Showing posts with label haters. Show all posts
Showing posts with label haters. Show all posts

Monday, 2 January 2012

Just a thought

Assalamualaikum


Ha aku baru balik oncall. Sekarang pukul 5 pagi. Rasa macam awesome gila sebab oncall pada hari Ahad, bertarikhkan 1 Januari 2012 dan berpaksikan bulan dan bintang. Well, my real intention is of course to boast to you guys how hardworking I am! My oncall started at 7pm and ended at 7am, the next day. But I went back 2 hours earlier since time and tide wait for no man. Er, ga nyambung is it?

Anyway, ada pernah beberapa orang bloggers bertanyakan kepada aku macam mana aku handle haters dalam arena blog. Mereka mengatakan bahawa mereka mengalami depresi dan insomnia teruk dek kerana haters datang menyerang dan melemparkan kata-kata berbaur tahi di blog mereka. Keji hokay. Never talk shit that smells like shit in other people's blog kids. If you know me well, obviously you know that I made it up. Dalam perenggan ini, hanya ayat pertama sahaja yang benar. Ayat seterusnya telah digubal dan ditokok tambah oleh aku. Like a boss. Hahahahahah!

Ok back to business. I'm pretty sure that I have a lot of visible/silent haters. As for the 'visible' haters, they tend to throw tantrum by bombarding me with uncivilized and hatred comments which they think suffice to make me go upset. Hell no man. You got the wrong person. Next time, please la never mess with medical students because we are emotionless and immortal. Wasting your time only.

No seriously, hari-hari kerja kitorang adalah kena marah. Kalau tak kena marah, maksudnya kitorang tak buat kerja. Sebab sebagai medical student, we are treated as the lowest creature on earth. You name it la, siapa je yang tak pernah marah kitorang. Patients, midwives, staff nurses, MOs, Registrars, Specialists, Profs, and the list goes on. But exception goes to the houseman. Mereka adalah yang paling kitorang sayang sebab mereka tak pernah marah malah lemah lembut dan suka sign logbook mengikut budi bicara wkwkwkwk.

So apalah sangat setakat haters kutuk dekat komen kalau nak dibandingkan dengan aku kena kutuk dengan midwives dekat labour room. Live lagi hokey. Dengan mimik muka yang omjayyy and suara bagaikan halilintar. Tak kira lagi bila doctors masuk campur. Pokpekpokpek the last thing I know was .... ok when did she stop shouting? Disebabkan benda-benda macam inilah, tahap ignorance aku tinggi.

Ada pernah sekali tau, masa tu doctor tu maki aku, memang seteruk-teruknya dia maki. Tapi aku boleh pekakkan telinga dan berangan yang future home aku nanti aku nak hias guna laminating floor, nak beli sofa IKEA apa jadah aku kan padahal I was looking straight into his eyes kot. Gila power tahap konsentrasi aku untuk berimiginasi. Pastu doctor tu sakit hati sebab aku unresponsive. TROLOLOLOL.

Apapon, bagus jugak kena marah sebab kalau tak kena marah aku tak kan belajar dan mungkin akan mengulangi kesalahan yang sama. Dalam mencari ilmu ni, kenalah buang ego dan rendahkan diri serendah-rendahnya. I wasn't complaining. I just want to share with you guys the ups and downs in my life! Well I chose to be in this field, so yeah I just got to move with the flow and beat it! Not a problem. Lagipon memang salah aku pon, sebab ilmu tak cukup kan. Of course la orang marah sebab lembab nak mampos wakakakaka. And most important of all, each and every single doctor in this world has gone through the hardship I encounter right now. If they can, I also can what.

So back to my haters. Lets spread the love and stop hating each other. I will never sakit hati since I got a lot of work to do and I forgot already how to actually feel the sakit hati. Nanti you guys yang sakit hati sebab I takkan bagi respon and you guys keep stalking my blog and fanpage, hoping that I will serang balik, which I assure, will never happen. From the bottom of my heart, I am very sorry kalau I ada buat something yang korang dislike. But believe me, the only reason I blog is to share my thoughts and experience. Hope that we all can be friends and create a healthy relationship among us. Take care =) !


Thank you for reading this entry !

Monday, 6 June 2011

Macam macam hal.

