pon aku tak jumpa mana! Ceis.
To Yanny and Yus, thanks for the invitation. Semoga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat dan semoga ikatan ni sentiasa diredhai Allah. Nanti kalau Yanny dah G1P0, bolehlah buat antenatal checkup kat HUKM ye hehe. Bestnya kahwin............... True meaning : Bestnya pelamin cantik, baju cantik tapi tak ready nak pikul tanggungjawab seorang isteri. Hahahahaha!
p/s: thank you comels kerana sudi baca blog ini lagi hehe..
No comments:
Post a Comment