Showing posts with label girlfriends. Show all posts
Showing posts with label girlfriends. Show all posts

Saturday, 28 January 2012

A day with Maria Elena, Shea Rasol & Adriani Adnan

Assalamualaikum

Kalau korang adalah fan kepada Pastelina, pastilah korang kenal dengan nama-nama hebat di atas. Saje je buat title yang eye-catching tauu kak Fatin ni. Teehee sebenarnya kami adalah kawan. Aku selalulah jugak jumpa Shea & Yanny bila ada occasion like wedding etc. Malah, Maria adalah my future sister in law gitu. ( She's engaged to my brother in case if you don't know) Insyaallah this coming December, they are going to tie the knot yay!

Itu hari, dak bang atau nama glamournya Dato' telah membawa aku ke rumah Maria dan kami ber-mingle around dengan seronoknya. Well, being the only daughter in the family gives me no chance for sister bonding time! So aku rasa sangat overwhelmed bila dapat lepak satu katil dan bercerita tentang Yanny's cute baby bump, Shea punya future plans and Maria punya hantaranss. *Sister fist.

The real agenda behind this was actually kitorang shoot untuk Pastelina punya latest collection. Tapi tak rasa macam shoot sangat pon, rasa macam main-main dengan bubble jeww. Hihi. Don't forget to visit Pastelina tomorrow at 9pm ok. Actually aku tak tengok pon lagi macam mana rupa aku dalam gambar tu. Aku ada firasat yang mengatakan bahawa muka aku akan kelihatan seperti kembang semangkuks. Tapi dengan kehebatan Shea Rasol sebagai photographer, maybe the chance is slim.

Swansey sangat comel. Orang sibuk main makeup dia pon nak sibuk juga. Cats nowadays don't have boundaries is it? *Le me scolding le cat.


 With make up on for the shoot ! Shea kalau anda lebih bertenang pastilah gambar anda takkan bergegar.


Me looking anime-ish liao! My ever comels syria is from arlene.my


Yanny de adorable preggy mommy gained 5kg and she started to worry! I advised her to just chillax because the best weight gain in pregnancy for a previously normal BMI mother is between 11 to 16 kg =)


Me & Maria without our make up on. After the shoot, Shea & Yanny sudah pulang namun aku pergi teman the couple to survey their hantarans dekat OU. Rancak gila ini perempuans berborak during our coffee break while on the other side.....


Le Dato' is sleeping like a boss.

Thank you for reading this entry !

Tuesday, 13 September 2011

Adriani Adnan (Yanny)'s Wedding Reception

Assalamualaikum

Sabtu dan Ahad pon aku ada kelas. Macam sungguh tak cool kerana harus berperah otak mahu memilih diantara dua. Pergi ke kelaskah atau pergi berjumpa rakan-rakan. By berjumpa rakan-rakan I mean like attending open houses as well as wedding receptions. Macam susah gila nak buat pilihan. Ibarat macam ditelan mati emak diluah mati anak dikunyah tiada siapa-siapa mati, bapak tak mati sebab dia immortal. No, seriously. I hate this feeling. Why do I have to choose one when I can have them both?

So pada hari Sabtu yang lepas, I decided to attend the lectures first, and halfway through, aku buat-buat macam pergi toilet padahal pergi lari balik bilik bagaikan seorang jaguh, gosok baju kurung menggunakan kuasa maximum (nasib baik tak terbakar), dab dab powder dan chow pergi wedding reception kepunyaan Adriani Adnan (also known as Yanny). Padahal majlis bermula pada pukul 12.30pm, tetapi pukul 3 petang barulah aku bertolak. Jadilah der ...daripada tak pergi langsung ye tak.

Nah aku sajikan beberapa gambar pada majlis tersebut. Enjoice!

Venue : Dewan Seri Endon, Puspanitapuri, Presint 10 Putrajaya. Gila lawa dan besar hall ni.