Assalamualaikum

(Disclaimer : Entri ini untuk mereka yang suka menegur dengan kata-kata kesat dan maki hamun, bukan untuk mereka yang ikhlas menegur. Sila take note)

A : Kenapa engkau berblog?
B : Aku ingin menambah kenalan & mengisi masa lapang dengan penulisan yang penuh makna.
A : Ohh baiklah kalau begitu.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Aku rasa situasi macam ni dah tak boleh pakai lagi. Rata-rata aku tengok sekarang ni orang berblog sebab nak mencari musuh. Pantang ada kontroversi, semua laju je nak up entry. Motif? Mungkin kerana kejarkan buffered earnings atau mungkin kerana gilakan populariti. Maaf kalau terkasar bahasa tapi itulah realiti dunia blog masa kini.

Ambil saja contoh kes AdindaEvans & Gambit Saifullah. In a split second, dua nama ini meletup bagaikan letusan gunung berapi Krakatao yang berlaku pada tahun 1883. Semua orang as busy as hell nak suarakan pendapat, nak jadi judge syorga & narakha dan tak kurang juga mereka yang hanya suka-suka meluangkan waktu senggang dengan memaki hamun si pesalah.

I am not talking about this Gambit =')


Dan yang paling aku terkesan adalah apabila si pesalah memberi respon feedback, dia akan terus diambush dan dikecam beramai-ramai tanpa belas kasihan. C'monlah, kau provoke orang dengan segala caci maki, of course la orang melenting. Bila orang melenting, kau guna these MAGIC WORDS 'Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepian pantai'. You expect people to remain silence dan tak boleh bersuara at all sebab at the first place, siapa suruh dia buat benda tu kan? Kau jadikan kesalahan dia untuk menutup suara dia. That is unfair ladies & gentlemen. Let me give you one brief example.

( A adalah kawan baik kamu. Dia suka barangan branded kerana mak bapak dia cap duit. Pada satu hari, A dirompak, habis Ipad, Iphone, Ipod, dan segala I nya hilang )

A: Aku dirompak! Sedihnya segala gadjet aku yang bermula dari huruf I hilang dalam sekelip mata.
B : Padan muka kau. Siapa suruh kau membazir. Membazirkan amalan syaitan. Itulah balasan dia kalau kau asek nak membeli belah barangan ternama saja. Nabi kan dah berpesan supaya kita bersedahana. Kan dah kene rompak. Rasakan kau. Berlagak lagi.
A : Sampai hati kau cakap begitu ='(
B : Kalau takut dilambung ombak, janganlah beli barangan branded dan janganlah berumah di tepian pantai.

Ok mungkin salah si A kerana dia over expose barangan brandednya sampai dia kena rompak. Tapi itu bukan alasan untuk kau maki hamun dia. Kalau ye pon salah dia, mana ADAB kau? Boleh ke kita sesuka hati je maki-maki hamun orang dengan kata-kata kesat? Lepas tu guna pulak alasan, sekadar teguran. Maki hamun & hinaan = sekadar teguran. Example : Your face looks like a sh*t, sekadar teguran. LOL. I think you should mind your manners first.

Dan janganlah gunakan ayat ini 'Don't mess with Bloggers'. Ye aku tau, bloggers mempunyai komuniti yang besar serta bisa menyebarkan pengaruh yang kuat kepada orang ramai. Tapi janganlah sampai kita salah gunakan power yang kita ada. Bayangkan dosa yang kita dapat bila kita sebarkan aib / keburukan orang. Nak nak kalau kita tak pasti tentang berita tu, tapi kita sebarkan jugak. Kan dah jadi fitnah. Tanggunglah dosa free tu.

Aku bukan nak bagi tazkirah atau nak bagi teguran. Cuma aku meluahkan pendapat yang tersimpan di benakku ini. Bosanlah tengok orang gunakan agama untuk condemn orang lain. Sebenarnya dia kutuk sebab kepuasan sendiri but they manipulate the idea. Don't you have better things to do? Pergilah study or do some good deeds instead of lepaking in front of laptop, cari gossip dan buat enemy. Being a keyword warrior doesn't promise you a better REAL LIFE future. Study hard & work hard my friends.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Update : Entry ini tiada kaitan dgn cikepal okay. We're good friends. Jangan cuba nak mengadu domba persahabatan kami hee. I'm writing in general.

Berminat untuk menjadi model AnnasEaskey? Hanya dengan rm400 anda boleh merealisasikan impian anda! Terhad kepada 10 tempat sahaja. Click here! 

Thank you for reading this entry !

