Showing posts with label thanks. Show all posts
Showing posts with label thanks. Show all posts

Monday, 3 January 2011

2010 dah habis!

Assalamualaikum :)


Alhamdulillah aku dah sampai bandung malam semalam. Penat bukan main kepalang. Anyway next week aku ada exam. Gastrointestinaltract System (GIT). Aku macam lemah sikitlah system ni huhu tapi aku cadang nak berusaha untuk paper GIT ni. Hahah boleh ke cadang? LOL. Hmm lepas exam tu, aku akan masuk semester 6 yang mana ia merupakan last system aku di Bandung. Dalam bulan 4 macam tu, aku akan balik semula ke PPUKM. Oh cuak! Serius aku tak tau macam mana nak adapt dengan system pembelajaran di Malaysia. Tapi insyaallah, semoga Allah mempermudahkan jalan aku..


Aku takde nak update banyak. Sebab japg aku nak study. Tapi sebelum tu, aku just nak bersyukur ke hadrat ilahi sebab tahun 2010 merupakan tahun yang mana rezeki aku melimpah ruah :) Masuk magazine Dara 2 kali, issue May & July. Pergi photoshoot sana sini. Muka aku menghiasi banner Mawaddah boutique. Jadi model Edast butik. Follower blog makin ramai. Fanpage berbelas ribu orang like. Nuffnang mencecah RM3k. Dapat sponsor itu ini. Dapat kenal ramai sangat orang. Dan yang paling penting, aku dapat pointer 3.64 untuk semester lepas...itu merupakan pointer yang paling tinggi aku pernah dapat sepanjang 3 tahun aku study medic. Syukur Ya Allah :)


Tak berniat untuk riak, just nak berkongsi kegembiraan dengan korang. Aku bersyukur sangat-sangat kerana dikurniakan rezeki yang murah pada tahun 2010. Walaupun banyak juga masalah yang melanda tapi alhamdulillah dapat juga aku tempuhi perlahan-lahan. Kalau ada diantara korang yang tak suka, tak senang dengan kehadiran aku & blog ni, there's nothing much i can say. Adat hiduplah, mana ada semua orang suka kita betul? Ada yang suka, ada yang benci. Aku tak amik hati dont worry. Aku pon macam korang jugak, kekadang ada jugak aku tak suka perangai orang tu. Tapi takdelah aku pergi maki hamun kat blog dia kan. Kalau kita tak suka orang tu, cukuplah cakap dalam hati. Tak perlulah nak memaki hamun orang tu sampai dia down. Tak elok buat orang macam tu. Ingatlah tuhan tu maha adil. Kejahatan yang kita buat akan dibalas dengan kejahatan jugak. So jangan bertindak mengikut hati & perasaan. Sebab in the end ia akan memakan diri kita balik. Ecewah macam tak caya pulak aku boleh cakap macam ni haha!


Anyway, aku ada 3 advertorial yang tak buat lagi. 2 pasal butik & 1 pasal kedai chocolate. Tunngggu ye ! Oh ya sebenarnya aku ada sikit terkilan sebab terpaksa tolak job bersama Ernie Khairina Collections atas sebab-sebab tertentu. Aku juga dapat job dari Dara.com untuk jadi model diorang tapi date tu tak sesuai :( Annas Easkey Photography korang kenal tak? Dia ni memang superb, dia slalu shoot untuk korporat. Dia ada ajak aku photoshoot but again I had to say no sebab nak balik bandung dah huhu. Tadi baru dapat job modelling untuk dipaparkan dalam COSMO, sekali lagi harus ditolak sebab berada di bandung. Tapi takpe, walaupun terkilan aku tetap percaya kalau dah rezeki tak kemana kan? 


Aku takdelah kejar sangat job modelling ni, sebab aku pikir, kemana je hala tuju aku kalau aku focus kat benda ni kan? Im just doing it for the sake of  getting experiences & of course fun! Benda-benda ni kalau nak buat boleh, tapi just jangan lebih-lebih sampai study korang tinggalkan. Jangan sampai yang dikejar tak dapat & yang digendong berciciran. Peringatan ini untuk diri sendiri juga :) Siapa tak suka jadi famous jadi glamor kan? hehe. Glamor boleh tapi berpada-pada la kan.



membajet comel adalah kehebatan aku (~_~) - pic by fairuzzaki !


