Showing posts with label advertorial. Show all posts
Showing posts with label advertorial. Show all posts

Wednesday, 14 March 2012

Ingin iklankan blogshop anda di blog saya?

Assalamualaikum

Disebabkan saya seorang yang mengada-ngada jadi saya telah mencipta sebuah blog baru khas untuk anda semua untuk promosikan blogshop anda. Nama blog saya itu adalah RELAHADO. Bukan non hado ye! Kalau nak tau kenapa saya pilih nama itu boleh la baca di blog baru saya itu dengan lebih lanjut.

Saya sedang cuti semester sekarang ni, jadi saya ambil peluang ini untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat contohnya membina blog baru wtf. Apapon, ini peluang yang baik untuk anda promosikan blogshop anda. Saya akan letakkan link blog baru saya ini di bahagian atas sekali, pada kiri anda untuk kesenangan semua pihak.

Harga yang ditawarkan adalah begitu rendah sekali iaitu RM300 per entry + permanent sidebar link + labels. Diulangi, permanent sidebar link ok. Kalau di blog ternama lain, harga yang dicharge untuk sidebar link sahaja adalah lebih kurang RM200-RM500 sebulan. Lu pikir lah sendiri. Kalau berminat boleh isi form di Relahado ye =) Maceh!

Thank you for reading this entry !

Thursday, 4 August 2011

Semua wanita patut menghadiri kelas kecantikan.

Assalamualaikum

Kita tak pernah diajar secara formal tentang ilmu kecantikan. I mean takde subject 'KECANTIKAN & TATA RIAS' di sekolah mahupun dalam peperiksaan SPM. Kalau ada pastilah aku yang akan duduk dekat barisan depan sekali sambil tekun menyalin nota haha! Disebabkan kekurangan ilmu di dada ini, maka kita seringkali membuat kesilapan ketika memilih warna makeup dan juga jenis cosmetics. Ok jangan nak tipu, korang mesti ada at least 2 -3 foundation sebab tersalah pilih warna jadi harus membeli yang baru kan?

Takpelah der, tak payah nak down sangat. Manusia memang sering melakukan kesilapan. Tapi don't worry lah sebab sepanjang Ramandhan ini, akan dianjurkan satu kelas UBAH IMEJ oleh beauty consultant Dya Romantika. Tahu tak Dya ni dah bergelar isteri dan ibu kepada seorang anak? Tapi beliau tetap gojes dan meletopzzz you! 





Dya menawarkan kelas Ubah Imej yang meliputi Kecantikan/Penjagaan Wajah, Pemilihan Foundation & Penampilan dengan harga hanya RM55 seorang. Beb murah tu. Kira macam 3 in 1. Pastu tak rugi kalau you guys pergi sebab you pergi sekali je, tapi you praktikkan ilmu yang you pelajari selama berpuluh-puluh tahun. Bukankah ia menjimat kan? (Pening kepala aku sebab sebut you banyak sangat)

Kelas ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu & Ahad sepanjang Ramadhan pada pukul 10pagi-2petang. Setiap class tu ada dalam 20 orang students. Ajak a member korang ramai-ramai pastu buat macam kelas tu korang yang punya haha! Korang register dulu and then Dya akan inform kelas korang hari apa. Ah tu korang pepandai bincang a dengan Dya.

Aku pon pernah pergi kelas Dya ni dulu, memang best! Dia ajar teknik cuci muka yang betul, cara remove make up yang betul etc. Ceh nampak sangat selama ni aku telah melakukan kesilapan yang tegar. Wuwuw kasihan kulit muka daku ='( Tapi itu cerita dululah. Sekarang aku dah power dek kerana ilmu yang aku dapat dari Dya ni. Kalau korang nak jadi power jugak, apa tunggu lagi, sila daftar dengan kadar pantas!

SILA DAFTAR DISINI

Dya sebagai MUA jemputan dalam majalah Dara.


Korang boleh baca dengan lebih lanjut di blog Dya. Jangan lupa untuk daftarkan diri anda =) Bukan senang nak jumpa kelas-kelas macam ni, orang dah bagi ilmu tu, just grab the chance. Spread the love ladies!

p/s: Ketika mengisi borang, untuk bahagian Introducer, sila isikan nama FL yer! Tq korang muahhh!


Thank you for reading this entry !

Sunday, 8 May 2011

Contest oleh ErnieKhairinaCollections!