Sunday, 23 January 2011

Muka tanpa make-up memang selekeh tapi nak buat macam mana, memang dah tak natural beauty.

Assalamualaikum

Aku kan selalu tau dapat soalan kat FS yang berkenaan dengan make up. Antara soalan yang mencuri perhatian aku yang tak berapa suka bagi perhatian masa cekgu ngajar adalah


'Mesti penat jadi you ni, sebab you tak boleh idop tanpa make up kan?'

(ayat diolah semula agar hadirin sekalian dapat menghayati intipati kandungan ayat ini)


Teeetttttt. Der der der leklu der. Leklu. Wa bukan rcw, jauh sekali sitinurhaliza. Wa ni FL jerr. FL dok bandung je kot. Bukan bandung sangat la, kat pekan kecik nama jatinangor. Hari-hari wa g kedai nek moto je pon. Paling wa nek kete a kalau pegi kelas sebab nak hangkut si farah & ema skali.


Jatinangor apa ada. Hari-hari wa makan makanan dorongan tepi jalan je. Murah. Walaupun dah dinasihatkan banyak kali oleh pihak Mara supaya jangan makan tepi jalan sebab nanti kena diarrhea, hepatitis dan sebagainya tapi wa buat tak endah je. Sebenarnya wa cuak jugak tapi apalah sangat pilihan yang wa ada kan. Tapi wa hepi kat sini.


Hari-hari wa pakai selekeh je. Pa'kal je takleh pakai sipa jepun gi kelas, kalau tak memang haus a tapak sipa jepun wa sebab kegunaan tahap maksima. Bak kate orang melayu 'Alah membeli menang memakai'. Kadang-kadang wa pakai baju tido jer pegi kelas. Tapi wa pakai dengan cardigan la kan. Shawl2 jadah ni suma memang wa malas nak sentuh. Wa pakai syria je. Tu pon asek rotate je syria yang sama. Matching ke tak lain cite, yang penting wa takyah nak melorat gosok tudung pepagi buta.


Make up? Toksah buat keje gile. Wa pegi kelas memang makeup-free. Selekeh tapi senang nak semayang. Lepas semayang capai tudung teros blah. Dalam kelas kang wa pakai le moisturizer kalau ingat. Alah pergi kelas je pon, buat apa nak makeup ni. Tujuan wa gi kelas pon sebab nak belajar semata. Kalau ada event baru la pakai makeup kan. Dulu wa rajen gak a pakai lens pegi kelas sebab spec wa ni macam longgar sikit. Suka je melorot. Tau a idong wa asian type, sedih a camni. Tapi baru-baru ni, memang wa pakai spec je. Wa sedar bro muka wa tak hot langsung kalau pakai spec. Tapi sebab malas punya pasal, wa sanggup jadi tak hot.



 gambar ni aku amek tadi. yes, aku ada kelas pada hari ahad. 


 makanan rutin di tepi jalan. nilah kehidupan aku yang sederhana kat jatinangor.


 pegi sekolah pakai bese2 je. riben tu aku men2 je letak situ. tempat asal bukan disitu.


 kalau aku dapat hidayah kadang-kadang aku gosok shawl & baju kurung.


bila tudung syria aku suma basuh, bese aku pakai shawl yang tak payah gosok.


ni la spec aku yang suke melorot tak tentu hala tu


Tu la aku. Aku ni macam ada 2 kehidupan tau. Kat bandung, memang aku dok sini untuk study jer. Aktiviti harian aku pon memang melambangkan ciri-ciri seorang pelajar. Once in a while, ada jugak aku treat diri sendiri dengan pergi makan makanan mahal kat bandung bersama kengkawan. If not, aku rempit beli makanan jalanan jer. Lepas stress belajar & exam suma. Aku akan balik mesia & balancekan kehidupan aku dengan melakukan aktiviti yang aku minat. Yup photoshoot & bersosial. Masa photoshoot baru aku pakai baju yang lawa sikit, aku akan pakai make up semua & post gambar kat blog. Lepas habis cuti, aku akan kembali ke rutin asal sebagai seorang student.