Mintak maaf kalau aku ada terkasar bahasa atau anything yang menyebabkan korang nyampah kat aku. Aku ni manusia biasa juga, ada banyak kelemahan. Bila ramai yang kata, dorang nak jadikan aku idola. I was like...what? Seriusly jangan. Aku ni takde apa pon yang nak dibanggakan. Cuma aku nak ingatkan lah, yang mana yang baik dalam diri aku korang ameklah, yang buruk jangan ditiru. Masing-masing ada akal fikiran kan. Pilihan terletak di tangan anda :) Apepon korang memang sporting. Love you to the top la bebeh hehe 


p/s : bila sampai masanya, aku akan tarik diri dari bidang ni untuk utamakan perkara yang lebih penting.

Thank you for reading this entry !

Friday, 17 December 2010

December & me







latest :') 


Seriously thats a lot of number ! Almost 300 people view this blog at one time. Thanks a bunch peep! Pstttt nanti kalau dah cecah 300, tolong print screen kan ye hehe ;)

Sejak 10 hari yang lepas sampai tadi, mak farah datang dari Malaysia & duduk ngan kitorang. Hari-hari makan sedap! Pagi ada breakfast, lunch makan berat, petang ada teatime & dinner makan mewah. Tak perlu fikir tentang baju juga kerana mak farah baik hati membasuhkan baju for me! Heaven giler ada mak kat rumah ;)

Also, I spent my last weekend at Jakarta. Heaven juga!! Makan setiap masa sebab aunty masak setiap masa! Gila best. Pergi Taman Anggerik Mall dak apis belanja tengok movie Rapunzel :) Dapat duet banyak juga uncle bagi :) Lepas tu, nak balik pon aunty bekalkan ayam paprik, daging salai masak lemak, mihun sup, kuih bakar, keropok ikan & yang paling penting sambal cili johor. Thank you dak apis & family! Alhamdullilah, I was blessed with generous people all around me!

Sebab pergi Jakarta, jadi aku tak dapat attend event batch FK08 'Eat Play Laugh'.(FK is the abbv for Fakultas Kedokteran) But guess what, I won the Ms Personality award yay! Thanks to fellow friends who voted for me! Kalau aku ada time tu, boleh aku buat speech ala-ala diva. Tapi tulah, niat pon tak baik, thats why I wasn't meant to attend that event :')

Oh ya, I received email from Michelle from Nuffnang. She offered me to write sponsored post & engage with Nuffnang upcoming events. Ya know macam Hanis Zalikha buat tu hehe. Sangat terharu! But then, I seriously dont think I have time for it. Uughh I cant make up my mind!

A lot of people have been featuring me in their blog lately. Thanks a zillionnnnn :) Its like too many until I lost track and I dont even know where to start tehee. I made a promise to you guys to update your links in my blog right? Dont worry, I will keep my words! Just give me some space & time to gain the mood.

Last but not least, I love you people for being cool! No. Supercool is the exact word! Thanks for supporting me & my blog :)

Thank you for reading this entry !

Tuesday, 7 December 2010

Terima kasih !!

Assalamualaikum !


Semalam aku telah captured satu benda yang menarik :)


honeykoyuki dah ada 10k fans sekarang yay ! thanks semua i love you muah muah :) ya i know i sound so bambi here tapi dude wa tengah gembira ni teehee. Kenapa aku gembira? Sebab aku ni pon manusia biasa jugak, gembira tengok blog sendiri makin ramai visitors. Yelah aku ni blogger biase2 jer, cerita pon benda biase2 jer, tak rajen blogwalking pulak tu, comments pon tak sempat reply wuwuwu tapi walaupun aku macam tu, korang still tak putus2 bagi comments yang menggembirakan hatiku ini ! Thanks alot korang semua! Seriously it meant alot to me :)



Ini pon nak print screen ke kecoh la ko ! hehe aku ni memang minah kepochi kalo engko nak tau :') Anyway, this is the highest numbers of visitors who read my blog at one time. Ever! Banyak tu bagi aku !! Thanks korang thanks sangat-sangat ! Allah je yang boleh balas jasa baik korang semua.




