Friday, 25 November 2011

Budget Singapore Trip - Part 3

Assalamualaikum

Ok. Entry sebelum ini adalah tidak bergambar malah mempunyai ribuan patah perkataan pula. Pasti mereka yang tidak gemar membaca karangan berjela-jela berasa gelisah. Worry no more girlfriends ! Inilah habuan bagi mereka yang cintakan blog bergambar. Anyway, ini adalah sambungan daripada Singapore Trip aku tempoh hari. Boleh click kalau mahu mengimbau semula kenangan lepas.



Kacang pool. Famous makanan ni dekat Singapore. But I've never heard of em before. Kacang pool ni adalah kuah kacang, ada telur mata, hirisan bawang dan cili api dan ia dimakan dengan roti yang supersoft! Gambar diambil sewaktu breakfast di Geylang. Dekat Geylang boleh jumpa ramai orang Melayu tau.


Ini pula adalah Tauhu. Seriously tak ingat nama dia. Padahal mudah je perkataannya. Adakah tauhu bakar? Tapi mokcik ni goreng, bukan bakar. Tauhu diselimuti kuah kacang? Cis singguh tak commercial kalau dinamakan sedemikian rupa.


Kenalkan our lovely tourist guide, Nor ! Hehe sebenarnya Nor adalah cousin kepada Datin. Kami berdua telah menumpang tidur di rumah keluarga Nor yang terletak di Hougang Avenue 3 sepanjang kami berada di Singapore. Orang Singapore memang peramah dan baik-baik =)


Changi Airport. Nor membawa kami ke airport untuk membeli .....


Victoria's Secret! (Wah kenapa shawl kak Fatin tiba-tiba bertukar style?)

Sebenarnya kami nak pergi boutique VS sebab boutique VS kan takde kat Malaysia. Yang ada cuma boothnya di KLIA. Tapi boutique VS berada di Sentosa Island !!!! Geramnya, boleh pulak masa pegi Universal Studio itu hari terlupa nak singgah. Akhirnya, pergi jelah VS punya booth di Changi Airport.


Nor merupakan seorang pekerja di syarikat gergasi IBM. Maka Nor telah membelanja kami lunch di Pizza Hut memandangkan kami makan seperti gergasi. Thank you girl !


Tong sampah yang sungguh cool. Bagus sungguh cara mereka educate their citizen.


Datin, Nor & Along with their Nuts dipped Marshmallows 


So cute isn't it?


We went to Esplanade!


Dari atas ni kita boleh nampak view of Singapore. Cantik sangat! 


Boat on top of the skyscapers. LV Boutique. That asymmetry-weird-but-looking-cool-building. Beyond awesome!


The sisters yang gigih bawak kami sight seeing =) Along ialah kakak kepada Nor. She's married but doesn't look like one.


Sebab pergi sight seeing berjalan kaki dan naik MRT secara terus menerus, maka kaki kami sakit seperti ada symptom Intermittent claudication. Oleh itu, kami lepak di Artease. Cool atmosphere for hanging out and meeting friends. Thanks Along kerana belanja!


Artease yang sungguh artistik ibarat seorang artis.


Malam itu juga Datin and I headed back to Malaysia. Train pukul 11.30 pm. So kami bergegas pulang ke rumah Nor & Along di Hougang Avenue 3 dengan menaiki taxi Mercedes. Perasaan dia sama macam naik LIMO dan turun ke red karpet untuk pergi menerima anugerah tapi akhirnya anugerah itu terpaksa dipulangkan kembali kerana kesilapan penganjur. Lame. #silasebutkannamaartisyangterlibat hahaha!


Souvenirs for family and friends !


These are mine =)

Ramai yang bertanya budget untuk pergi ke Singapore. Susah nak cakap sebab aku menumpang dekat rumah orang, dimana makan dan penginapan adalah free. Ditambah pula keluarga Nor & Along  sangat baik, maka duit taxi pon tidak perlu bayar. Itu hari aku bawak RM600. Jika kamu mahu pergi USS, sediakan RM200 untuk tiket masuk USS. Penginapan pula, kamu pergilah tidur di JB. Makan juga di JB. Air mineral beli banyak-banyak kat JB. Ah pandai-pandailah nak idop.


Thank you for reading this entry !

Wednesday, 23 November 2011

Time & Tide Wait for No Man

Assalamualaikum


Nobody is perfect. Semua orang tahu. Kita akan rasa seseorang itu perfect only if we know him/her secara surface. Tapi when you get to know that person deeper, the perfectness will shed away one by one gradually.

And what I want to tell you is, I'm not perfect either. But I'm trying to be one. Juggling between blogging, modeling and being a medical student myself is not as simple as you might think. I am surprise too, macam mana eh aku boleh buat semua ni? Never did I expect me to be what I am today. Sorry if you find me boasting, I seriously tiada niat untuk itu. I just nak share a little bit about myself supaya kita boleh sama-sama reflect tentang kelemahan diri and try to get over it.

