Showing posts with label bola. Show all posts
Showing posts with label bola. Show all posts

Sunday, 30 October 2011

Keputusan Piala Malaysia 2011 Negeri Sembilan VS Terengganu

Assalamualaikum

Kadang-kadang aku rasa malu jugak nak publish entry ni sebab aku bukan follow sangat pon Piala Malaysia ni. Tup-tup Nismilan masuk final baghulah den sibuk nak amik tau kan. Cubo tak masuk final. Memang sopi, diam seghibu bahaso. Tak dilayan do. 

Apopun den banggo dengan Nismilan sobab menjuarai Pialo Mesia kali ni. Tahniah! Den cubo jugak tahan raso excited ni, kalau bulih nak buek biaso yolah, cam takdo apo an. Tapi memang tak bulih. Den cubo-cubo tak dapek. Cubo-cubo tak dapek. Haaa dan dan kan nak cakap noghori kann haha!



Semangat tak den poei nonton bola kek Kompleks Sukan Paroi..takdo maple-maple do..den poei Kompleks Sukan terosss !


Ditemani para penyokong Si Ruso yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur, agama dan bangsa. Yang takdo cumo ruso yolah.. Ruso ado kek zoo nun hahahah [nota : Maskot Negeri adalah rusa]


 Itu dehh hero-hero yang suko bikin den somput..last last minit baghulah nak score kan. Jang oii !


Disaji pulo dongan burger Mat Salai buatan tempatan! Memang tanpo was-was lah den tolan. Lopeh konyang, masing-masing sendawo macam nago (baca : sendawa macam naga)


Yooo itulah dio penyokong tegar team Nismilan. Datang buek bising yo. Terutamo yang kanan tu =P


 Dan diakhiri dengan sorakan kemenangan oleh para penyokong team Ruso ! Hobin Jang Hobin !


Tahniah kepada kedua-kedua pasukan kerana game cantik. Ecece macam handa yo aku kan, nak komen game cantik ko tak. Haha! Dua-dua team sangat hebat dan game tidak hambar. Penat betul aku terpekik terlolong sebab suspen punya pasal. Apapon tahniah sekali lagi. Namun kemenangan telah berpihak kepada Negeri Sembilan dengan score :

Negeri Sembilan (2) VS Terengganu (1) 

p/s : Tok Mat, Isnin bulih la isytihar cuti hihi.

Thank you for reading this entry !

Saturday, 22 January 2011

Zaquan Adha & Ayu Raudhah awwww sho shweeet

Assalamualaikum


Dulu kan, aku tak pernah suka atau syok kat laki melayu ( i mean celebrity la). Peh ayat nak bongkak ini pompuan teehee. Taste aku memula jepun-jepun, then korea-korea lepas tu aku beralih arah suka kat omputih. Laki yang bagi aku hot stuff dulu adalah Ashton Kutcher. Sebab muka die encem pastu body dia smokin' hot. Dude siyeslah aku tertarik kat laki yang body die lawa hehe. Tapi xmola ketak-ketak macam sazali bina badan tu. Tu dah over ok. Aku tengok dia aku yang ketaq lutut ang tau.


Namun, entah dimana silapnya, pada suatu hari, aku ternampak Zaquan Adha secara live di kedai ghoti canai area semban. Masa tu aku datang breakfast dengan family. Aku bukan layan pon liga super kejadah ni, so aku tak kenal pon si zaquan ni. Tapi aku macam familiar sebab dulu aku ingat dak zaquan ni pernah main tok team mesia lawan myteam dulu.


Lepas terjumpa dia tu memangla aku minat kat dia haha! Suka gila aku kat dia ni. First time tu aku minat laki melayu. Orang lain sibuk dok nganjeng aku sebab aku minat kat dia tapi apa ada hal. Best apa perasaan meminati lelaki kachak ni. Rasa dunia ni sungguh comel! Dulu aku kalo bosan-bosan, aku akan google pasal dia hahahaha. Lepas dah tau satu fakta menarik pasal dia, nanti aku gembira. Cis sungguh naive!