Pernah tak korang tertanya-tanya? Siapa Fatin Liyana itu, asal orang baca blog dia? Dia modelkah? Hanis Zalikha tu aku tau la dia model, lagipon dia pernah masuk MDG :') Oleh itu, aku dengan merendah dirinya mengaku bahawa aku hanyalah seorang

  • Fulltime student di Bandung yang suka blogging kalau ada masa lebih. 
  • Disamping itu, setiap kali balik Malaysia, aku akan jadi part time businesswoman untuk menanggung segala perbelanjaan aku di Malaysia( thats why korang akan nampak aku jual2 product kat blog ni kan!) 
  • Aku juga buat photoshoot setiap kali balik cuti namun aku bukanlah seorang model bertauliah 
  • Selain itu, aku menjana wang saku daripada nuffnang & advertorial dari boutique2 yang membayar aku supaya advertise product diorang dalam blog ini.



Mintak maaf diatas segala kekurangan. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari saya sendiri. Thank you for your support through out my blogging years. It has been great & wonderful to meet you girls & guys out there :) Saya tak pernah mengganggap diri sendiri macam  hebat/diva/otai ke apa, cuma nak lahirkan rasa gembira sebab masa mula-mula tulis blog ni pon, I started from zero. Without your support, I seriously couldn't achieve this far, ALONE. And yes, the biggest thanks goes to every single reader of HoneyKoyuki yay ! :)

Thank you for reading this entry !

Friday, 3 December 2010

Kenapa kenapa?

Assalamualaikum.


Eh hi. aku update lagi. Tapi kali ni brief jer janji janji hehe :)

Ingat tak pasal BLOG PILIHAN MALAYSIA yang aku dok gebang itu hari? Gile kentang wey korang memang did a great job. Blog picisan in telah berjaya mendapat 1300++ undian sekaligus mendapat Top1 (nak jugak letak perkataan top tu kan haha) dalam kategori Blog Personal Wanita Pilihan. Aku sangat-sangat berterima kasih kat korang semua sebab susah-susah & sanggup vote untuk aku. Ko ingat senang-senang ke nak vote untuk orang yang tak dikenali/tak rapat? Thats why aku respect gila dengan korang. Thanks weyh siryes! Rasa macam nak hadiahkan korang bulan & bintang di langit sebab free. wakakaka

TAPI

Hari tu, peringkat pertama. Sekarang ada peringkat kedua. Yang aku tak paham tu, kita compete lagi dengan orang yang sama -__- . wuwu penat je dapat undian tinggi2 ritu..ibarat macam back to point zero  la kan. Kecewa la macam ni... tapi takpelah at least makin ramai yang datang blog ni lately. And at least jugak, aku tau yang korang semua memang berhati murni. Thanks thanks thanks & thanks!! Itu pon aku dah cukup-cukup bersyukur tau :)

TAPI

In case if you insist to vote for me, (haha boleh ke insist?) sila teruskan niat murni anda. IDK why tapi adrenaline aku macam mengalir deras, rasa macam tengah masuk pertandingan spelling bee. LOL. At first macam ok, tapi lepas masuk 2nd stage ni, aku macam berdebar2 haha...lame giler ! malu malu..hee kalau korang rasa macam nak vote boleh click link kat bawah tau ;)




vote Fatin Liyana for Blog Personal Wanita Pilihan
click HERE


tapi ingat aku tak paksa tau..undi kalau korang rasa aku layak jer ;) Thank you so much again for everything! Korang buat aku lagi semangat nak tulis entry hari hari teehee...

Thank you for reading this entry !

Saturday, 27 November 2010

Blog fatin liyana tu best ke?

Assalamualaikum


Yawwww people whazzup? Lets che-che-check it dout yawww! Dude seriously aku rasa macam aku ni Joe Flizzow. Dari segi aku greet korang semua, pehh memang sebijik macam Joe Flizzow lah kan. Belum lagi aku rap lagu anak ayam. Seriously anak ayam?? Yaa aa au malique & joe again we're on the radiau aa au! See? Can't you see the resemblance? Bangga syak!


Perenggan pertama je dah mengarut (-__-). Anyway, korang tahu kah, semalam aku bed-ridden sehari suntuk? Actually memang dah 2-3 hari badan tak sedap jadi aku ingat nak ponteng secara berilmiah la kan, makanya aku telah pergi ke klinik dengan dak wan. Dak wan pulak ada masalah perut kembong ala ala gastritis. Sampai klinik jumpa pulak Cami sbab dia diarrhea. Alih-alih ke-3-3 manusia bertuah ini keluar dari klinik dengan lonjakan sang juara kerana berjaya memperoleh mc! Ubat yang doctor bagi aku tu memang la drowsiness tahap tupai, aku tak sedarkan diri kot. Tidur je ibarat sleeping beauty. awww isn't that sweet? 