Aku tak kisah pon kalau korang nak kata, alah bukan lawa sangat pon FL tu without make up. Aku siyes takde hal nak tunjuk gambar aku yang 'biasa-biasa' kat korang. Sebab kalau aku upload suma gambar aku yang meletop2, korang akan set in mind yang FL seorang yang lawa nak mampos omjayyy. Kang bila ko terjumpa aku kat memane ke, and find out yang aku tak secantik dalam gambar, konfem aku kena kutuk. Betol? So aku rather tunjuk korang aku yang sebenar macam mana. Tak kesah la cantik ke tak. I am just grateful to be who I am. Cantik ke tak tu anugerah Allah kan. Sapelah kita ni nak judge/bising2 kalao orang tu cantik atau tak kan.



p/s: Dalam hidup ni kite kena korbankan banyak benda untuk capai sesuatu. Nak ilmu, tak sempat nak pakai cantik-cantik. Nak cantik sentiasa, takde masa nak kejar ilmu pulak. Nak pandai kena study lebih, tapi eyebag setimbun. Taknak eyebag setimbun kena tidur banyak, tapi tak pandai. Nampak tak? Itulah kehidupan =) Peduli kata orang, yang penting kita tau keutamaan kita apa.

Thank you for reading this entry !

Thursday, 6 January 2011

Instant Traffic

Assalamualaikum.


"Aku tak layan sampah, banyak lagi benda aku nak pikir"

~ exam mode ~

Monday, 6 December 2010

Nak emo a cmni !

Hi assalamualaikum !




Tadi aku receive comment ni dari sorang anonymous. Dah approve dah pon. Ingat malas nak layan tapi ayat dia mencabar kewibawaan wa bro. Wa tak leh dok diam buat lepak bro. Wa kene pertahankan nama baik wa bro. Bro, lu kene paham la yang brader ni dah ayamkan wa bro. Wa memang pantang di ayam-ayamkan bro.. setakat kuda lembu wa tak kisah bro *over!*

Ok ok kalau korang dah click gambar kat atas ni tapi tak cukup besar gedabaq jugak, meh sini la aku type balik comment dia. Comment dia berbunyi begini :



'err, nak tanye...kat Teluk Intan ade ke kawasan orang asli? jangan la cakap benda2 yang tak wujud, nnti mempamerkan KEBODOHAN sendiri..kan2 chill babe XD <---kebodohan tu aku yang capital kan.


Berdasarkan penelitian aku, si anonymous ni seorang yang sangat sinis yang suka sakitkan hati orang lain secara halus. Style gak cara dia ni, sebab dia mulakan serangan hendap dengan soalan general knowledge dulu. Ayat dia pon tak kasar, tak guna perkataan mencarut tak tentu hala. Tapi dia ni ibarat duri dalam daging lah. Tiba-tiba je dia boleh selitkan perkataan kebodohan disitu. Peh pedas. Lepas tu dia manipulate dengan mengatakan 'chill babe'. pandai ko berdrama kan :) ko sindir orang pastu soh orang chill. Agaknya kalau ko kene ko boleh chill tak? LOL

Anyway, untuk pengetahuan cik anonymous, tahun depan, saya akan pulang ke HUKM untuk practical. Selain posting di wards, saya juga akan POSTING DI RURAL AREA. Antara rural area yang terdapat dalam list adelah Teluk Intan. Kami juga akan pergi ke kawasan orang asli. Semalam kawan baik saya yang kini sedang berada di 3rd year medical degree di UITM telefon saya. Katanya dia sedang posting di Teluk Intan, di kawasan orang asli. Katanya juga, kat rumah orang asli takda tandas, jadi dia menghadapi kesukaran untuk membuang air besar & kecil :) comelkan kawan baik saya. Hi Hanani! teehee


Jadi saya ingin bertanya kepada anda wahai si anonymous,  siapa yang mempamerkan kebodohan siapa sekarang? chill babe XD ! <-- ko jugak yang aja kan?


p/s paling terbaru : kepada penduduk teluk intan jangan nak butthurt tak tentu pasal ye, I didnt say Teluk Intan tu kawasan orang asli, certainly its not. I pon tau since my kampung pon kat Perak jugak. But what  I'm trying to convey is, ada certain certain rural area somewhere in Teluk Intan yang ada orang asli which I'm going to serve them next year. Why so serious. Aborigines are cool man ! Peace out! 
Thank you for reading this entry !

Friday, 12 November 2010

I got punk'd !