Dan sekarang Zaquan dah kawin dengan gf dia Ayu~~ Sangat cantik wedding dorang ni! Aku suka giler tang pelamin masa malam berinai & resepsi tu. Sangat angelic & suci & all those good stuff hehe. Dah la sama-sama cantik sama-sama hensem. Ditambah pula duit dak zaquan ni memang banyak. Memang masyuk a wedding dorang ni. Dunia sekarang ni, asal ada duit, semua boleh jalan.



bersama kyky the monkey. comel gila depa ni dah mcm artis hollywood dah hee


menangis tengok pelamin yang maha cantik ini !


tak biasa pulak tengok zaquan rambut tak spike.


Photography team sangat smart. Skin tone nampak sangat flawless.Plus ayu sangat cantek! Suka tengok dia senyum heee...


inilah pelamin malam berinai yang aku suka gilerrrr tuuu omjayyy!


Tengok zaquan kawen, aku pulak yang rasa nak kawen. Ah paling pon lagi 5 taon baru aku dapat kawen. Lameeenyewww nyampahhhh. Hehe mintak-mintak aku dijodohkan dengan lelaki yang tinggi imannya, akhlaknya, budi bahasanya, & hartanya. Apepon, tahniah buat pasangan mempelai ini. Semoga melayari bahtera perkahwinan ini dengan penuh kesabaran & tolak ansur. Eh betul ke ayat aku ni? Layankan je aa hee. Yang penting suka gile tengok dak Zaquan & Ayu ni. Best kan bercinta pastu teros kawen. Dapat hidup dengan orang yang kita sayang. Jeles I tau =)


Lepas ni takleh ah aku dok terkinja-kinja kat dak zaquan ni. Dah jadi laki orang. Takmau aku kena cop bukan-bukan. Aku kena set target baru nih *dahi kerut* kahkahkah (ketawa berdekah-dekah)

p/s: pictures from official photography team Piccalasso
p/s/s: tengok zaquan bela kyky, aku rasa macam nak bela aligator lah. cukup rare tak?


Thank you for reading this entry !

Thursday, 23 September 2010

Bercerita tentang idola

Assalamualaikum :)


Semua orang tau aku suka kat Zaquan Adha. Aku macam excited gile kalau bercerita sal die hahaha malu malu. Ala cmon la babe, girls mana yang takde idols kan? Sepanjang kehidupan sebagai seorang gadis, mesti ada phase yang mana korang akan idolize seseorang tu dengan hebatnya! Eleh, jangan ingat aku tak tau masa darjah 5 kauorang suka sangat dengan Brian Backstreetboys sampai bermati-matian nak kawen dengan dia. Pantang disebut pasal Brian BSB pasti engkau naik hangin. Paling kau tak tahan bila kengkawan kau buat comparison between NSYNC ngan BSB.


'suara Justin lagi sedap dari suara Brian! 
'my Justin is cuter than your Brian !' 
'BSB sucks 10times, NSYNC rulezzz !'


Sampai engkau bertekad akan membenci Justin Timberlake hingga ke akhir hayat. But then bila dah masuk form 3, engkau rasa Justin Timberlake macam sangat hotness habis kau beli majalah import kat kedai buku Popular semata-mata nak dapatkan pin-ups free kan kan. Boleh pulak kau terlupa pasal denda kesumat kau kat Justin dulu. T____T. Anyway, lepas dah tamat phase-phase tersebut, kau pon berasa malu dengan kelakuan engkau pada zaman itu.............. ( hahahaha terasa terasa )


Sama jugaklah peristiwa pasal zaquan ni hehe. Dulu aku nak sangat sangat sangat jumpa dia. Sebab aku dok jauh aka kat bandung, maka aku terasa lah macam distance aku ngan zaquan ni mcm thousand miles. Macam impossible la nak jumpa dia kan. Padahal dia duduk dekat je ngan umah aku. Siap poskod sama which is 70400 hahaha. Yang tak boleh belah, adik aku han, setiap kali dia pergi kedai, mesti jumpa dak zaquan ni. Macam rutin dialah kalau pergi kedai mesti jumpa zaquan.