Jadi disebabkan ketidak-sedaran diri semalam, aku barulah bukak FB pagi ni, tetiba adik afiqah hadirah kata dia dah vote aku. I was like, eh adakah aku tidak sedar bahawa aku merupakan salah seorang finalis Dewi Remaja 10/11 yang memerlukan undian dari anda semua? hahahahahhhahahaha memang la xkan, sorry yaww i pakai shawl yaww i tak free hair. Memang la disqualified awal-awal haha.


Ok sebenarnya aku nak berterima kasih kepada Blog Pilihan Malaysia sebab blog aku yang takde hala tujuan ni tersenarai dalam kategori Blog Personal Pilihan Wanita. Memang tak tercapai dek kepala otak ni la blog aku nak tersenarai. Sebab aku tak berapa nak komersialkan blog aku ni kat mana-mana. Aku tak blogwalking, aku tak tinggalkan comment & aku tak berapa nak follow blog orang lain. Sorry but thats the truth! Masa yang aku ada hanya sempat untuk tulis entry, check email laju2, bukak fb laju2 tu pon ada yang aku terlepas pandang. Hidup aku ni sebenarnya kelam kabut, cuma aku tak bagitau korang jer. And tujuan asal aku tulis blog ni pon sebab suka-suka jerrr. Memang tak terlintaslah dalam kepala nak jadi femes ke, nak menang award ke segala. Aku ni simple jer, kalau ada, adalah, kalau takde, just let it go.


Tapi aku hargai sangat-sangat readers yang sudi comment, follow, tinggalkan msg kat shoutbox, yang link kan blog aku kat blog diorang & yang paling penting, readers yang bersusah payah buat entry pasal aku. (sorry sangat sampai skang ni, aku tak terupdate link2 korang, nanti aku free, aku update kay) Seriously thanks alot !! Korang memang the best weyh !! Memang tak pernah aku imaginelah aku boleh jadi macam hari ini tanpa sokongan dari korang :)


Aku dah cukup bersyukur dah with what I have today. To be nominated pon dah kira orait dah bagi aku. Aku takkan paksa korang vote untuk aku supaya aku menang or whatsoever. Biarlah undian tu datang dari hati bukan sebab korang segan ngan aku atau terpaksa right? Lagipun, sama ada menang atau tidak, hidup aku sama jer macam dulu. It won't change anything. Aku tetap bz dengan kehidupan aku ni & aku tetap tak dapat hang out dengan rakyat mesia sebab aku kat bandung -__-


pic edited by carl samsudin photography :) thanx bro!


click HERE if you intend to vote for Fatin Liyana.


Kepada sesiapa yang terlintas untuk mengundi, thanks alot. Tak undi pon thanks alot jugak sebab sudi baca entry aku yang merepek ni teehee. Kepada yang baru tahu kewujudan blog ini, welcome and enjoy your stay! Kepada yang dah berkurun baca blog ini, keep on baca tau ;) take care people! doakan aku cepat sembuh yer. Banyak keje yang tertangguh ni grr -_____-

Thank you for reading this entry.

Thursday, 30 September 2010

Bercakap di tengah malam

Assalamualaikum !



Rupanya ramai yang masih concern tentang saya :') 
Jadi hari ini saya sudah boleh senyum seperti biasa
Ribuan terima kasih di atas kata-kata semangat, perangsang & nasihat kamu semua
Saya doakan kamu dimurahkan rezeki & kehidupan kamu diredhaiNya ;)


Masih banyak perkara yang saya harus selesaikan : ZT, HP, Bandung Games & Final exam. Exam saya bermula pada 12 Oct. Saya tiada keyakinan diri, kadang-kadang rasa mahu menangis pula. Tapi selagi belum sampai masa, selagi tu saya akan berusaha sehabis mungkin. Saya ada DIA. Saya yakin DIA akan membantu saya :) Doakan saya kawan-kawan. Sejurus habis exam, saya akan bercuti di Bali dengan 9 girlfriends yang lain. Saya harap saya dapat melepasi exam ini dengan sedasyat-dasyatnya. amin.



p/s: maaf entry lately ni sedikit kebosanan dan tak brader. idop gwa tengah kelam kabut der. lu tgu gwa abes exam ok? gwa update xingat dunie punye. cha'lo

Thank you for reading this entry !