That's my beautiful bride, Yanny. She's so elegant in that stunning dress designed by Jezmine OBB =) Pelamin juga sangat cantik dan lavish. I almost got my eyes in tears. Over kau.

Aku datang lambat gile kot. Masa tu 2/3 of the hall dah empty already. But luckily, Yanny tengah photoshoot atas pelamin, so I got the chance to meet and congratulate her! I missed the part where she did her grand entrance as well as bersanding. Sedihla sebab I tak dapat nak witness that beautiful moment =')

Lepas makan, aku pergi bersosial dengan para bridemaids yang canteks !

Lina Kamal, Fatin poka-poka, Yana & Fira Hanis

Shea Rasol, Maria Elena, Fatin Liyana (ehem nama nak glamor, padahal boleh je tulis 'me' haha) dan Lin.

Adore her straight posture!

My only sister! (Soon to be, InsyaAllah kalau ada jodoh hehe)

Girls just wanna have fun !

Yanny and Yus =) Cantik sangat kan? Gambar of course curi dari page Yanny haha aku kan datang lambat =P Jangankan tangkap gambar kat tangga, tangga pon aku tak jumpa mana! Ceis.


To Yanny and Yus, thanks for the invitation. Semoga kalian berbahagia hingga ke akhir hayat dan semoga ikatan ni sentiasa diredhai Allah. Nanti kalau Yanny dah G1P0, bolehlah buat antenatal checkup kat HUKM ye hehe. Bestnya kahwin............... True meaning : Bestnya pelamin cantik, baju cantik tapi tak ready nak pikul tanggungjawab seorang isteri. Hahahahaha! 


p/s: thank you comels kerana sudi baca blog ini lagi hehe..

Thank you for reading this entry !

Tuesday, 26 July 2011

Wedding Blogger Ain Salam

Assalamualaikum

Itu hari aku dapat invitation dari blogger tercantik edisi kembar RCW (dibaca : r-ce-we), Ain Salam untuk menghadiri majlis resepsi beliau di Wisma LJT Melawati. Ceh sebenarnya dah lama dah kak Ain ni kahwin. Tapi baru sekarang aku nak update. LOL. Ntah ntah sekarang ni dia tengah bahagia dalam pelukan encik Yayang sambil makan mempelam cicah kuah rojak mak bee sambil layan series Stanza Cinta kat tb3. Fine kak Ain, fine. 

Majlis kak Ain ini sangat cantik dan sedikit sebanyak mampu menimbulkan bibit-bibit kejelesan buat para gadis yang belum berkahwin macam korang haha! Bajet aku dah kahwin. Aku pun tak terkecuali juga untuk menjadi bimbo. Setakat ayat ayat lazim seperti ini --> 'Nanti aku nak kahwin, aku nak buat isi tempat kosong macam kak Ain lah', sudah biasa aku ungkapkan sepanjang aku berada di majlis tersebut.

Nah aku sajikan beberapa gambar sepanjang majlis itu berlansung.

Hiasan dewan, pelamin, makanan semua memang terbaik. Simple tapi elegant dan sangat cantik.


Nasib baik cikepal datang. Puas dah aku berlakon bajet ramai gila orang BBM aku dekat phone kahkah. (Teknik penyamaran berkesan)


Itu encik SS kepunyaan cikepal. Muka diorang serius macam adik beradik! Aku macam tergamam bila tengok dia orang berdua. Ceh aku sepatotnya tergamam melihat pengantin.


Ok boleh tergamam sekarang


First time berjumpa pengantin yang sangat sporting kerana membenarkan tetamu memperkotak-katikkan veil beliau.


Cantiknya kak Ain! Suara sangat lembut, muka sangat cantik, suami pula kaya. Aku rasa kak Ain mempunyai kuasa untuk menyerap segala kebaikan di dunia ini. 