Assalamualaikum

Ni msg yang aku terima pagi tadi. Wow ok nampak sangat yang brader ni memang mental. Lepas aku check profile dia, aku tak rasa yang fatin liyana tiruan ada antar msg kat si siti ni. Dah sah sah brader ni psycho. Dari bahasa dia, kita boleh tau dia lelaki yang loser yang suka guna bahasa kesat. Lepas tu dia hidup macam dalam bayangan sebab orang cakap lain dia cakap lain. Lepas tu, dia main random je sembur orang padahal orang tak cakap apa-apa. Mungkin dia ada delusion. Gambar yang dia pakai ni aku rasa dia main rembat je entah perempuan mana punya. Conclusion, dia ni ada personality disorder takpun schizophrenia. 


p/s: ni last entry berkenaan dengan si schizo ni, lepas ni takde dah. aku nak sambung tulis pasal bali lagi besh hehe

p/s/s: kesian fakers sebab aku pergi tuduh dia yg buat onar :p. fakers sorry eh, si siti ni yang mastermindnye. bia die tanggung semua dosa dia putar belit alam. LOL

p/s/s/s: aku dah delete psss yang ke 3 ni untuk kesejahteraan bersame ! teehee


Thank you for reading this entry !

Pabila fitnah berleluasa

Assalamualaikum


Note : Aku tak blurkan nama siapa-siapa. I just don't think its necessary to do so. Anyway, please read this with open heart & mind.

2 days ago I received this msg in my inbox. FYI, I never know this person, never message her at the first place & she's not in my list.


Shocking huh? from the way she wrote, we can predict that, she's actually replying to an earlier msg that was sent to her. I believe it was a provocating msg. But what I dont understand is, why on earth does she texted me when I never text her at the first place? One answer : the fakers. I believe this satanic faker texted her at the first place & remain silent afterwards. When this poor girl got no reply, she apt to search for my name. Unfortunately, she found the REAL me & wrongly ambush me. Oh no! video killed the radio star!



I tried to make things crystal clear but this poor girl seems not to believe in my words. So the best way I can think of, is to make things public. Yeah I know, you got me fakers, you can jump around happily now. Boo me boo me! But to tell you what, you are nothing but a dreadful rubbish. You affect me nothing. And just so you know that, I dont give a damn about you bitching around because you are not up to my level. Pathetic. 

A little reminder, I wont act like you if I were you ;). Don't you feel sorry to yourself? First, you dont even bear to use your own name. Second, you stole my pictures & claimed they were yours. Third, you made up stories just to bring me down. Oww is that how you live your life? Poor girl..I wish I could help you :) Mom always says to me, 'biar muka tak cantik asal hati baik'. Did your mom ever tell you the same thing too, no?

Its okay :) Maybe you have a delirium that you ALMOST forget that ALLAH knows everything, right? Oh ya ! I just got you something. I hope you'll love it :)


Hadis 1:
Ibnu Abbas menceritakan :
"Nabi SAW berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya.
Maka bersabda Rasulullah SAW :”Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar.” Kemudian baginda melanjutkan perkataannya,:”Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.”
Sesudah itu baginda menyuruh supaya mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu pelepah.
Seseorang pun bertanya:”Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?”
Jawab baginda “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.” (Bukhari)




Mengumpat dan memfitnah adalah perbuatan yang sangat dilarang dalam Islam kerana kedua duanya boleh memusnahkan hubungan silaturrahim dan sekali gus merosakkan keharmonian kehidupan bermasyarakat. Maka bertepatanlah dengan ayat 191 surah al-Baqarah;




والفتنة أشد من القتل
Bermaksud: Dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya dari daripada membunuh.


p/s : siti, im sorry over what has happen. kesian you kene punk'd dengan loser ni. harap sgt u dah faham situation sekarang. hangat weyh hangat !! haha

Thank you for reading this entry !

Friday, 29 October 2010

Beware of fakers

Assalamualaikum.






Selain dari account FB di atas, ada juga yang guna gambar aku tapi nama dia lain. Malas nak komen lebih, cuma nak ingatkan korang, if you ever come across any FB profile with either my name or my picture in it, please DO NOT approve/add these people. They are hazardous to human being :p


FYI, I have only :
  1. Personal  FB account - Fatin Liyana Asri
  2. Fanpage FB account - I <3 Fatin Liyana's [honeykoyuki.blogspot.com]
  3. Formspring - FatinLiyanaAsri

Get smart! Beware of fakers & Do not get cheated T____T.
psst : mana drum set? bak mai aku nak p ketuk sampai pecah.


Thank you for reading this entry !

Wednesday, 18 August 2010

Sembang subuh.