Thursday, 22 July 2010

Syukurlah dengan rezeki Allah bagi

Hey assalamualaikum rakan dan taulan.


Hari ini hari khamis jadi aku takde kelas. Tidaklah gembira sangat sebenarnye kerana next week sudah exam. Tapi right after habis exam, aku akan pergi short vacation kat Pangandaran, Ciamis. Nak tau macam mana Pangandaran tu silalah google sendiri ye ;).


Sebenarnye aku dah lama sangat tak masak. Semenjak masuk 3rd year ni, nak pergi dapur pon susah. Ok tipu sebenarnye sebab kalau nak pergi toilet harus lalu dapur heeeee. Dulu masa 2nd year wah wah bukan main handal lagi tung tang tung tang dekat dapur. Siap buat jadual memasak, Farah hari isnin, Atin hari selasa, Ema hari rabu and yeah the cycle goes on. Jadual memasak siap ditulis dengan magic colour dan ditampal di dinding guna saletep. Bukan main comel lagi. Pastu aku ni kalau masak tak nak kalah, makan nak mewah je. Ayam masak merah, nasi lemak, ayam masak lemak cili api, kurma' ayam & my specialities ayam papik. Lepas makan, bersandar puas kat dinding sambil mengusap perut kehkeh.


Tapi entah mana silapnya, 3rd year kitorang dah jadi malas nak masak. Hari-hari after class kitorang stop by kat mane-mane dan beli something untuk dimakan. Kat rumah ni pon, barang lauk mmg takdelah. Cuma yang ada macam basic stuff lyk ikan bilis, cili kering, stok rempah ratus, cili api & telur. So kalau dah darurat sangat nak makan tu boleh la buat nasi goreng kampung hahaha kesian x. Tapi skang pon nafsu makan macam dah kurang, dinner pon kadang-kadang makan simple2 je macam benjo or scramble egg dengan campbell soup. At times, bila terbayang family kat mesia makan, tetibe rasa sayu sebab rasa macam miskin merempat kat sni sbb makan tak cukup T_T


Ayah sebenarnya tak suka aku masak-masak ni sebab dia takut aku ni membazir masa(sebab kat mesia aku ni suka sangat memasak sampai berejam2) haha comel comel..die tak kasi aku basuh baju jugak..siap nak amekkan orang gaji supaya aku tak yah wat pape keje rumah hee..tapi bukan nak cakap apalah, aku suka apa idop independent camni. Baju sume aku basuh sendiri, tak pakai laundry pon. Masak sendiri jugak. At least kalau dah biasa buat-buat benda cmni, t nak kawen senang haha sebab dah biasa kan. Bagus jugak senanye dok lua negara ni sebabnye korang akan jadi lebih independent. Dari benda kecik-kecik sampai la benda besar gedabak suma kene settlekan sendri. Masa tulah kena latih otak supaya critical thinking agar tak kene tipu or buat wrong decision kan.





aku la tu. ade jerawat. sapa yang cakap kulit aku flawless tu? mmg saja ja kan...




hari ini ada rezeki lebih sikit, jadi aku pon buatlah chocolate pudding with vanilla sauce..mmg ummpph beb. tapi presentation tak berapa cool sebab dok umah sewe je kan, mane ade pinggan cantik nak serve haha.




sambal ada dalam freezer tak panaskan lagi. sambal tu pon mak syazana yang bagi dari mesia. disebabkan lapar yang amat sangat, setelah berkira-kira dengan bahan yang seciput kat dapur ni, aku pon buatlah nasi lemak.




naseb baek terjumpa santan dalam kabinet. boleh la buat nasi lemak kan :) syukur alhamdullilah..kenyang jgk perut aku ni..




oh ya semalam, Tety (member kitorang yang merupakan orang kuat PKPMI) bagi 1 envelope kat aku tau. Dia kate, nah ni untuk korang bertiga, ikhlas dari Tabung Kebajikan PKPMI :). Aku pon tak tau sebab apa PKPMI bagi kitorang duet ni hee...adekah dorang sudah mendapat tahu yang kitorang tak cukup makan kat ghumah? agaga hee tapi aku rasa la kan dorang bagi sebab umah kitorang selalu banjir a. Ala macam tabung bencana kot hehe. Tak sangka pulak ade orang nak bagi kitorang wet hee...sukenye sukenye baiknye hati PKPMI ! Maceh byk bykkk diatas sumbangan anda semua! Syukurla kan rezeki yang tak disangka-sangka. Oh ya PKPMI = Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Malaysia Di Indonesia.