Terima kasih kak Ain kerana sudi jemput saya hikhik. Semoga hubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Terima kasih juga kepada keluarga belah suami  kak Ain ( anty, siblings) sebab diorang macam cool giler! Selambe je tegur dan tangkap gambar dengan aku. Terima kasih juga kepada rakan-rakan pembaca blog yang tegur kite on that day. Malu pulak sebab buat sesi berkenalan dekat majlis kahwin orang haha. Dah kenapa pulak aku buat speech macam baru menang award ni?


Thank you for reading this entry !

Monday, 23 May 2011

Talking about babies..

Assalamualaikum 

Siblings aku semua lelaki. Korang pon tahu kan? Jadi kat rumah aku ni memang takdela cerita pasal anak cik kiah dah lahir semalam, kak senah kau dah bertunang dengan orang Johor takpon eh engkau tahu, RCW bercinta dengan Shahir AF8. Memang takde. Cerita yang ada kat rumah ni adalah seperti, tiada cheats untuk Borderland, battery controller Xbox dah habis, dan kenapa Ron97 dah naik menjadi rm2.90? bukan itu hari rm2.30 ke?

Disebabkan aku tidak diterapkan dengan perangai kewanitaan terlampau, maka aku ni macam tiada perasaan sangat. Dulu, bila tengok baby ataupun budak kecik, aku siryes takde perasaan. Aku pon pelik jugak apa pasal orang pompuan kalau nampak baby, terus-terus je dia buat suara 'anyonyo omeynyeee ieeee cayangnyeee anyonyo'. Ya know out of sudden dia macam ada articulation problem. Lepas tu, mesti dia nak gomol & dokong dak baby tu like there's no tomorrow. Tak cukup dengan itu, nanti dia dokong dak baby tu dan tunjuk kat sedara mara.. Maka sedara mara akan berkata..wahhh anak siapa ni comel ni? dah boleh kawin dah camni. Maka yang tengah dokong baby tu pon tersipu-sipu malu sebab orang dok puji yang dia dah boleh kawin sebab pandai dokong baby. 

Okay aku siryes tak suka keadaan ni. Aku rasa macam ia adalah satu helah untuk berlakon sweet dihadapan orang-orang tua. Ya know, orang tua ni penangan dia kuat. Kalau dia suka kau, memang satu kampung dia canang yang anak sekian sekian sekian ni memang bagus..sudahlah lembut, hormat orang tua, baik paras rupa dan bla bla. Dan kalau dia tak suka kau, terimalah padahnya bila kau balik raya nanti. Haha! 

Tapi itu dulu. Makin lama aku rasa aku makin ada sifat motherly. Ya know something that comes from within. Something yang you tak expect tapi dia tiba-tiba datang. Maybe this is what we call Fitrah. Macam dulu aku tengok kanak-kanak aku tak rasa pape, but now when I see kids, hati aku jadi macam anyonyonyo comelnye budak ni. I want to kiss you! I want to hold you lil kiddo!  Entah kenapa tiba tiba aku pulak yang macam ada speech problem. Haha! Baru aku paham perasaan ini =')



Aku suka dokong baby sebab dia lembut-lembut lepas tu wangi bau minyak Yu Yee dan bedak Johnson =) Ahh feels good!


Toddlers pon aku suka jugak esp yang comel-comel haha! Budak-budak at this age suka bercakap benar and sometimes it can be very hurtful esp when they say this ' EWWW BURUKNYA GIGI KAKAK'. Hello kiddo, its expensive okay.


 Dokong anak orang secara random. I gotta push my hip forward just to support this baby's weight.

 Mind you that these pictures were taken during Datin's 21st birthday which took place 5 months ago.

 You can obviously spot the birthday girl.


Ah I want to dokong babies right now! I need to attend any wedding ceremony just to find babies. Ya know, babies always attend kenduri kahwin. Its so easy peasy to spot babies nowadays.

Thank you for reading this entry !