Assalamualaikum

Rata-rata students sudah sampai ke penghujung finals yang mengerikan. Daripada anda melayan FB tanpa hala tuju di waktu senggang, adalah lebih baik jika anda masuk contest ini. Contest ini dianjurkan oleh Ernie Khairina Collection. Nama contest ini adalah Show Your Style. Jika anda seorang yang suka bergaya dan suka mengupload gambar di FB, baik engkau upload je gambar ke contest ni. Untung-untung boleh menang kan?


Cara-cara
1. Like FB Page ErnieKhairina Collections (EKC) disini
2. Hantar gambar anda yang anda rasakan menarik & bergaya di FB Page EKC
3. Promote gambar anda & ajak rakan-rakan untuk like gambar anda
4. Peserta yang mempunyai paling banyak LIKE, dialah yang dapat grand prize berupa RM150 + shawls.
5. Tempoh contest : 8May-29May
6. Penganjur juga akan bagi beberapa consolation prizes untuk gadis-gadis yang bertuah!
7. Senang giler dah cepat pergi join sekarang.


Sebelum tu meh tengok gambar menarik.

 Angel VS Demon

Kahkah!

p/s : Eh jangan salah paham, saya tak join contest ni, saya tolong promote jer haha! Peluang untuk anda menang sangat tinggi (bajet diri sendiri femes) jadi sila join sekarang. Usaha tangga kejayaan =)

Thank you for reading this entry !

Tokens Of Appreciation

Assalamualaikum :)

Entri ini aku buat untuk berterima kasih kepada sesetengah pihak yang telah membantu aku. Takde apa yang aku boleh buat kecuali promote perniagaan mereka di blog aku ni hehe. Pertama sekali aku nak berterima kasih kat Atiqah kerana telah sponsor chocolate untuk party itu hari. Chocolate dia sangat sedap & comel. Sesuai sangat kalau korang nak buat birthday party ke, teatime ke etc. Atiqah telah sponsor 5 boxes of 4 pieces & 1 box of 35 pieces. Yang 4 pieces tu aku jadikan doorgift for my guests. Siap ada nama diorang lagi dekat chocolate tu tau. Yeah I know how to please people =P


Aza, Iya, Nani, Ema & M.E



 Aku pilih roses yang berwarna putih & liliac sebab aku bajet nak pastel tapi tulisan FL tu aku tersalah pilih colour terus jadi colourful dah tak pastel dah =')

Kalau korang berminat untuk membuat party & nak chocolate terpampang dengan nama sendiri supaya kelihatan ohsem macam aku, boleh lah tempah di www.homemadechoc.com



 Red Velvet  & Moist Chocolate Cupcakes topped with pastel decorations!


Comel bukan cuppies nii geramnye geramnye. Cuppies ni disponsor sebanyak 30 biji oleh ShadiahCouture! Yang menariknya, kak Shadiah naik KTM ke Seremban untuk hantar cuppies haha. Yang lagi menarik, kak Shadiah sebenarnya bukan jual cuppies pon tapi dia ada blogshop yang jual shawl & pakaian macam abaya, kaftan etc. Sangat cantik okay kaftan dia!

Kalau korang terasa nak beli silalah beli di sini ! onlinehijab2u.blogspot.com


Dan aku juga nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Annas Easkey sebab annas sangat baik dengan aku =') Like seriously, aku dapat bbm dari Annas yang tertulis, adik I got a job for you, shoot dengan boutique, what's your price? I will try to get it for you! Padahal aku tak pernah suruh pon dia carikan or apa-apa, sebab aku sekarang dah malas nak pergi photoshoot semua. Thanks alot Annas!

Annas jugak selalu update pasal project X kat aku mesti sebab dia tau aku ni jenis yang tak alert, tak check inbox, notification semua hehe... And pasal project X ni, aku seriously tak yakin dengan dengan diri sendiri. Im just hoping that Annas will teach me how to strike a good pose or how to control my smile semua! Ingat senang ke nak senyum dengan braces? Ibarat macam duri dalam daging tahu? Hahaha apa pon, nantikan kemunculan project X. Tolong jangan gelakkan aku kalau pose aku cam harem. *crossed fingers*

Next time kalau Annas buat project lain, korang semua jangan lupa join ok! akulelakidialelaki.blogspot.com

Thank you for reading this entry !

Sunday, 10 April 2011

Mahu cari duit sambil online?

Assalamualaikum =)


Korang semua mesti suka online kan. Selain daripada membuang masa dan mengisi kekosongan hidup, apa benefit lain yang korang dapat?  RM 0.25 perclick dari nuffnang adalah exception =') Bak kate Ong Bak, bila buat sesuatu tu, make sure benda tu bagi maximum benefit kat kita. Eh, Ong Bak bukan name movie Thai ke? Tapi cite tu siryes semat seyh.