Assalamualaikum.

Korang semua ok tak ni?  Dari semalam aku rasa macam nak naik hangen je. Kalau ada skala NAIK HANGEN from 1 to 10 aku rasa aku punye lebih kurang 8/10 la heheh. Aku rasa kecewa la dengan diri sendiri ni. Aku ni bukan boleh kecewe, kalau kecewe je mestilah nak emosi dan tak boleh nak buang air besar. Tensen tau tak bila tak boleh B.A.B (buang air besar).  Rasa macam kesedihan meruntun di jiwa dirantai digelangi rindu, sehinggakan diri sanggup mengalah blabla kan dah ternyanyi lagu exist. Bukti tengah emosi disitu. tettttttt



Salah satu sebab mengapa aku emosi ialah internet connection kat rumah ni begitu mencoba sekali. Sesuka hati dia nak disconnect tanpa izin aku kan. Tau tak kau dah permainkan perasaan aku ha? ha? Ibarat macam cikgu dah janji lecture akan tamat pukul 12 tibe-tibe cikgu extend another 15 minutes. Perasaan kecewa yang sukar digambar dengan kata-kata. Rasa macam sia-sia hidup 21 tahun ni sebab kecewa yang bukan main kepalang. T__T. Lepas ni kalau aku datang sekolah lambat 15 minit janganlah salahkan aku ye cikgu. What you give you get back. ececece dendam berahi nampak :p



Sebab kedua ialah, BB telah menjadi gila secara acute (tiba-tiba). Without the presence of any aggravating factor, tiba-tiba keypad dia telah berfungsi secara tidak masuk akal. Kalau tekan B dia kua BX. kalau tekan T die kua TV. kalau tekan BACK, dia tak mahu mendengar. kalau nak tekan fullstop, die kua sign macam bentuk alien. Apa berat sangat ke permintaan aku ha? Aku cuma nak text dengan menggunakan bahasa-bahasa mudah je. Kenapalah BB buat aku macam ni. padahal aku telah menjaga dia macam menatang minyak yang penuh tau, tak pernah jatuhkan apatah lagi calarkan siap bawak tdo masuk dalam comforter kalau tido kerana khuatir dia kesejukan. Tapi macam nikan kau buat MAMA, BB -____-




Sebab ketiga, aku takde mood langsung untuk study. Aku ni memanglah nampak seperti acuh tidak acuh tapi sebenarnya aku ni kalau study ada target tau. Bila target-target yang aku buat tu tak tercapai, aku macam down gila & rasa macam nak pergi downtown beli crocs tiruan sebab murah nak mampos lagi murah dari sliper BATA. Semua ni angkara hari raya yang bakal menjelma. Aku asek berpikir nak raya je. Sekarang ni aku eksyen tak mau dengar lagu-lagu etnik balada. Aku pasang lagu raya je. Bila dengar rasa gembira. Tapi bila teringat kerja-kerja aku yang belambak-lambak depan mata, aku rasa sayu. Bertambah-tambah sayu bila dengar suara mamat melaung-laung menyanyi 'Duhai bundaaaaa duhai ayahandaa~aaa~aaaa~aa dengarlah rayuan anakanda yang jauh dimata~~'


Aku ni kalau bosan-bosan kecewa-kecewa sukalah melayan perasaan dengan membukak formspring. Rasa macam boleh release tension kalau tengok-tengok soalan kat situ hehe. Pelbagai ragam ada, habaq mai kat aku lagu mana yang takda. Ohh mentang-mentang boleh ANONYMOUS, suka hati engkaula ye nak tanye soklan bukan2 kat aku. Aku ni bukanlah jenis yang amek port sangat, lantaq pi kat ang la kan nak buat pa kat aku, aku tak amek kisah aiihhh. Tapi, dalam tak kisah aku pon, aku ada lah teramek KISAH sikit kan. Eceh tacing tacing. Aku ni bukan apa, mentang-mentang aku ni jenis kepala layan, tak pikir standard, merendah diri dan comel (hehe) korang men sebat je kan, nak judge-judge aku. Camni arr korang camni arr. Antara soklan-soklan kontroversi yang melukakan hati ini :



1. kau ni amek medic pernah tak sangkut or tak lepas year? 
- ok fine mungkin muka aku nampak tak PANDAI yang menyebabkan kau nak tanya soalan camtu.