Thursday, 5 May 2011

FL Homecoming Brunch Party

Assalamualaikum =)

I have always wanted to throw a beautiful private party at home. Attend by several close friends, decorate with fresh flowers, pastel color desserts & succulent food serve in opulent dinnerware. Jadi on the 1st of May, I finally had my wish granted! Terima kasih to my beautiful mom for masakkan rendang ayam, kuah lodeh, sambal udang & nasi impit as the main course! 

For desserts, ada pau which I bought at Giant haha! Ada popia & tiramisu yang dibuat oleh ever gorgeous me(muntah), ada chocolate & cupcakes yang disponsor oleh gadis-gadis cantik (nanti I up entry!). I invited Datin, Hanani, Ema, Maria & Aza. Aza was my junior back in secondary school and we are close friends until now, Hanani is my bestfriend since we were 10, Datin is my bestfriend since we were 13 and Ema, we went to the same SBP, matrix, U and we were housemates back in Bandung. As for Maria, she's like a sister to me since I dont have any sister & obviously because she's my older brother's gf hehe.

I bought the carnations from Hindu's temple sebab murah wakaka. Kalau beli dekat florist of course la they will charge you mahal kan? So disebabkan itu, 1 batang yang ada banyak2 bunga only cost me RM1.20. I spent less than RM10 for the flowers =')



























It was beautiful. Makan-makan sambil catch up kawan-kawan punya latest updates + gossip sikit-sikit! Nanti I dah clinical & later on jadi doctor tak tau lah I ada chance lagi tak nak buat macam ni. Oh ya perasan tak yang Aza tiada dalam gambar? Sobs, Aza tak cuti lagi. Doorgift untuk Aza ada tersimpan dengan rapi dalam bilik.

Sorry gambar this time sangat besar, kalau kecik nanti dia nampak macam banyak noise. Tak lawa. Harap blog ni tak berat & tak menyusahkan korang semua. Gomenne!

p/s: ah ini bukan carnations. ini adalah chrysanthemum. thanks! sy noob lol.
Thank you for reading this entry !

Friday, 22 April 2011

My Indonesian Friend.

Assalamualaikum :)


Dah seminggu aku tak balik rumah sebab aku pergi jelajah several places in Indonesia. Cool giler ! Tapi itu kita put on hold dulu. Sekarang aku nak cerita benda lain kat korang. Sebenarnya aku baru je sampai Jatinangor (rumah aku) semalam. Aku rasa dalam pukul 1130 pagi la kalau jam tangan aku tak silap. Kenapa jam tangan aku boleh silap? Sebab kadang-kadang aku suka jer cepatkan 15minit. Eceh konon-konon bila bangun pagi jer suprise la sebab dah terlewat. Bila dah mandi-mandi baru teringat yang jam tangan ni cepat 15minit. Masa tu siryes rasa macam noble giler sebab bangun awal :')


Sambung cerita, setelah aku sampai ke rumah, aku terus start enjin moto dan rempit ke office Padma untuk settlekan hal permit untuk pulang ke tanah air. Lepas tu aku pergi beli makanan & pergi amek baju dari tailor. Aku buat baju kurung banyak-banyak sebab kat mesia nanti aku rasa dress code dia macam fussy je, so lebih baik aku amek langkah selamat dengan memakai baju kurung. Bukan sahaja lebih ayu malah akan disukai patient. (??)


Tetiba aku dapat BBM yang Tari ajak aku nge-date di Bandung. Ehemm den baghu yo sampai ghumah dari Bandung tadi, dah kono poei balik. Mau satu jam jugak lah dari umah den nak ke Bandung. Tari ni aslinya dari Bandung. Boleh aku kata, dia lah satu-satunya teman Indonesia yang paling aku rapat. Yang lain-lain aku selalu HELLO EH HI KAMU CANTIQ BANGET SIH EH SKARANG LAGI KULIAH APA BLABLA DAAA BYE. Tapi Tari ni special sikit, dia kalau jumpa aku mesti peluk-peluk, sembang apa yang patut lama sikit lepas tu baru bye haha!