Err, sekarang ada satu cara mudah yang boleh bagi korang duet dalam sekelip mata. Agak-agak macam poket kering je, bulih la join. Bukan kena bayar pon. Free jer. Korang hanya perlu register akaun dekat SAYS.MY pastu share kat kengkawan korang kat Facebook. Gebang kat diorang and ajak diorang join. Untuk setiap kawan korang yang register tu, korang akan dapat RM1. Bapak senang giler kau tau tak. Macam nuffnang lah lebih kurang, tapi nuffnang untuk blogger kan. SAYS.MY untuk yang ada account Facebook.


Just click button 'Sign In to SAYS.my' dekat belah atas kanan korang untuk register.



OK pegi register sekarang dan maksimumkan benefit anda sebagai peng-online tegar!  

Thank you for reading this entry !

Wednesday, 30 March 2011

Teaser Of My Side Project

Assalamualaikum..


Aku ada buat side project .. tapi tak release lagi... tunggu time jer ni =)


Oh ya, exam aku habis esok & aku ada masa sebulan untuk settelkan semua benda termasuk menjual segala harta karun dan pergi travel yay! Selain itu, aku juga mengambil langkah bijak tak bijak sangat dengan membuat sebiji side project. Sebiji or sebuah ?? Memang dah lama aku plan sebenarnya. Insyaallah kalau takde aral melintang ataupun bersimpang-siur aku akan release project ni to public as soon as possible. 

Hee aku sangat berbesar hati kalau korang semua bagi support ! Bukan takat berbesar hati je, jantung, pankreas, pundi hempedu pon sibuk nak membesar -___-"

Thank you for reading this entry !

Wednesday, 23 February 2011

Belilah shawl yang menarik disini !

Assalamualaikum =)

Hari ni aku nak cerita pasal hal orang pompuan teehee. Bukan nak bergossip bukan nak bersembang kencang, cuma nak berkongsi-kongsi untuk kegembiraan bersama. Macam biasalah, soalan yang saling tak tumpah yang sering diajukan ke muka aku secara bertubi-tubi adalah seperti, FL selalu beli shawl kat mana? lawa! 

Sebenarnya aku ni membeli barang merata-rata. Aku tak pernah specify tempat aku selalu shopping kat mana. Yang penting, lawa di mata, cantik di hati. Ok sebenarnya cantik di mata, lawa di hati pon boleh, mana-mana jelah sebab maksud dia sama =') Jadi hari ni aku nak share satu blogshop yang menjual shawl unik2 dengan harga yang berpatutan!



LustfulLuv Blogshop ! Banyak shawl yang lawa-lawa ada kat sini. Harga pon amat berpatutan! Sila jenguk ye rakan-rakan! Jenguk tak kena bayar pon hehe.


Kalau aku la kan, aku beli barang bukan tengok kedai, tapi tengok barang dia. Sebab bila kita pakai, orang bukan tau kita beli kat mana betul? Yang penting kalau barang baik, terus angkat je hee. Kat LustfulLuv ni banyak juga shawl yang aku tengok rare/exclusive. Ada satu tu shawl ala-ala Ariani punya. Ariani jual rm100, depa juai baru rm19. Murah la oi! Again, its not about the brand that matters.


Contoh  FL pakai shawl-shawl dari LustfulLuv :)

menutupi dada & labuh. cantik!


2 crumple shawls dipakai sekaligus sebab tamak haloba :')


      
crumple shawl dipakai dengan inner cotton :)


ini adalah crumple shawl yang dipakai begitu sahaja. bulat omjayy!


Kenapa FL asek pakai crumple shawl je? LustfulLuv takde jual shawl lain ke? Ey ey cakap baik sikit der. Banyak hokeh. Aku borong shawl crumple sebab aku takde langsung shawl crumple sob sob... Ok jangan lupa usha blogshop ni. Mana tau ada yang berkenan di hati ke kan? Tak rugi pon usha ;) Lagipon boleh dijadikan sumber inspirasi untuk berfashion. Ececey banyak la kau. Nah link!



p/s : masa pegi jumpa Dato Siti itu hari pon, aku pakai shawl dari LustfulLuv hikhik

Thank you for reading this entry !

Mahu photoshoot & memiliki banner yang comel?

Assalamualaikum !