2. awak ni amek medic private pastu baru apply MARA eh?
- huhuhu apa tak layak sangat ke aku ni nak dapat offer MARA ha.

3. eleh, amek je medic ntah-ntah pointer pon tak lepas haha
- mentang2 aku tak belagak, tak guna medical term sana sini, tak tulih entry pasal diseases & medical stuff kau nak kate aku bodoh la ye. EHKAU TUNGGU EHKAU TUNGGU YO.

4. upsr, pmr, spm & mtrx dapat brapa ? <---- berjuta kali aku jawab soklan ni
- aku tau tujuan kau tanya soklan ni sebab nak judge aku ni pandai ke tidak kan. sebab kau nak tau adekah aku ni amek medic secara rezeki terpijak ke ape. yang tak boleh belah, upsr & pmr pon nak tanya. kalau spm & mtrix tu aku paham la kan. kenapa tak tanya je result masa tadika suma.

5. pernah khatam quran tak?
- apa tujuan kau tanya soalan ni lain tak bukan nak judge orang betol tak.




Poyo la kau nak tanya2 aku soalan macam tu. Macam la lu terer sangat der nak judge-judge orang. Emosi ni emosi ni. I worked hard to gain what I have today, and I don't think it is necessary to boast everything to people just to gain self-respect. I don't need that. I don't need to be looked up by everybody but at least gimme some space, have some respect towards other people. Jangan la tengok orang, terus nak judge. Why do people have to be judgemental? Why is it difficult to accept people the way they are? We are not perfect either, so why do we care so much to label people? Get real. 


Oleh itu, aku nak lancarkan perang terhadap golongan JUDGING ANONYMOUS !!! Nak lancar macam mana aku tak sure lagi hehe tapi i mencik i mencik you allz sebab buat mak cmtuuuu. sampai hati noqqq...hadeee hakuu kesahhh?? hee macam Azwan Ali pulak kan kan. Ha dah dah nak buat homework ni. Jap lagi kol 9 ade kelas, kene get ready. Bye people. Peace no war!




xmo kawan u allz ! majok ni -___-



Thank you for reading this entry !

Thursday, 5 November 2009

Si tak hensem yang berperangai buruk

kpd anonymous,


aku tau kau xhensem mahu pun bergaya. bukan shj badan kau tidak tough, malah perut kau juga berlipat ketika kau pkai baju fit ala-ala zaquan adha. Tapi aku xsalahkan kau kerana kau xhensem. Perangai kau yang suka menabur fitnah dan berperangai keji itu harus diperbaiki.

Tidak apalah jika berperangai keji asal jangan melibatkan orang lain. Tapi kau merupakan manusia yang buruk perangai dan rupa, dan keburukan kau itu membawa kesusahan dan kebencian kepada orang lain.
Kau patot berasa kasihan dengan diri sendri yang tiada nilai itu.

Kau membuat fitnah disana sini, mentertawakan benda yang tak kelakar, memfitnah orang yang tidak berdosa, dan mendengki pada insan yang hensem a.k.a abg aku. Ini jelas menunjukkan yang hidup kau tiada guna dan makna. Baik kau bunuh diri sajalah.

Memandangkan aku tengah exam sekarang, maka aku selalu buat solat hajat dan solat duha. Ingatlah, doa orang yang teraniaya ni makbul. Kalo kau tak takut balasan tuhan, silakan teruskan perangai keji kau ni. Janganlah lupa, balasan tuhan tu bukanlah dalam masa seminggu dua, tapi mungkin lg 1 thn ataw mungkin lagi 5 thn. Berjaga2 lah wahai si keji yang berhati busuk.


p/s: korang bleyh baca kat comment entry 'Engkau ni hemsemlah'. die ni suke mencarut dan menfitnah org tak berdose
p/s/s: aku nk exam ni, xkuase nak layan org akal pendek cmni
p/s/s/s: cepatlah 14nov! aku nk balik malaysia nak makan kopok leko!

Wednesday, 4 November 2009

Engkau ni hemsemlah..

Hi there~
FYI, i only have 1 abg in my family. Everybody in the family calls him abg, i mean my parents too. But my mom used to address my dad with the same panggilan. Biaselahkan seorng istri panggil hubby die abg. Ive jump to a conclusion. If mom calls my dad abg, and my dad calls my abg, abg then yang pling hebat sekarang ialah Asfirdaus. Jadi family tree sepatutnya dimulakan dgn Asfirdaus, langkau 1 baris ayah & ibu, langkau 1 baris lg aku, han dan asfiq. Bawah sekali bibik. Comel je bibik nak interframe =)


yang baju putih. yang baju putih tu.