' setiap kali gwa pergi kedai mesti gwa jumpe zaquan, adakah zaquan meminati gaya rambut emo gwa?' bisik hati kecil han.



Tapi as time goes by, lepas dah dapat jumpa zaquan, lepas dah join fanclub dia & dapat maen boling sesame, aku realized yang zaquan manusia biasa jugak. So aku macam dah rilex sikit la kan. Takde la macam fanatic sangat. Aku dah menjadi normal kembali. Tapi bila zaquan atas padang memang adrenaline mengalir deras la dalam badan aku. Pehhh aku sangat suka semangat zaquan atas padang. Dia main memang style dan sangat bersungguh-sungguh. Tang tu memang aku respek kat zaquan ni. Sampai la ni pon, aku memang fan zaquan sebab game dia. Aku dah taknak amek tau sal kehidupan sosial dia, cukuplah just jadi fan bola hehe. Tapi aku tak pernah nyesal pon yang aku pernah jadi kipas susah mati dia dulu ! hee bagi aku tu satu pengalaman yang cukup manis!! Bosan la wey kehidupan ni kalau korang tak pernah tergile-gilekan lelaki kachakss wakakakaka



Tengok tu tengok tu kembar kegemaranku hehe...aidil & zaquan! Besar weyh advertisement board ni! Board ni dekat ngan umah aku jeh hee..area sikamat. Setiap kali lampu merah kat sini, aku akan terkenang kisah lama  masa aku tergile-gilekan si zaquan ni dulu hahaha kelaka kelaka. Korang g la baca entry sal zaquan ni, banyak aku tulih dulu hehe.. tapi tu dulu bai, wa skng ilek je. besar kecik besar kecik je wa tengok zaquan tu ... (mcm bagus seh pompuan ni hahahahahha)




Aku selalu dapat soalan kat formspring yang berbunyi begini

'awak tak jeles ke zaquan nak kawen ngan ayu?' 
'apa perasaan awk zaquan nak kawen dengan ayu?'

Hellllllooooo i'm 21 okay, tak matured lah nak jeles2 macam tu. bukan lah aku nak kawen ngan zaquan pon. Kalau aku nak kawen dengan dia pon ko ingat bapak aku kasi ke? wakakakka teremosi plak. Lek la weyh, suka tak bermaksud nak kawen. Apa lah korang ni. Kalao korang suka si acapan berlakon, adekah korang nak kawen dengan dia? <--haha bodo tak bodo contoh yang aku bagi? haha the truth is, aku tak rasa apa pon sal zaquan nak kawen ni. Aku pon suka kalau dia kawen ngan Ayu sebab aku pernah jumpa Ayu & Zaquan dorang memang manthop weyh ala ala victoria & beckham gituuuwww ;) sama cantik sama padanlah orang kate hehe..Pepon disini aku nak declare yang aku gembira sal perkahwinan zaquan & ayu, takde jeles2 de. Aku takde mase nak jeles, byk bende aku nak kene pk tau. So pasni, jangan tanya soklan2 berbentuk begini lagi tahu. Aku babab kang :p




Oh ya, kalau korang nak tau, zaquan baru je lepas operation lutut kemarin ke semalam aku dah lupe. ACL injury. (anterior cruciate ligament) dan dia akan berehat selama 6 bulan. Kesian dia tak dapat main dengan team n9 tok piala malaysia ni. Sedih a aku sebab tak dapat tengok dia beraksi. Pepon semoga cepat sembuh zaquan! (gambar dicilok dari fb zaquan hehe)




Jadi posisi zaquan sebagai striker n9 telah digantikan oleh member aku ni, ijam. ni pon sama, ijam ngan aku hanyalah kawan tau. sila jangan bertanya soalan yang sama berulang-ulang kali di formspring ;'). nak menangis aku jawab huhu. pepon go go ijam!