Setiap kali birthday aku, mesti Tari ni belikan hadiah. Lepas tu kalau liburan dan dia pulang ke rumah orang tuanya, dia mesti belikan ole-ole untuk aku. Baik kan? Ada dia bagi cemilan amplang kuku macan cap ikan pipih. Ha terkejut kau. Tak paham lew tuww kihkih. Setiap kali exam dia mesti wish goodluck & datang jumpa aku untuk tenangkan aku atau bagi kata-kata semangat hehe romantic kan? 


Aku pulak jenis yang tak romantic dan pemalas. Bila aku nak wish goodluck, dia dah habis exam. Bila aku balik mesia, sebab heboh dengan photoshoot bagai den lupo lak nak belikan dia apa-apa. Tapi walaupun begitu, aku ikhlas kawan dengan dia sebab dia best & friendly! Dengan yang lain-lain aku macam susah ngam sikit, tapi dengan dia. Memang kalau jumpa cakap tak berhenti. Ala macam sinetron tu.


Selalu aku bagi pinjam buku, nota-nota & soalan pastyears kat Tari. Sebab program kitorang berbeza, jadual kelas & exam pon berbeza. Aku exam dulu pastu baru dia exam. Apa tips2 exam yang aku ada, aku share dengan dia. Jadi dia keraplah lepak ghumah aku. Dulu-dulu selalu sembang pasal pelajaran jer sebab Tari ni cintakan ilmu aku tak, tapi sekarang gossip jer lebih haha! Kau tau tak betapa susahnya nak bergosip dalam bahasa Indonesia. Sebel ah!


Pasal our date semalam, Tari fetched aku kat rumah dengan kereta dia. Aku kan dah takde kereta sebab dah jual tehee. Anyway, kitorang pergi PVJ sebab nak lepak-lepak minum minum gitu jer. Ha nak dekat 2 jam jugaklah dalam kereta sebab jem. Jumaat kan goodfriday, so mungkin ramai yang mudik. Tak kisahlah yang penting kitorang ke Azzura sebab aku tak pernah makan kat sini.


Kedai dia warna biru & putih.


Duduk dekat kawasan open-air sebab Bandung sejuk waktu malam.


Strawberry iced tea =)


Unique la dia punya serving tray kan? Ini Hainanese Rice Chicken. Senang nak jumpa kat mesia tapi amat susah nak jumpa di sini.


Suka si Tari ni ye heheh. Sebab aku rasa aku tak pernah belanja atau belikan dia apa-apa so aku pon belanja la dia kat sini =')


Aku nak bagi dia sesuatu sebagai tanda friendship kami, so aku ajak dia ke Revlon Sogo. Aku belikan dia eyeshadow sebab dia minat make-up. Wuwuw kawan dah 3 tahun, tapi inilah first time aku belikan dia hadiah... *facepalm*

Aku akan balik Selasa ni, mungkin ini kali terakhir kitorang berjumpa =') Lepas ni dah tak dapat jumpa lagi, tak dapat ngobrol lagi, tak dapat ngopi lagi... Aku sebenarnya tak berapa sedih, tapi semalam aku jadi sebak bila Tari menangis sambil peluk aku. Dia cakap dia tak pernah ada kawan yang dia begitu rapat selain aku. Lepas ni dia nak cerita-cerita kat siapa lagi, dia nak peluk siapa lagi. HUHU SEDIHLAH PLAK AKU YANG MENAIP NI OKLAH AKU NAK BBM DIA KEJAP.


[Me & You]
My dearest Lestari Putri, thanks for everything sobs..
Smoga kamu akan menjadi seorang dokter yang bisa memberi manfaat kepada pasien, ahli keluarga dan juga masyarakat. Yuk semangat!!


Thank you for reading this entry !