Well..i guess somebody out there ade yang xpuas hati dgn abg aku..Ok my bro ade comment kat my blog, he was actually trying to make me calm and ignore all those haters..but then came another anonymous yang serang my bro direct. omg. and out of topic. I guess the anonymous was a she. She mentioned bout his previous relationship which, i know nothing bout it.


My point of view is..let bygones be bygones..maybe there used to be some disagreement in the past. But we should really move on leaving all those things behind. Ok i know i wasnt in your shoes, so i cant really figure out the real probs. But the fact is somebody tried to hurt the ONLY big bro that i have is simply unacceptable.

I'm sorry but please dont hurt him. I just cant bear with it..


My bro is currently dating this gurl named Maria Elena. She's drop dead gorgeous.
They put up great combination.
Im happy for both of you.


p/s : wish me luck!! next exam ni killer subject :( hey benci taw

Saturday, 31 October 2009

PENDENGKI yang amat menjengkelkan

hello my name is fatin liyana and i am writing an entry in my own blog, not others' and i am also writing about my everyday life event. if you like my entry, just go on reading and i shall show my gratitude towards you.

But bear in your mind that im here not to impress anybody. I dont really care if you dont like me, and i wont lie or made up some story just to make you like me. If you aint like my writing, please leave..nobody force you to read mine. But what really hurts is when some stalkers who dont give a damn with his/her life (yes im talking to you) came and left some very annoying comment just to condemn me.

I dont know mungkin blog die lg best kot?? Sbb tu rase hebat sgt nak condemn2 org. Yang xbleyh blah, xletak name. bajet cm bagus nk kutuk org open2. kalo lu berani, bagi a name sebena and link blog..bia ak tgk sket bgus sgt ke blog ko tu.

Dengki mendengki ni dah jadi nature org melayu. bile tgk org lebih sket, mule la nak dengki. Kalo boleh nak die jeh yang pro, die je yang hebat. Yang aku perasan la kan orang2 camni sume typical pemalas, pastu bile orang len yang rajen dpt reward, die kutuk org tu kate rasuah la..maen tipu la..pakai cable la..huhu kesian sungguh ngan org2 cmni. Daripada ko stalk org len dan xabih2 ngan hasad dengki ko tu bek ko buat business dpt gak duet. Pastu boleh la ko bli dvd gossipgirl season 3 and tgk smpai ko muntah.at least xdela ko dtg blog ak utk 3-4 hari. aman skit.


------------------------------------------------------------------------------


contoh2 org berperangai sama dgn si stalker :

'cantiknye die tu......'
'alah make up je lebeyh, xpakai make up sure muke cam longkang '

'huyooo bmw ! '
' kete pinjam je tu'

'canteknye baju die !'
'murah je kot? aku boleh bli 10 la kalo aku nak'

'pehh mntap gile result die'
'ala study mcm nak gile bole a, aku kalo stdy boleh je dpt result cmtu'


----------------------------------------------------------------------------


persoalan aku sekarang...

kenapa kalo org tu pakai bmw, ko pakai wira, ko kutuk bmw die? pernah tak ko dgr org nek bmw kutuk kete ko sbb ko pkai wira? xpena en?

kenapa kalo org tu cantek, ko kutuk die? Pernah ke org cantik ckp kat org tak cantik, 'eh ko ni tak cntik lah,tak suke betol ak tgk muke kau'. Xpernah kan? Tapi aku biase dgr org tak cantik kutuk orng cntik

kenapa kalo org tu pndai, ko kutuk die? Tapi org pndai xde pulak nak ckp org laen bodoh wlpn die sdar die plg pndai intheworld.

so..................pikirla beb. jgnla bende kecik2 pon nak dengki kat org. padahal aku xpena pon kenal sape ko. aku pon xpna nak gado ngan ko. aku xpena pon kutuk ko. aku dgn tulus ikhlasnye mintak maaf kalo entry yang aku tulis sekrang ni, ataw selepas ni ataw sebelom ni amat menjengkelkan ko smpai mate ko nystagmus and kepale ko ade classic migraine with aura. Oleh itu, sila jgn dtg sni lagi untuk mengelakkan sign & symptom itu berulang lagi..thank you very much