Muka gembire sebab dapat duet hee...nanti nak lunch kat The Luxton lah. Jgn bagitau PKPMI tau hikhik.


Thank you for reading this entry !

Sunday, 4 April 2010

Diarrhea & Pembaca yang baik hati.


Hai assalamualaikum semua. Saya sakit perut hari ni mungkin sebab makanan yang Farah beli semalam kot. Tapi Farah makan takde ape-ape pon. Saya dah pergi toilet 6kali da hari ni. korang boleh kira betapa banyak masa saya dah habiskan dalam toilet. Kalau toilet tu ade wi-fi ke lampu disco ball ke takpelah kan. Dahla toilet kat rumah ni jenis yang cangkung tu penat gile kaki ni, naik kejang semua otot. tak syok langsung. (-_-)

Saya ada keje nak settle ni tapi sebelom tu saya nak update sikitlah. Dulu blog saya tak femes pon, dan saya tak expect pon die nak femes sbb saya just anggap dia mcm virtual diary. Alah takat-takat nak bagitau hari ni buat apa, makan apa, in case kalau kawan tanya 'KAU INGAT TAK KITA MAKAN APA PADA HARI RABU JAM 6.08 PETANG TEMPOHARI'.so boleh la check kat archive blog kan sebab ada black& white proof.

Tapi makin hari traffic blog makin bertambah & ramai yang hantar saya message kat fb suroh saya tulis blog banyak2 sebab suka baca. Hati ni makinlah berbunga-bunga. Itu pasal suka sangat update blog padahal keje belambak ni a. Terima kasih anda semua. Lepas itu ada beberapa bloggers yang buat review pula pasal blog ni. Wah ini lagi tak tahan. Saya baca berkali-kali tau sebab suka sangat. hehe. lagi suka dari jumpa Zaquan Adha. Lepas baca mesti saya akan pikir. WAH MASIH WUJUD ORANG BAIK HATI MACAM NI YE, NAK REVIEW BLOG SAYA SECARA RELA :). terima kasih semua, you know i love you.


Mari kita terjah blog-blog mereka yang telah menaikkan traffic blog saya :)




* Cik Masz, Soffya & Syira terima kasih sebab bersusah payah. Saya sangat menghargai :) *


Thank you for reading this entry !

Tuesday, 26 January 2010

Lupa nak bagitau yang saya nak exam.

Salam !

Saya kan nak cakap thank you banyak-banyak kat kawan-kawan yang tinggalkan comments kat page saya ni. Dulu saya down, tak lalu makan, asek dengar lagu Peterpan namun kini tidak lagi. Disebabkan kata-kata semangat yang anda semua bagi, saya terus jadi positive, saya makan banyak kadang-kadang saya tambah nasi 3 kali, pastu saya kunyah laju-laju pulak tu, pastu sekarang ni saya dengar lagu Meet me halfway & sexy b***h. Satu peningkatan bukan? :) Time kasih semua sebab ambik berat pasal saya, you guys are my inspirations !! I love you :)

Lagi satu, esok saya exam tau. Midsem untuk system Dermatomuscularskeletal. Mintak kat kawan-kawan tolong doa untuk saya sebab saya lepas semayang selalu berasa lapar jadi bila berdoa tu doa pendek-pendek je kadang-kadang saya juga terlupa nak doa supaya dapat jodoh yang baik-baik (-__-). risau pulak.

Oklah nanti lepas exam, saya update lagi tau. babai semua tq sekali lagi.




1) pssst : saya rasa bila dah jadi doctor nanti saya nak dress up macam Cik Megan lah. agak-agak kena tindakan displin tak?

2) pssst : sape perasan untuk entry kali ni, aku guna 'saya'? heee terasa sopan pule.