I hardly online nowadays. Bukan sebab aku tak dapat internet connection, but because I refrain myself from doing it. You see, bila bukak internet berapa lama time yang korang consume? Of course 1 to 2 hours kan. Itu pon dah kira baik cuz certain people they do their revision in front of their lappy with facebook & twitter logged in. You tell me, in 1 hour duration, how many times yang you duk ngerling kat lappy? Every 20 minutes nak update status or maybe every 5 minutes dok reply tweet. Mungkin dalam 1 jam tu, hanya 2 perenggan je yang dapat dibaca. Itupon hanya bacalah, bukan memahami. I've gone through all of these and I know how badly it affects my study. 

Aku tak percaya multi-tasking. I don't believe studying with FB on, BBM while doing homework and etc. Bagi aku, itu semua alasan untuk sedapkan hati sendiri. "Walaupun aku main FB tapi aku ada baca chapter tu sikit". Go and ask yourself. Berapa banyak yang dapat dibaca? But of course, there is exception to the rule. Mungkin ada sesetengah orang memang dia kena study depan TV. Macam Amalina best student SPM tahun berapa ntah. She's one of a kind. And yes, cara orang genius berbeza dengan orang biasa macam kita. 

Aku suka juga membazir masa. Well, kita ni kan manusia biasa. Membazir masa best kot haha! Kalau tak membazir masa bukanlah namanya manusia. Aku pernah online tak berhenti, semua benda aku stalk. Cakap jela gossip artis ka, blogger ka semua aku tahu. Akhirnya, ketagihan ini menyebabkan aku tak senang duduk diam. Bila aku dah elok-elok tutup lappy and bukak buku. Aku cuma dapat bertahan 15 minit. Lepas tu aku stalk blog orang. Pastu aku rasa bersalah and aku baca buku balik. Kebetulan masa aku study tu, ada perkataan yang aku tak faham definition dia, pastu aku sibuk dok google. Padahal boleh je guna medical dictionary kat phone. Tapi nak jugak google, ha amek kau akhirnya lagho depan FB berjam-jam. Perkataan yang dicari ntah kemana, buku kemana, apa pon tak boleh. Tengok-tengok dah pukul 12 malam. OMG camne ni, homework tak siap lagi, ah takpe tidur dulu esok bangun pagi siapkan kerja tapi tak sedar sebab mengantuk sangat so end up tiru kawan punya je.

No, no please don't do this. Dulu masa semester lepas, aku selalu dok melagho dalam bilik. Lepas tu bila nak exam, akulah manusia yang paling sibuk di dunia. Banyak gila disease yang aku tak pernah baca / tahu kewujudan dia walhal benda ni semua masuk exam. Masa itu barulah aku tahu betapa masa itu emas. Dalam masa seminggu tu, tiap-tiap hari dari pukul 8 pagi jejak 1 pagi aku akan pegi library untuk study tanpa ONLINE walaupun sekejap. Aku hanya berhenti solat, makan dan tidur malam jer. Betapa susahnya aku nak cover semua itu. Aku ni pulak jenis yang lambat faham. So aku kena guna banyak-banyak buku untuk menambahkan kefahaman aku. Of course, ia mengambil masa yang agak lama.

Seksa dia hanya Allah yang tahu. Time tu memang aku rasa macam nak mati dah. Yang tak baca banyak lagi. Tu tak kira lagi  yang dah baca tapi tak faham, dah baca tapi tak ingat, dah baca tapi tak tahu nak apply nak patients. Terkial-kial aku cari senior tolong ajar. Cari kawan untuk discuss. Pegi ward tanya doctor. Masa tu baru aku terfikir, bodohnya aku. Kenapalah aku tak cover awal-awal dulu, at least masa study week ni aku hanya perlu revise je. Bukan belajar benda baru.

Nasib baik exam itu hari aku lepas. Aku ni kadang-kadang terfikir, kenapalah aku nak learn the hard way when eventually kalau aku go with the flow mungkin aku tak rasa seksa sangat. Aku tengok budak lain, lek-lek je masa study week tu. Aku je macam sawan. Pantang tengok buku, semua nak dibaca. Aku just nak nasihat, kalau korang ada berperangai macam aku, please get rid of it immediately. Appreciate your time, handle your schedule wisely and know your priority. Kita kena menjadi insan yang berfungsi kepada pembangunan negara and of course insan yang boleh contribute something lah kan. Aku ni tak retilah nak buat ayat macam rancangan NONA tu. Ayat formal-formal tu but you got what I mean right?


Yes I'm talking about rancangan NONA.


Not about this nyonya eventhough they sound alike


Nak online boleh, tapi study dulu, siapkan assignment dulu then reward yourself dengan membaca blog honeykoyuki yang super best tu. ahaks! Dengan begitu, kamu akan rasa kemanisan kejayaan menyiapkan homework dan secara tak langsung konfiden level akan meningkat sebab kerja kamu siap on time =)


p/s: Masalahnya bila aku tak selalu online, aku terlepas semua notification. Contohnya aku tak sedar due date daftar kursus. Akhirnya aku kena denda RM15. Aku tak sedar yang aku ada meeting program, akhirnya pengarah kata nak buang aku dari Exco sebab tak datang meeting. Demm.


Thank you for reading this entry !