Sunday, 2 January 2011

Hometown Friends :)

Assalamualaikum

Kalau orang tanya, biasa ko lepak kat mana weyh? Aku susah nak jawab. Sebab apa? Sebabnya aku bukan jenis yang spend satu hari untuk keluar makan-makan blah blah. Paling pun, aku pergi photoshoot, in between atau after photoshoot baru aku singgah makan atau shopping kat mana-mana yang dekat. Kiranya, bila balik mesia, aku hanya spend duit untuk minyak/tol & makan sikit2. Kadang-kadang pon orang yang belanja. So memang tak banyak pakai duit la kan.

Tapi semalam, aku berniat untuk jumpa kawan-kawan lama. Aku ni dulu selalu pindah-pindah sekolah, kawan ramai. Sampai aku terkeliru yang mana satu. Tapi aku ingatlah rupa diorang. Cuma nak ingat nama tu ada susah sikitlah :P



Kawan kitorang, Farahin nikah hehe..tapi tak sempat nak tangkap gambar dengan dia. Dia pegi nyorok dalam ghumah masa orang surau datang. Mungkin dia cemas tengok lebai berkopiah kot haha. Kengkawan yang cantik2 ni same sekolah, tapi tak sama kelas dengan aku.



Lepas tu pergi wedding kat umah Alip. Alip futboller tu hehe..Lama gila tak jumpa dia ! Tapi bukan dia kahwin la, akak dia yang kahwin. Lawa macam aida aris muka kakak dia. Tapi muka alip sikit pon tak macam akak dia. Mungkin faktor rambut mempengaruhi -___-


Kemudian terjumpa NOH HUJAN. Noh hujan la sangat kan hehe...Ni Epul.. Epul ni la yang jadi photoG peribadi masa aku ikot konvoi N9 menang Piala Malaysia 2009 lepas hehe... Tq Epul!



Lepas tu Datin bawak aku pergi Tesco Extra yang baru bukak tu..kononnye nak bagi aku rasa Coolblog lah. Tapi biasaje aku rasa. Takdelah sedap. Takdelah tak sedap... And then kitorang saje jelah tepon si Zack ni ajak nak jumpa, skali dia cakap dia ada jugak kat Tesco :) Memang rezekilah kan..teehee.. Kitorang jumpa kejap je. Tapi sempatla bahan-membahan & anjeng-menganjeng :')



Datinku yang comey. Nilah hometown friend yang paling kerap aku jumpa setiap kali cuti! Sebab dialah, aku dapat jumpa ramai kawan-kawan lama hehe...maceh datin ! makan chicken chop leklok yo :')


Cakap-cakap pasal kahwin, pastu teringat la kat seorang jejaka kachak keluaran tempatan ni, katanya nak kahwin january ni. Tapi tarikh tak tau bila. Kitorang cuba hubungi dia sebab datin plan nak datang wedding dia (wakil bagi pihak aku sob sob) hehe tapi dia tak angkat phone pulak. Biasalah orang femes mana nak kawan dengan blogger.. haha ayat nak tacing je kannn LOL

Aku ada buat video mengarut masa dalam kereta hehe...tengokla..tapi gedik la aku dalam ni. Macam mintak pelempang pon ada..Tapi just bergurau je ni, suka-suka. Ala girls just wanna have fun la ~ chillax okay ! Harap takde sapa butthurt tau! Kpd zaquan & ayu dont worry, korang memang pasangan da bomb! Sama-sama hensem sama-sama lawa. Semoga jodoh berpanjangan hingga ke anak cucu cicit & seterusnya hehe... Datin & I sentiasa doakan u ollz berbahagia ;)


disclaimer - 0:44 lelaki dalam gambar bukan zaquan tetapi seorang lelaki kacak yang menuntut di UIA. Jeng jeng jeng....tanya datin sebab tu handphone dia, aku tak terlibat haha !


Thank you for reading this entry !