Last but not least, kami (ema, atin, aza, mira & iylia) sebagai warga tegar seremban
mendoakan pasukan n9 akan maju jaya dalam perlawanan piala malaysia 2010 ini !! hoben jang hoben ! 
psttt sebenarnye aku je yang sokong n9, depa yang lain ni aku tak tau aih. rambut sama hitam, hati manusia lain2 wakakakaka sorry kengkawan cantiks sebab mempergunakan korang :p



Thank you for reading this entry !

Monday, 12 April 2010

Tak kesahlah kau nak cakap po yang ponting nismilan monang pialo FA 2010 !


Assalamualaikum.
Oh maaf sebenarnya mahu update lebih awal namun kerana exam jadi harus menangguhkan niat murni. Kerana exam juga, status di FB tertulis 'n9 is love, yay nogori den monang' on saturday selama berhari-hari. But hey, for those who didn't know, N9 won again yay. Isn't that cool? After winning Piala Malaysia, here we go again, with Piala FA right on the list (^___^). Seperti biase, my housemate Ema and I akan makan ayam masak lemak cili api untuk menzahirkan rasa kesyukuran kami. Comel an an hahaha.


Well, n9 menang sebab penalti actually (5)-(4). At first dorang tie, NS (1) vs KDH (1). cepatla tanye sape score for n9. CHAPIX ! ingat tak chapix? my friend chapix, ala the one whom i used to blog about before ni. omg! cam tak caye tgk muke dia kat tv1 ! Bangge siot. hahaha tetibe rase nak jadi fan member sendiri. apehal aku ni. Well chpix yang pakai but turquoise tu. encem an an. haha weyh ak pna kuar ngn die weyh. gile a ak kua ngan star. ak tak percaye.. (lelebey lak an) *___*


Chapix ni jarang dapat oppurtunity tok men dalam 1st 11. So masa final ritu, aku pon xde contact dia & didn't know that he was playing. Then si comel hafiz firdaus cakap chapix score and i was like whattt?? realyy? Excited la kan chapix score sebab bese dengar asek zaquan je score. Yang masyuk tu die kai kaki kiri tu siap berguling-guling seperti tenggiling lagi. hebat kau chapix. banggo den. :'). Den ulang-ulang video kat youtube ni sambil terharu tgk style kau yang unik tu.


Walaupun zaquan tak score that night tapi die tetap hensem mase die amek penalti tu. Muke kacak bergaye-wah-hensemnye-hensemnye.


dan dan je aku upload gambar ni. nmpak sgt batak wahahahhaha. tak pelah. member aku ni aku kenalah bangga dengan kejayaan dia. ye tak :)


ha dapat nek kete die. yay! terharu nak nanges a camni wey.


ok itu saje sari berita terkini. bai sume!
psst: picture credit to n9 futbol fanclub. aku men sebat je kat FB. sorry bro.

Thank you for reading this entry !

Tuesday, 9 February 2010

Rindunye!

Salam :)

Tadi belek-belek hengpong trus terjumpe video ni.
ah rindunye :')


Wednesday, 25 November 2009

akhirnya..kau reply jugak.

hello.
aku tengah overwhelming ni.
cube korang tengok sape yang message aku kat Facebook?


Siyes.


6 messages. Zaquan thank you :')

Tuesday, 24 November 2009

aah, aku mmg obsess ngan zaquan !

Hello kawan2.


Kalau korang semua dah tengok facebook aku, pastilah korang dah taw yang aku dah jumpe idola sensasi tersexy diabad ini iaitu ZAQUAN ADHA!! yaaaaaawwww! *menjerit seperti pondan*.