Kalau korang tengok gambar ni, adakah korang terpikir bahawa gambar ini ditangkap oleh seorang photographer MALAYSIA yang baru sahaja berusia 23 tahun?

Yes, kita sedang bercakap tentang ANNAS EASKEY!

Gile kentang la kalau korang tak kenal dia. Gambar yang dia tangkap memang sure/confirm meletup nak mampos! Sampai artis-artis & orang-orang kat oversea pon berlumba-lumba nak guna khidmat AnnasEaskey ni kot? Don't worry, walaupun korang bukan artis mahupun orang-orang yang tinggal di oversea, anda masih berpeluang untuk berphotoshoot dengan ANNAS EASKEY kerana Annas tengah buat promosi sekarang ! Promosi dia ni sangatlah murah & berbaloi kalau nak dibandingkan dengan outcome dia yang superb tahap dewa.


SATU SESI PHOTOSHOOT 
20 FRAMES
5FULLY EDITED PHOTOS 
RM350
OUTDOOR SHOOT


Terms & Condition apply. Jom kita usha blog ANNAS EASKEY PHOTOGRAPHY for further details! Cepat book sebab Annas ni selalu je full. Bukan senang dia nak buat promotion !


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Assalamualaikum untuk kali ke 2!


Terima kasih buat semua yang dok puji banner blog aku ni comel hehe..maceh maceh. Tak kurang juga yang bertanya kat aku, macam mana nak design banner secomel itu? Oklah biar aku pecahkan rahsia ye ..Untuk pengetahuan semua banner blog aku ni didesign khas oleh seorang pereka banner yang terhandalan seantero dunia. Kehkeh bukanlah pereka banner professional, tapi artwork dia sangat kemas & comels okay! Setanding a dengan pereka banner handalan macam ummm *common brain, pick any name!*

Yang bestnye, korang pon boleh juga dapatkan banner yang cool macam banner kat blog aku ni *nada bongkak* Don't worry, takkan aku nak comel sensorang je, jual ikan a. Aku akan pastikan kalian juga dapat menikmati kecomelan itu bersama-sama. Bak kata pepatah melayu, siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong, hello aku tak cakap bohong ok. Nah link. Korang boleh tempah banner dengan Ezan, pereka banner kegemaran hatiku ini. Click link dibawah & baca keterangan dengan lebih lanjut untuk meningkatkan kepahaman anda.


Ezan yang comel ni ada buatkan banner baru sebab aku ngengade soh dia designkan banner baru hehe..Mana lagi smart eh? Yang sekarang ni ke *sile scroll ke atas sekarang sampai anda jumpa header* atau banner yang baru ni? Pendapat anda amatlah saya hargai. Thanks!


Thank you for reading this entry !

Friday, 7 January 2011

Homemade chocolate untuk yang tersayang :)

Assalamualaikum.



Biasanya, kita selalu bagi orang yang kita sayang hadiah chocolate. Sebab chocolate tu macam lambang kasih sayang. Lambang honesty giteww :). Tak kiralah bagi kat mak ke ayah ke kawan baik ke ehem2 ke suami ke isteri ke ahh tak kisah lah yang penting korang tak bagi musuh korang chocolate kan? Haha!

Tapi biasa orang asek bagi cadbury takpon kalau nak standard sikit, bagi ferrero rocher takpon hershey's. Ala macam typical la kan asek dapat chocolate brand same jer. Hidup ni kena la ada kepelbagaian kan. Tapi takpe. Hari ni aku nak kenalkan korang dengan 100% HOMEMADE CHOCOLATE yang paling sedap & comeyy in the world!



Tadaaaa! Itu dia Chocolazad :) 100% homemade chocolate. Siryes comel giler! Ingat cupcakes je boleh comel? Chocolate pon boleh la.



Yang best pasal chocolazad ini ialah, chocolate depa ni custom made. Angpa boleh pilih sendiri nak bentuk apa, perisa apa, inti apa, & warna apa. Mak aih kuasa memilih terletak 100% di tangan anda !



Ini honey koyuki punyewww hikhik ada love2 & bunge2. Seswai la dengan jiwa perempuan ai ni.



    
Chocolate dia tebal kot! Aku bukan nak kipas lah, tapi rasa dia siryes sedap. Ala-ala cadbury. Yang bunge ni filling dia almond. My favvy :) Sudahlah comel, sedap pula. Nak nangis a camni!



Chocolate ni datang sekali dengan box ;) Kira presentation dia memang suitable lah untuk buat gift untuk yang tersayang kan! Harga pon murah. Yang aku punya ni ada 35 biji, harga baru RM40. Korang boleh pilih nak 35, 24, 12, 9 atau 4 biji. Harga dari RM6-RM40. Siryes berbaloi!



Chocolazad juga ada menyediakan card ucapan ala-ala bookmark untuk korang luahkan isi hati korang kat si penerima. Hehe comel. Boleh la bagi kat secret admire kan. Confirm si penerima terharu lantas membalas hadiah korang dengan 8 kotak chocolate of 35 pieces! Tak mainlah 4 pieces kannn haha!

Jangan lupa usha chocolazad untuk futher information :) Happy shopping!

p/s: this is a paid advertorial.
Thank you for reading this entry !

Saturday, 4 December 2010

Of teka-teki & banners

Assalamualaikum
  


Hari tu ada sorang member aku ni, dia bagi teka-teki kat aku. Soalan dia berbunyi macam ni, haiwan apa yang paling besar di dunia? Ekeleh aku memang malas la bab teka-teki ni.  Jiwa aku ni memang tak boleh nak ngam lah dengan dunia teka teki. Lepas tu, yang aku malas tu, jawapan dia nanti mesti tak logik. Aku bukan apa, aku ni skema dan gemarkan logical thinking (auta). Aku suka membaca fakta-fakta sains sahaja (double auta). Emak melarang aku membuat jenaka yang tidak berfaedah, sebaliknya kami sering berbincang tentang bagaimana adik beradik Wright (Wright brothers) boleh mencipta kapal terbang ketika kami sedang makan malam. (triple auta). Selain itu, aku juga gemar berpantun menggunakan istilah sains......


Pokoknya memang aku bencilah teka teki. Orang kate "lek la bro, teka teki dapat hilangkan stress whut?" aku jawab "bertambah stress lagi adalah".. so back to the story..jom follow conversation di bawah



kawan : kalau kau pandai, haiwan apa yang paling besar di dunia? *smbil senyum-senyum*
aku : jawapan dia logik ke tak logik? tak logik aku tak mau teka.
kawan : hee tak leh la bagi tau cepat la teka cepat la 
aku : ikan paus pakai sweater? *berusaha sehabis baik agar jawapan tidak skema*
kawan : hikhik salah! jawapan dia ikan paus yang disalut tepung lahhh~
aku : ....... apesal nak salut ikan paus dengan tepung? apa tujuan kau? sape yang salutkan dia? 
kawan : manalah aku tau~~ dah memang macam tu soklan & jawapan dia :p!
aku : ... ahhh takde takde. aku tak boleh terima jawapan kau. tak logik. 



haha nampak sangat aku stress disitu :')

* * * * * * * *


Korang aku dah ada header baru yay! Masalahnya header semua ni cantik-cantik, dan comel-comel rasa macam nak geletek je diri sendiri sebab teruja sangat. Boleh tak plis plis... Aku suka gila weyh :) Korang suka gila tak? Kalau korang tak suka gila maknanya korang gila. Kalau korang suka tapi takdalah sampai suka gila, tu pon maknanya korang gila. Korang kena suka gila barulah maknanya korang tak gila. Simple je dengan aku ni kan hahaha!


 Yang ini comel kan! sebab ada hp tu! font pon lawa siap ada flowers lagi. memang girlish habis !



 Yang ni pon comel jugak! Suka awan tu punya color combination. Font pon lawa. Element bunga juga tidak dilupakan agar dapat kelihatan lebih ayu dan lebih gurlishhh ;)



ni yang aku pakai sebelum ni! ni pon omey2 suke suke heee ;)


Sebenarnya, banner ni dibuat oleh seorang pembaca blog ini. Memang baik gile dia ni tau sebab aku tak request pon tup tup dia dah sent thru email :) Nak menangis terharu a camni...wuwuwuwu aku bukan boleh terharu sikit nanti mulalah nak bergenang ceh ceh tak brader langsung ! 

Teehee oh ya pembaca blog yang baik hati ni dipanggil Ezan. Ezan memang kreatif kan? Suka sangat semua banners yang dibuatkan untuk aku. Kalu nak ikutkan hati, aku nak upload ke 3-3 banners. Tapi blogspot tak bagi, dia bagi upload 1 jer -__-. Camni a blogspot..camni a member... Tapi btol la weyh, banners yang Ezan buat memang fine & classy & comels & colourful sume-sumelah hehe...tak sia-sia mak Ezan lahirkan Ezan iye hehe...