Yelah, dah beribu kali dah aku gemba-gemburkan kat korang yang aku nak jumpe die kan. Aku rase smpai gegendang telinge korang dah naek bosan untuk bergendang tatkala mendengar name Zaquan Adha dilaungkan di blog aku ni haha. Yang penting, aku dah dapat jumpe Zaquan! Memang rase nak pengsan sebab cam tak caye je Zaquan depan mate en, tapi aku buat bertenang je la. Tak nak la jakun sangat walaupun aku taw aku ni jakun haha




kaw tgk ni! kaw tgk ni! hemsem sgt die ni. mase ni aku rase cam nak tampar muke die pastu ckp ' Zaquan kau taw tak aku ni suke giler kat kau tapi aku terpakse berpure-pure tenang sebab takut kau cakap aku gedik lantas kau melarikan diri dengan pantas keliling padang Sek Keb Rahang!' ha sume tu dalam hati je la. hahaha mase jumpe ngan Zaquan tu aku tanye2 pasal bola jeh. Kalau Zaquan taw aku kaki bangku tapi bajet ade knowledge pasal bola, mesti die hobin belakang aku :')

Aku sebenarnye nak berterime kasih yang amat sangat kat Shafik (player n9 no 16) sebab die lah yang bersusah payah ajak aku ikot perarakan bola sepak n9 ke Port Dickson ni. Die uruskan supaya kerete aku ade polis escort, dan dah sampai PD pon ade brader2 yang jage aku. baekkan die :').
First tyme beb, aku join konvoi ni. First tyme gak, aku drive tak payah tekan break, tak payah ikot trafiic light, polis escort kerete aku & orang babai2 aku bajet aku VIP hahaha. Shafik kau memang baek!



Aku ikot konvoi ni dari pukul 3ptg sampai 6ptg. Maksudnye aku tengok Zaquan tanpa henti selama 3 jam! wahahaha..bahagia bahagia. Korang tengok gambar kat atas ni, Zaquan (2 dari kiri) pandang belakang, aku pulak pandang depan sebab driving kan. Maka mate kami bertentang! Dari mate turun ke hati hahahaha gilo xdolah saje je lebeyh2! Tengok aku gembire btol. siap pandang blakang buat peace tande gembire :')




Lepas dah snap gambar ngan Zaquan kan, aku ingat da cukupla. Sekali Shafik panggil Zaquan and kenalkan aku kat Zaquan. AAAAaaaaa!! Zaquan dah tau name aku! Pastu die juge tau aku study kat Bandung. Zaquan aku rela jadi kau punye tourist guide kalau kau nak datang bandung! Bagitau taw taw taw n_n! haha yang aku bangge tu, aku berkenalan ngan Zaquan sebagai sorang member, bukan peminat.





Aku snap gambar Zaquan banyak gileerrr. Yela bile la lagi agak2 aku dapat jumpa si kacak ni kan. Tapi aku harap Shafik bawak aku g jumpa Zaquan lagi a laenkali hohoh. Kene bribe dak Shafik sket neh haha. Korang tengoklah facebook aku untuk tengok gambar aku yang gedik dengan zaquan haha






Idris Karim melambai. Tapi bukan kat aku kat Epul la. Sebab Epul yang amek gamba ni. Haa part yang aku suke kan, Zaquan berdiri sebelah Shafik taw, pastu aku lambai la kat Shafik nak bagitaw aku nak masuk kete ni. Tetibe Zaquan lambai. WEYHHHHH???? Zaquan lambai kat aku kot?? gilelah!! hahaha tak leh tido la aku camni.