Aku rasa Ezan patut buat bisnes banner..Satu banner rm10 ke kan? Sebab dia memang ada talent :) Buat yang pernah bertanyakan kat aku, macam mana aku buat banner. You asked the wrong person lah hehe. You should ask Ezan! Dia pakai software ape, font ape sume kan :) Anyway, sebagai tanda terima kasih kepada Ezan, maka aku sertakan link blog Ezan di bawah ni. Korang boleh tanya dengan lebih lanjut ataupun belajar macam mana nak buat banner dengan Ezan :)


Thanks Ezan. Anda memang baik!


Thank you for reading this entry !

Thursday, 21 October 2010

Nak cari shawl? tudung instant? inner? accesories yang lawa-lawa? hee sila tekan sini!






Assalamualaikum !


Hai pekabar korang semua. Sekarang ni tak dinafikanlah fesyen tudung zaman sekarang dah berkembang pesat lagi pesat dari pembangunan di jengka. eh kenapa jengka? entahlah sebab aku teringat si datin yang pergi submit report dia kat jengka hehehehe...


Baru terkedek2 nak pakai syria dah keluar shawl gypsi, by the time tengah usha gypsi, keluar pulak shawl crumple. Memang tak menang dek tanganlah kan kalao nak follow trend-trend tudung sekarang ni. Walaupun trend tudung tu banyak tapi nak cari tu ada masalah sket. Bukan semua kedai nak follow the trend. Kadang-kadang orang dah tak pakai dah tudung tu tapi dia sibuk dok jual. aishhhh. Tapi takpe sekarang ni dengan ada internet sumenye senang. Tak payah ronda keliling bandar nak cari shawl, sekarang ni dunia di hujung jari je beb. Kalau berukband engkau orang pantas, maka pantaslah engkau dapat merembat shawl-shawl keluaran terkini teehee...!





Memperkenalkan BUTIK E-DAST ! Butik E-dast memang best sebab dia ada semua latest design! Sebutlah nak ape semua Butik E-dast jual. Tolak KFC & choki-choki jer :) Dari shawl jojet ke pashmina ke gypsy ke 3 tones ke crumple ke tudung instant ke ribbon sumalah dia jual! Penatlah nak type sebab banyak sangat produk dia. Pekata korang usha sendiri hehe aku dok usha 1-2jam jugaklah.. banyak sangat pilihan yang cantik-cantik ! Nilah online shop yang jual headgear terbaik bagi aku ;)




 
Tudung Instant by E-dast ! Kalau korang nak nampak macam matang sket bolehla try tudung ni hee sejuk je material dia ;) high-kualiti beb, tengok pon tau ! Senang bentuk jugak, yang penting colour dia sangat-sangat soft.





Pashmina 3-tones by E-dast ! Aha yang ni sesuai untuk sesiapa yang minat shawl yang colourful sebab colour dia contra & enhanced :) Ni pon aku suka jugak sebab colour dia tu buat korang nampak macam ceria je kan. Kalau tambah ribbon kat kepala tu memanglah terpaling comel in the world hee..




Chequered Pashmina by E-dast ! Yang ni pulak sesuai untuk korang yang nak jadi miss arab-wannabe hehe..sebabnye pashmina yang ni dia tebal & besar, bila korang lilit dia nampak macam style orang-orang arab. Letak shades kat atas supaya nampak poyo sikit. Barulah tak berani mat rempit nak usha wakakakaka



 Mini pashmina by E-dast. Yang ni macam pashmina tapi dia kecil & nipis. Senang gile nak pakai. Memang la jadi gile sebab tak percaye senang gile nak pakai :').




Selain jual head-gear & accessories, E-dast jugak jual baju teeeheeee. Yang aku pakai blouse warna pink tu dari E-dast la tu. Comel gile! Tak tahan tak tahan. So korang patut usha butik E-dast ni sebabnya pilihan yang ada sangat sangat sangat banyak & cantik-cantik sampai rambang mata korang ! Pastu owner dia memang dah berpengalaman dalam hal-hal tudung ni. E-dast pon ada butik kat serdang. Kalau bosan-bosan boleh la menghabiskan duit boipren kat butik E-dast okayh!  FATIN LIYANA supports Edast Boutique 101%! teehee..... selamat shopping gurls :)



psstt: tips berfashion dari fatin liyana. Kalau nak pakai shawl yang colourful & sarat, make sure korang punya baju jenis yang simple2 saja ok. baru nampak exclusive & ada style :) take care!


Thank you for reading this entry !