Anyway, mmg besh giler dapat ikot konvoi ni. Tak sangke lak aku buat bende bermakne mase cuti ni. Paling tak sangke, dapat kawan ngan player n9 & dapat kenal ngan Zaquan. Heaven habis. Thanks to Iya sbb kau mmg besh & sporting! Thanks to Epul sbb DSLR 50mm kau mmg berbakti! Thanks to Nazirul sbb xde sebab haha kau ni menyakitkan hati aku jeh.Xjadilah thank u kat kau. Milion thanks goes to Hafiz sayang for accepting my odd & wild behavior. Baby u mmg rawks abes la sebab rilex jeh & +ve thinking! lov u many many!
.
.
.
.
.

p/s: Shafik kate, Zaquan kirim salam kat aku. *pengsan*
p/s: nak tgk lagi banyak pics, tgk facebook taw taw *sambung pengsan balik*

Sunday, 15 November 2009

AKU TAK DAPAT JUMPE ZAQUAN

Hi korang korang.

Aku kan baru sampai Seremban kol 10pgi, 14Nov09, Sabtu iaitu semalam. Sesampai je aku kat Seremban, aku nampak lyke banyak giler kot poster2 yang ditampal kat seluruh bandar Seremban, nak nak kat area Parkson Grand tu. Pertabalan YangDipertuanBesar la, konsert la, tahniah kat pasukan Hoben Jang Hoben la pastu aku ternmpak ni :

Datanglah beramai-ramai untuk meraikan pasukan Hoben Jang Hoben dalam kejayaan menjuarai Piala Malaysia. 14 November. 8 malam. APO?? Kau nak meraikan kejayaan?? Maksudnyo antara orang yang diraikan tu mestila Zaquan kan kann ?? Aku mesti pergi! Aku mesti pergi! Oh Zaquan xsio2 boto den balik somban, dapek la den jumpo kau :')


Tepat pukul 8mlm, aku dengan memakai bju warna kuning (semangat boto, masa hari sukan dulu, xdo pon nak pkai baju ikut warna rumah sukan haha) bersama Puan ibu dan adik asfiq telah sampai dipermukaan Padang MPS

Orang memang ramai la malam tu, crowded gile. Ade persembahan Elyana, Hattan & Ramli Sarip. Ntah hape hape la dio poei jomput Ramli Sarip. Tapi siyes, die mmg 'Papa Rock'. Sua jean ketat beb.


Aku port baek punye, kat tangge, sebelah encik Polis, hoh dengan harapan bile Zaquan turun bas Double Decker ni, aku nk jerit, 'Weyh Zaquan engkau ni hemsem xingat'. haha mestila aku tipu. malu kot kang Zaquan pulak yang malu ngan aku. Yang penting, aku punye port mmg semat a, kalo nasib baek, mmg dapat salam ngn si kacak tu la.




Masa bas ni benti betul2 depan aku, mate aku kemain galak agi cari kelibat Zaquan/Aidil. Xdo pon. Aku lambai2 la kat pemain dalam bas tu mano la taw kot kot Zaquan nampak aku ke. Walaupon crowded, tapi sume org bertenang jeh. Takde pon jakun. Aku pulak yang jakun, aku terjerit 'Zaquan Zaquan mane Zaquan! Aku nak jumpe Zaquan!' kuat kot sore aku mase tu.Sume orang pandang aku. Aiseh. Aku tgk mak aku dah nyorok kat blakang makcik gemok mane ntah. Heh malu la tu ngan aku.




Bile player N9 turun, aku ckp Congrats! kat sensorng. Bukan tu je, kat menteri besar pon aku ckp Congrats. Bukan dio maen pon bola tu. Xpolah, kang nangis kang parah lak. Ha aku ni berdiri sebaris ngan penyambut tetamu. Naseb baek si Polis tu tutup sebelah mate jeh. Aku tgu punye tgu. Zaquan ngan Aidil xde. Aku jengket2 lagi mano taw Zaquan/ Aidil nak buat suprise ke kan. Yelah org femes. Skali xde. Pastu tetibe ade brader yang bertugas ni die jerit kat aku. 'ZAQUAN KAU XDO, LAEN KALI LA KAU DATANG JUMPO DIO'. uih confirm brader ni dengar aku jerit name Zaquan tadi. *malu*



Kecewa btol aku. Zaquan/Aidil xde, dorang ade game kat Uzbekistan. Pastu Puan Ibu cakap, alah jumpe je lah mane2 player n9. Sape si botak yang sumbek gol no 2 ritu? Ha tu dio, poei tangkap gambo ngan dio. Ha akibatnye, terjadilah gambar diatas. Hairuddin Omar, sempat mtk no telepon aku :'). Mestila aku xbagi.

Shaffik. Die igt aku Yuna haha..kecewe tak ko aku bukan Yuna?

Aku xkenal sape die ni tapi muke die ala-ala Zaquan yang lembut hoho. Tangkap je lah gambo ngan die ni. Bodo betoi gaya aku, aku pon xsure nape aku wat cmtu.

Shahurain & xtaw sape ni. Shahruain ni la yang gol kan 1st gol ritu. Die ni banyak fans tapi muke die xde prasaan pon. Sumo gambar, muko dio cmni.



Ni plak Idris. Puan Ibu kate, ha yang rmbut rebonding tu, poei la tangkap gambar ngan dio. Jarang nak jumpo rambut cmtu kat pemain bola. haha apela pemikiran ibu aku neyh. Encik Idris ni ckp ngan aku, 'nak pgg bola tak'. xkan aku kate xnak. aku pgg jela. Pastu tgn aku kan mmg tremor(menggigil), die tanyela. 'kenapa gigil ni, takut ke?' ceh apo lak nak tkut kat kau. Stakat rebonding, dak apiz pon pna buat dulu. hahaha *jahat pulak*


So lebih kurang dalam kol 1030 aku pon kua la dari Padang MPS tu. Kat tepi2 jalan tu mmg meriah. Banyak orang melayu kite meniaga. Aku beli la merchandise 1 jersey n9, 2 banner kecik n9 ngan sticker kerete 'Penyokong Setia n9'. Kemaen agi aku. Padahal kaki bangku haha lorat betol.
Mase aku pilih2 tu, tetibe ade segerombolan lelaki ni, nyanyi lagu Dan Sebenarnya pastu die ckp, 'xpolah Yuna xdapek jumpo Zaquan, xusah la sodih & nangis. nmpak sgt dorang pon dengar aku jerit2 name Zaquan tadi. Malu a. Nyway, aku pon xphm asal dorang kate aku cm Yuna. aku nyanyi kang, pengsan kau. hhahahahah

Terima kasih Puan Ibu, anda mmg photographer yang hebat.
Usaha mencari Zaquan akan diteruskan.
Oklah bye. Penat tulih.

Saturday, 7 November 2009

NOGORI DEN MONANG !!


dongan ini den mengisytiharkan



NEGERI SEMBILAN 3 - KELANTAN 1Text Color



OLEH ITU NOGORI DEN TOLAH MENJADI JUARO YANG TERBILANG SOTOLAH 61 TAHUN TAK DAPEK JADI JUARO PIALO MELESIA.


den kono koba kek montori bosa N9, acik mohamad supayo luluskan cuti somban tok sebulan. SEBULAN yo. diulangi SEBULAN. Tak sio2 den buek solat hajat tadi. Sok den ngan Ema kono celebrate makan gulai masak lomak cili api sbgai menzahirkan raso banggo dan syuko kami tohadap pasukan nogori kami. HOBEN JANG HOBEN !



p/s : Ikut kate hafiz yang tercinte, Zaquan injured 4 kali :')
p/s : den xsaba nak balik somban!
p/s : oh yea tq syg sbb jd commentator yang terbaekkk!
p/s : mari kito nyanyi lagu nogori sembilan sesamo *berkatlah yang dipertuan besar~*